Tahniah diucapkan kepada Unit Kurikulum Sebestari di atas penganjuran Program Perkampungan Ilmu 2024. Program diadakan khas buat calon SPM 2024 sebagai persediaan dalam menghadapi Peperikaan SPM yang bakal ditempuhi. Program ini telah diadakan di Kem Lembah Azween, Hulu Langat bermula 25 Oktober hingga 27 Oktober 2024.
Objektif Perkampungan Ilmu diadakan seperti berikut:
Satu taklimat TVET telah diadakan pada 23 Oktober 2024. Program ini telah dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling Sebestari dengan kerjasama Bahagian Akademik Pembangunan Kemahiran USIM.
Sasaran taklimat ini ialah beberapa pelajar Tingkatan 4 terpilih bersama ibubapa. Objektif taklimat ini adalah seperti berikut: 1. Memberi pendedahan tentang kerjaya Tvet. 2.Memberi maklumat yang jelas berkaitan kursus TVET yang diberikan oleh Akedemik Pembangunan Kemahiran USIM. 3. Membentuk hubungan jaringan PIBKS dengan pihak sekolah. Diharapkan program ini dapat membuka mata dan mendapat sambutan daripada murid-murid dan ibu bapa terlibat. Amalan kitar semula sangat penting untuk mewujudkan persekitaran yang bersih dan selesa serta menanam sikap bertanggungjawab dalam diri murid-murid. Bagi merealisasikan hasrat ini, Unit Skuad SERI serta Kelab Pencinta Alam dan Geografi SMK Sungai Pusu mengambil inisiatif menyertai pertandingan Petronas Cari Gali Be Green 2024 (PCG Be Green).
|
Archives
December 2024
Categories
All
|