Seramai dua orang murid SMK Sungai Pusu telah terpilih mewakili Gombak dalam Kejohanan Takraw Liga anak-anak Selangor pada 26/6/2024. Tahniah diucapkan kepada murid-murid ini kerana telah berjaya mendapat Johan dan Tempat ke-3 dalam kejohanan ini. Dengan kejayaan yang diraih, secara tidak langsung telah berjaya mengharumkan nama Sebestari.
Warga Sebestari mengucapkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Puan Suzana binti Azmi di atas khidmat bakti yang telah dicurahkan sepanjang berkhidmat di Sebestari. Sebagai tanda penghargaan, pihak KGS telah mengadakan satu Majlis Lambaian Kasih buat Puan Suzana dan warga Sebestari mendoakan Puan Suzana terus cemerlang di sekolah baharu iaitu SMK Sungai Kertas. Semoga penghijrahan ini membawa kebaikan buat Puan Suzana dan terus bersinar di tempat baharu.
Majlis Anugerah Cemerlang 2023 telah diadakan pada 22 Jun 2024 bertempat di Dewan Mutiara Bestari. Program yang penuh meriah ini telah dirasmikan oleh Prof. Dr Siti Hamidah binti Mohd Setapar merupakan seorang Pensyarah Kanan Universiti Teknologi Malaysia merangkap Pengarah Urusan NK Reverse Skin Care.
Program ini adalah untuk meraikan semua murid SMK Sungai Pusu yang cemerlang dalam Peperiksaan Akhir Tahun dan pelajar cemerlang dalam SPM 2023. Selain itu, anugerah turut diberikan kepada panitia yang cemerlang dengan menunjukkan peningkatan dari aspek GPMP dan peratus dalam peperiksaan SPM 2023. Seiring dengan kejayaan murid, guru juga berperanan penting sebagai pemangkin dan pendorong kejayaan. Semoga SMK Sungai Pusu terus gemilang dari segi pencapaian akademik pada tahun akan datang. Satu Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Koperator Sesi 2024/25 telah diadakan secara rasmi pada 19 Jun 2024. majlis ini telah disempurnakan oleh Ustaz Mohd Rohan bin Sidek, iatu Pengetua SMK Sungai Pusu. Pelantikan ini merupakan satu simbol pengiktirafan kepada semua koperator yang telah dilantik dalam membantu pengurusan koperasi Sebestari. Dengan pengiktirafan yang diberi, diharapkan para koperator akan lebih bersemangat dalam menjalankan tugas secara profesional. Tahniah diucapkan.
Tahniah diucapkan kepada Unit 3K Sebestari kerana telah berjaya menganjurkan satu program gotong royong pada 8 Jun 2023. Program ini dianjurkan dengan kerjasama PIBG dan ia telah berjaya mengubah wajah Sebestari ke arah lebih ceria dan bersih. Di samping itu, kerjasama erat antara warga Sebestari dan masyarakat setempat juga telah berjaya mengeratkan lagi hubungan silaturrahim dan persefahaman dalam menjayakan program sekolah. Semoga kerjasama erat ini terus kekal untuk tahun seterusnya.
Satu kem kepimpinan telah diadakan pada 7 Jun 2024 untuk semua pengawas Unit HEM. Kem ini merupakan satu program utama tahunan bagi membentuk peribadi dan integriti semua murid yang terlibat. Pada kali ini kem ini telah diadakan di Kem Bumi Jati, Shah Alam selama dua hari satu malam dan telah dirasmikan oleh Puan Norazah binti Bari, Penolong Kanan HEM SMK Sungai Pusu. Antara pengisian yang telah diadakan ialah Kemahiran Pengucapan Awam, Kemahiran Melaksanakan Tindakan/Keputusan, aktiviti 'outdoor' dan pelbagai aktiviti kerohanian lain yang dapat memantapkan sahsiah murid sebagai pemimpin di sekolah. Tahniah kepada semua unit yang terlibat iaitu PSS, PRS, Briged Bestari, SPBT, LKT dan TV Sebestari.
|
Archives
December 2024
Categories
All
|