Majlis Anugerah PERMANA CITRA (HEM/KOKU) 2022
Tarikh :2/2/23 Tempat : Institut Kraf Negara Tahniah kepada semua guru yang telah memberi sumbangan sehingga SMK Sungai Pusu mendapat Anugerah Permana Citra bagi kategori Sukan. Semoga pengiktirafan tersebut menjadi pemangkin bagi mendapat anugerah-anugerah kategori yang lain pada tahun seterusnya. SYABAS & TAHNIAH. Terima kasih cikgu 🌹🌹🌹 Tahniah diucapkan kepada guru-guru dan murid-murid yang terlibat dalam Kejohanan Pembangunan Bola Jaring U15 yang telah diadakan pada 7 Disember 2022. SMK Sungai Pusu telah mendapat tempat ke-3 MSSD Gombak dan ia adalah satu pencapaian yang amat membanggakan. Semoga Pasukan Bola Jaring SMK Sungai Pusu terus mengorak langkah ke peringkat yang lebih tinggi.
Tahniah kepada Unit Sukan Sebestari di atas penganjuran Kejohanan Sukan dan Permainan Sebestari yang telah diadakan pada 15 Oktober 2022 bertempat di Padang SMK Sungai Pusu.
Setiap rumah sukan telah menghantar wakil bagi setiap acara yang telah dipertandingkan. Berikut adalah keputusan keseluruhan kejohanan ini: No 5 Rumah Olimpik No 4 Rumah Sea No 3 Rumah Sukom No 2. Rumah Sukma No 1 Rumah Sukses Tahniah buat semua yang telah mengambil bahagian dan memeriahkan Kejohanan Sukan yang telah dianjurkan. Tahniah kepada Unit Sukan atas penganjuran Larian Sebestari yang sememangnya dinanti nantikan oleh seluruh warga sekolah ini. Acara ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan dan telah berjaya memupuk semangat kesukanan dan kerjasama antara warga Sebestari.
Tarikh: 14 Oktober 2022 Hari: Jumaat Masa: 7.30 pagi- 12.30 tengah hari Tempat: Mula- Pintu Pagar A, SMKSP Tamar- Dataran Kejat, SMKSP Kejohanan Bola Jaring MSSS (U15)
Tarikh : 8 Ogos - 11 Ogos 2022 Tempat: MSN Setiawangsa Tahniah kepada para pemain daripada SMK Sungai Pusu yang telah terpilih mewakili Pasukan Gombak dalam Kejohanan Bola Jaring MSSS (U15). Tahnian diucapkan kepada: Wan Maisarah bt Wan Mohd Mazli Farahdilah Aisyah Bt Sujak Wan Majdina Bt Wan Mohd Mazli Nurin Dania Umaira Bt Md Hazrul Wazir Pencapaian: No 3 Peringkat Kumpulan Tahniah Pasukan Bola Jaring U15 "Tarantula" Sebestari !Tahniah!! Pasukan bola jaring U15 SMK Sungai Pusu "Tarantula" telah dinobatkan sebagai Johan dalam Kejohanan Bola Jaring MSSD Gombak 2022. Kejohanan ini telah berlangsung pada 18 Julai hingga 21 Julai 2022 bertempat di SMK Sungai Pusu. Sungai Pusu On Top!! Tahniah!! Lima Peserta L18 & P15 SMKSP Menyertai Kejohanan Merentas Desa MSSDSeramai lima peserta dari SMK Sungai Pusu telah menyertai Kejohanan Merentas Desa MSSD di SKBTP 28 Jun 2022 yang lalu. Tahniah diucapkan kepada Farah Adriana binti Badri kerana telah berjaya menjadi Johan untuk kategori P15!. Tahniah juga diucapkan kepada peserta lain atas penyertaan dan semangat kesukanan yang tinggi demi mangharumkan nama Sebestari. Sungai Pusu On Top!! Tahniah Pasukan Ping Pong Sebestari!!Tahniah diucapkan kepada pasukan Ping Pong Sebestari di atas pencapaian yang mat membanggakan: Johan Ping Pong MSSD (Kategori Beregu L18) Sheh Amir (5 Al Haitham) Muhammad Daniel Mukhriz (4 Al Jahiz) Naib Johan Ping Pong MSSD Kategori Terbuka L18 Sheh Amir (5 Al Haitham) Sungai Pusu On Top!! Tahniah Pasukan Sepak Takraw Sebestari!!Syabas!! Pasukan Sepak Takraw Sebestari di atas pencapaian yang amat membanggakan. Pasukan Takraw Sebestari telah berjaya merangkul gelaran Johan bawah 18 MSSD Gombak yang telah diadakan pada 18 hingga 20 Julai 2022. Sungai Pusu On Top!! Tahniah Pasukan Bola Baling Sebestari!!Tahniah pasukan Bola Baling Sebestari!!!. Pasukan pasukan ini telah berjaya mendapat tempat ke 3 dalam Kejohanan Bola Baling MSSD Gombak 2022.
Sungai Pusu On Top!! Tahniah kepada Unit Sukan Sebestari di atas penganjuran Kejohanan Olahraga kali ke 22 yang penuh dengan kemeriahan dan semangat kesukanan yang tinggi. Kejohanan ini bermula pada 27 Jun 2022 dan berakhir pada 5 Julai 2022. Acara penutup Kejohanan berprestij ini telah diadakan pada 7 Julai 2022.
Berikut adalah keputusan rasmi bagi Kejohanan Olahraga Sebestari Kali ke 22: Johan: Rumah Sukom dan Olimpik!!!! Tahniah kepada Unit Sukan Sebestari di atas penganjuran Kejohanan Olahraga kali ke 22 yang penuh dengan kemeriahan dan semangat kesukanan yang tinggi. Kejohanan ini bermula pada 27 Jun 2022 dan berakhir pada 5 Julai 2022. Acara penutup Kejohanan berprestij ini telah diadakan pada 7 Julai 2022.
Berikut adalah keputusan rasmi bagi Kejohanan Olahraga Sebestari Kali ke 22: Johan: Rumah Sukom dan Olimpik!!!! |
Archives
December 2024
Categories
All
|