Majlis pelancaran modul hadis 40 Imam Nawawi dan sivik dalam perhimpunan SMK SG PUSU sesi petang 2024 telah diadakan pada 15 Julai 2024. Semua warga sekolah dijemput menghayati dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian.
Tahniah diucapkan kepada Panitia Bahasa Inggeris di atas penganjuran 'Immersive Programme English Camp' pada 11 Julai 2024 bermula pukul 7.30 pagi hingga 4.30 petang. Program ini telah disertai oleh murid tingkatan 1, 2 dan 3 dan bertempat di Dewan Mutiara Bestari. Program ini telah mendapat sambutan yang sangat baik dan murid-murid kelihatan teruja dengan aktiviti-aktiviti menarik yang diadakan. Diharapkan program ini memberi impak yang positif kepada murid-murid terlibat dan akan diteruskan di masa akan datang.
Majlis Anugerah Cemerlang 2023 telah diadakan pada 22 Jun 2024 bertempat di Dewan Mutiara Bestari. Program yang penuh meriah ini telah dirasmikan oleh Prof. Dr Siti Hamidah binti Mohd Setapar merupakan seorang Pensyarah Kanan Universiti Teknologi Malaysia merangkap Pengarah Urusan NK Reverse Skin Care.
Program ini adalah untuk meraikan semua murid SMK Sungai Pusu yang cemerlang dalam Peperiksaan Akhir Tahun dan pelajar cemerlang dalam SPM 2023. Selain itu, anugerah turut diberikan kepada panitia yang cemerlang dengan menunjukkan peningkatan dari aspek GPMP dan peratus dalam peperiksaan SPM 2023. Seiring dengan kejayaan murid, guru juga berperanan penting sebagai pemangkin dan pendorong kejayaan. Semoga SMK Sungai Pusu terus gemilang dari segi pencapaian akademik pada tahun akan datang. Tahniah buat semua calon SPM 2023 di atas pencapaian membanggakan.
Keputusan pada kali ini menunjukkan peningkatan peratus lulus dan Peningkatan Gred Purata Sekolah yang sangat baik. Semoga ia menjadi pemangkin bagi mencapai kecemerlangan bagi calon SPM 2024. Infografik berikut merupakan ringkasan analisa keputusan SPM bagi tahun ini. Program 'Jom Baca Bersama' telah diadakan pada 23 April 2024 sebagai menyahut kempen galakan membaca secara serentak antara semua sekolah di Malaysia. Program ini telah dipromosikan oleh Unit PSS Sebestari dan telah mendapat sambutan yang sangat baik dari semua warga Sebestari. Dengan adanya program seperti ini, diharapkan budaya membaca terus kekal dan subur dalam kalangan warga Sebestari.
Satu lawatan penanda aras telah dilakukan oleh unit kurikulum bagi memperkasakan lagi pengurusan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Sebestari. Lawatan ini telah diadakan pada 23 April 2024 dan telah disertai oleh pihak pengurusan sekolah, Penyelaras PBD Sebestari dan wakil dari Unit ICT Sebestari. Sekalung penghargaan kepada pihak pengurusan SMK Ideal Height kerana telah sudi menerima kunjungan dan berkongsi amalan baik pengurusan PBD. Perkongsian pintar ini telah sedikit sebanyak membuka ruang kepada kedua dua sekolah untuk berkongsi idea ke arah pemantapan sistem pengurusan PBD sekolah ini.
Satu Majlis Khatam Al Quran telah diadakan pada 5 April 2024 bertempat di Dewan Mutiara Bestari. Majlis ini telah dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam sebagai penghargaan kepada warga Sebestari yang telah selesai membaca 30 juzuk Al Quran melalui Program Tadarus Al Quran. Program ini berjalan dengan penuh meriah dan penghayatan dengan pengisian yang menarik dan bermanfaat. Majlis yang penuh bermakna ini di akhiri dengan laungan takbir warga Sebestari yang diketuai oleh Ustaz Mohd Rohan (Pengetua) dan acara bersalaman dan bermaafan antara murid-murid dan guru-guru. Tahniah kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis ini.
Tahniah diucapkan Panitia Pendidikan Islam Sebestari di atas penganjuran Program Tadarus Al quran yang berlangsung sepanjang bulan Ramadhan pada tahun ini. Program ini melibatkan semua murid yang beragama Islam bagi mengimarahkan kan lagi pengisian ibadah di bulan yang penuh berkat ini. Semoga program ini dapat memberi impak yang positif kepada semua warga Sebestari dan ia akan menjadi ibadah yang berterusan untuk buan-bulan yang seterusnya.
Majlis Restu ilmu akan diadakan mengikut ketetapan berikut. Majlis ini merupakan program tahunan untuk calon SPM sebagai salah satu usaha bagi memberkati lagi ilmu yang telah dipelajari dan seterusnya mendapat keputusan yang cemerlang.
Program Mohon Restu Ilmu Calon SPM akan dilaksanakan seperti butiran berikut : ❇️Tarikh : 24 Januari 2024 (Rabu) ❇️ Masa : 8.00 pg - 10.00 pg ❇️ Tempat : Dewan Mutiara Bestari SMK Sungai Pusu ✳️✳️ Murid akan berkumpul di Dewan pada pukul 7.30 pagi bagi susunan kedudukan dan taklimat GBKSM. Program akan bermula pada pukul 8.00 pagi. Satu Program Solat Hajat Perdana 2023 telah diadakan khusus buat bakal calon SPM 2023. Program ini telah dihadiri oleh Ibu-bapa dan guru-guru sebagai salah satu usaha bagi memastikan semua calon dipermudahkan urusan menjawab soalan SPM 2023 dan seterusnya mendapat keputusan yang cemerlang. Program ini juga secara tidak langsung dapat merapatkan ukhwah antara murid, guru dan ibu bapa.
Butiran Program: 🔹Tarikh : 18 Jan 2024 🔹 Hari. : Khamis 🔹 Masa : 6.00 Ptg-10.00 Mlm 🔹 Tempat : Surau Nur Al-Falah, SMK Sg. Pusu |
Archives
December 2024
Categories
All
|