Setinggi-tinggi ucapan tahniah diucapkan kepada pasukan catur Sebestari yang telah menyertai Kejohanan Catur MSSD 2023. Keputusan pertandingan adalah seperti berikut:
Kategori Kumpulan: -Tempat Ketiga P15 -Tempat Keenam P18 Terima kasih buat semua peserta dan guru pembimbing yang terlibat sepanjang Kejohanan ini berlangsung. Setinggi-tinggi ucapan tahniah diucapkan kepada Pasukan Kelab Pencinta Alam SMK Sungai Pusu kerana telah berjaya mengharumkan nama SMK Sungai Pusu di peringkat kebangsaan. Pasukan ini telah berjaya menjadi Naib Johan Pertandingan Sketsa Sekolah Menengah Sempenan Hari Alam Sekita Sedunia Peringkat Akhir 2023. Pencapaian yang membanggakan ini sangat memberi inspirasi dan semangat buat semua warga Sebestari untuk terus mencapai kecemerlangan di peringkat yang lebih tinggi. Tahniah buat semua murid dan guru-guru pembimbing yang terlibat.
Tahniah buat guru pembimbing dan semua ahli Persatuan Pandu Puteri kerana telah menyertai program National Plastic Buster Beach-River-Beach 2023. Program ini telah diadakan di Taman Metropolitan, Kepong pada 8 Julai 2023. Penyertaan ini merupakan satu pendedahan yang sangat baik buat peserta kerana ia dapat memupuk semangat cintakan alam sekitar, memupuk sikap kerja berpasukan dan dapat memberi pengalaman berharga melalui aktiviti kemasyarakatan yang disertai.
Kejohanan Badminton MSSD Gombak 2023
Keputusan: 🥇Johan Perseorangan L B15 🥇Johan Beregu L B15 🥉Ketiga Perseorangan P B18 🏆Pasukan ketiga terbaik keseluruhan Tahniah buat pasukan badminton Sebestari yang telah menyertai Kejohanan Badminton MSSD Gombak 2023. Warga Sebestari amat berbangga dengan pencapaian yang diperolehi dan diharapkan ia memberi semangat buat semua warga Sebestari untuk berusaha dengan bersungguh-sungguh dalam apa jua bidang yang diceburi. Kejohanan merentas desa adalah merupakan acara sukan wajib yang mesti dijalankan di semua sekolah di Malaysia. Kejohanan ini dinamakan Larian Sebestari kerana bersesuaian dengan status SMK Sungai Pusu sebagai Sekolah Bestari. Salah satu tujuan acara ini diadakan adalah untuk memastikan penglibatan menyeluruh pelajar dalam kegiatan sukan disamping memupuk semangat kesukanan dan meningkatkan daya tahan kardiovaskular dalam kalangan pelajar bagi mewujudkan masyarkat yang sihat dan cergas. Larian telah dilaksanakan mengikut ketetapan berikut:
TARIKH:27 Jun 2023 (Selasa) MASA:7.30 pagi – 12.30 tgh hari JARAK: 5 KM Setinggi-tinggi ucapan tahniah buat Pasukan Ping Pong Sebestari iaitu Muhammad Adib bin Ahmad Hazrul (4 Ibnu Shatir ) dan Khalid Ihsan bin Mohd Nizam (5 Ibnu Majah) telah mendapat tempat Ke-3 dalam kategori Beregu Lelaki Bawah 18 Tahun, Kejohanan Ping Pong MSSD. Tahniah sekali lagi buat Pasukan Ping Pong Sebestari dan guru pembimbing iaitu Ustazah Rosniza Rasmin. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi untuk lebih cemerlang di masa akan datang.
Pada 14 Februari 2023, Unit Penyelidikan Kejuruteraan Bahan dan Permukaan Termaju (AMSERU) dan Kulliyyah Kejuruteraan Koe Iium dengan kerjasama Green Waste Selangor (GWS), mengadakan program Tindakan Iklim Melalui 3C: Care, Create and Charted di Dewan Serbaguna Wadi Budi, UIAM. Program ini ditaja oleh geran UNESCO dengan tema: Bengkel Lestari untuk Masyarakat Lestari.
Tahniah diucapkan kepada para peserta dan guru pembimbing Puan Fedya yang telah berjaya meraih Tempat ke 2 dalam Pertandingan Reka Cipta Bahan daripada Sampah Kitar Semula. Majlis Anugerah PERMANA CITRA (HEM/KOKU) 2022
Tarikh :2/2/23 Tempat : Institut Kraf Negara Tahniah kepada semua guru yang telah memberi sumbangan sehingga SMK Sungai Pusu mendapat Anugerah Permana Citra bagi kategori Sukan. Semoga pengiktirafan tersebut menjadi pemangkin bagi mendapat anugerah-anugerah kategori yang lain pada tahun seterusnya. SYABAS & TAHNIAH. Terima kasih cikgu 🌹🌹🌹 Tahniah buat peserta E-Mahrajan (Asrama Sekolah Harian) kerana telah berjaya mencapai kejayaan yang sangat membanggakan. Antara pencapaian yang membanggakan ialah:
1. Johan - E-Hafazan (Ting 1 dan 2, Terbuka Perempuan) Peringkat Kebangsaan 2. Tempat ke 3 - E-Tazkirah (perempuan) Peringkat Negeri 3. Johan - E-Hafazan (Perempuan) Peringkat Negeri Tahniah diucapkan buat para peserta dan guru pembimbing semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat buat seluruh warga Sebestari. Panitia Pendidikan Islam telah mengadakan Program Bestari Solat pada 7 Disember 2022. Program ini bertujuan memberi kesededaran akan kepentingan menunaikan solat dengan sempurna. Sasaran program pada kali ini adalah murid-murid sesi petang. Dengan inisiatif ini diharapkan dapat memberi ilmu kepada murid-murid SMK Sungai pusu dan seterusnya dapat meningkatkan kualiti solat mereka.
|
Archives
December 2024
Categories
All
|