Amalan kitar semula sangat penting untuk mewujudkan persekitaran yang bersih dan selesa serta menanam sikap bertanggungjawab dalam diri murid-murid. Bagi merealisasikan hasrat ini, Unit Skuad SERI serta Kelab Pencinta Alam dan Geografi SMK Sungai Pusu mengambil inisiatif menyertai pertandingan Petronas Cari Gali Be Green 2024 (PCG Be Green).
BENGKEL & LADAP KELAB PENCINTA ALAM - MUDBALL BEBOLA LUMPUR PROJECT JUNGLE AMBASSADOR PERINGKAT KEBANGSAAN
Tahniah diucapkan kepada Kelab Pencinta Alam kerana telah berjaya menghasilkan lebih 50 biji bebola lumpur dengan penglibatan 20 orang murid bersama 4 orang guru Kelab Pencinta Alam. Bebola lumpur adalah bebola yang mengandungi empat mikroorganisma efektif dengan campuran lain untuk pembersihan sungai, terusan dan kawasan air. Pada 12 Ogos 2024, bertempat di Dewan Mutiara Bestari telah diadakan Perasmian Bulan Transformasi Akademik. Terdapat banyak program telah dirancang untuk murid-murid bagi menjayakan bulan ini.
Tujuan Bulan Transformasi Akademik diadakan adalah seperti berikut:
Satu Kejohanan Larian Sebestari 2024 telah diadakan pada 10 OGOS 2024 (Sabtu) bertempat di Universiti Islam Antarabangsa, Gombak. Sasaran peserta pada kali ini ialah murid-murid, ibu bapa serta waris murid. Tahniah diucapkan kepada Unit Sukan Sebestari di atas penganjuran acara yang dinanti nantikan ini. Secara tidak langsung acara ini berjaya merapatkan silaturrahim antara warga Sebestari dan ibu bapa serta masyarakat setempat, memupuk cara hidup yang sihat serta mewujudkan semangat kesukanandalam kalangan peserta.
Satu Prigram Hari Bicara Akademik dan Penyerahan Buku Akad (Tingkatan 5) telah diadakan di Dewan Mutiara Bestari. Pada hari ini ibu bapa berpeluang bertemu mata dengan guru bagi membincangkan prestasi anak-anak mereka.
Tahniah diucapkan kepada Pasukan Tarantula Sebestari kerana telah mendapat pingat dalam MSSD Bola Jaring 2024. Pasukan Tarantula yang diketuai oleh Jurulatih iaitu Cikgu Zainab Ibrahim telah menjalankan latihan secara konsisten sebagai persiapan menyertai kejohanan ini. Berikut adalah kejayaan yang telah dibawa pulang oleh Pasukan Tarantula Sebestari:
U15- Tempat ke-3 U18- Tempat ke-3. Syabas diucapkan sekali lagi buat ketua jurulatih, pengurus pasukan, guru-guru yang terlibat serta buat semua pemain Pasukan Tarantula. Satu Kursus Asas Pengurusan PSS untuk pengawas pelatih telah diadakan pada 27 Julai 2024 bermula pukul 8.30 pagi hingga 4.30 petang.
Objektif kursus ini adalah untuk memberi pendedahan, pengalaman dan kepimpinan dalam bidang tugas masing-masing serta memberi pendedahan kepada murid dengan kemahiran khusus dalam pengurusan bidang pengawas pusat sumber. Diharapkan semua murid dapat mengaplikasikan apa yang diperolehi daripada kursus dengan sebaik mungkin. Satu Kejohanan Ragbi Menengah MSSD Gombak telah diadakan pada 22 - 23 Julai 2024 betempat di Padang SMK Sungai Pusu. Kejohan ini bermula seawal 7.00 pagi sehingga 5.00 petang. SMK Sungai Pusu selaku tuan rumah telah berjaya meraih pingat seperti berikut:
U13 Ke3 Cup U15 A Johan Plate U15 B Naib Johan Plate U15 C ke 3 Plate U18 ke3 Cup Tahniah diucapkan buat semua peserta , juru latih, pengurus pasukan dan semua yang terlibat dalam Kejohanan Ragbi Menengah MSSD Gombak 2024. Majlis pelancaran modul hadis 40 Imam Nawawi dan sivik dalam perhimpunan SMK SG PUSU sesi petang 2024 telah diadakan pada 15 Julai 2024. Semua warga sekolah dijemput menghayati dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian.
Tahniah diucapkan kepada Unit Kokurikulum di atas penganjuran LADAP guru pada 13 Julai 2024 bertempat di Dewan Mutiara Bestari. LADAP pada kali ni telah dibahagikan kepada dua slot iaitu Slot Kawad Kaki dan Slot Pertolongan Cemas. Kedua-dua slot ini sangat memberi manfaat dalam kemahiran asas kawad kaki dan pertolongan cemas. Semoga guru-guru Sebestari dapat mengaplikasikan kemahiran yang diperolehi daripada LADAP ini dalam membimbing murid-murid Sebestari menjadi murid yang berkebolehan dalam apa jua keadaan dan situasi.
|
Archives
December 2024
Categories
All
|