Setinggi-tinggi ucapan tahniah diucapkan kepada Skuad SERI, Kelab Pencinta Alam dan Geografi serta Panitia Landskap dan Nurseri di atas pencapaian cemerlang yang sangat membanggakan sekolah. Mereka telah dinobatkan sebagai Johan dalam Pertandingan Be Green peringkat kebangsaan. Pertandingan ini telah dianjurkan oleh pihak Petronas Chemicals Group dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia selama 3 bulan iaitu bermula Ogos sehingga 29 November 2024.
Antara kriteria penilaian dan pemarkahan pertandingan adalah; 50 %: Pengumpulan sisa kitar semula 50 %: Inovasi dan laporan program Pihak Skuad SERI telah berganding bahu dengan Kelab Pencinta Alam dan Geografi serta Panitia Landskap dan Nurseri bagi menjayakan pertandingan ini. Banyak usaha yang telah dilakukan bagi memenuhi kriteria pertandingan. Antaranya ialah; 1. Membuat promosi program pengumpulan barang kitar semula dalam kalangan warga SEBESTARI dan komuniti. 2. Mengumpul barang kitar semula pada setiap hari Jumaat sepanjang tempoh masa pertandingan berlangsung. 3. Membina 6 sudut kitar semula seperti Let’stari Art Studio, Sudut Tong Kita Recycle, Bustanul Khulafa, Wakaf I- Sujana dan Rain Water Harvesting. Antara pencapaian yang paling membanggakan adalah; Inovasi yang dicipta oleh dua orang murid kita iaitu Amir Mujahid Nasrullah bin Imam Sunaryo (5 Ibnu Nafis) dan Amir Asyrani bin Yasir Asyraf (5 Ibnu Nafis). Inovasi tersebut adalah sebuag aplikasi yang dinamakan I-Saujana. Barang-barang kitar semula dari kawasan kediaman akan dipungut dan dibawa oleh pemandu e-pickup yang berdaftar dengan Aplikasi I-Sujana ke Wakaf I-Sujana yang bertempat di SMK Sungai Pusu. Semoga dengan usaha ini, komuniti akan lebih berminat untuk mengitar semula barang-barang sisa domestik mereka berbanding membuangnya ke dalam tong sampah seperti kebiasaannya yang dilakukan oleh masyarakat kita selama ini. Pautan Video : 1. BE GREEN PCG PETRONASTHE DAY 2024 - 2. PERTANDINGAN BE GREEN PETRONAS CHEMICALS GROUP Hak Cipta SMK Sungai Pusu | [email protected] | www.smksungaipusu.edu.my
Comments are closed.
|
Archives
December 2024
Categories
All
|