𝗠𝗔𝗥𝗔 & 𝗝𝗔𝗞𝗢𝗔 𝗕𝗘𝗞𝗘𝗥𝗝𝗔𝗦𝗔𝗠𝗔 𝗔𝗠𝗕𝗜𝗟 𝗣𝗘𝗡𝗗𝗘𝗞𝗔𝗧𝗔𝗡 ‘𝗕𝗘𝗥𝗠𝗔𝗜𝗡 𝗦𝗔𝗠𝗕𝗜𝗟 𝗕𝗘𝗟𝗔𝗝𝗔𝗥’ 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗞 𝗔𝗡𝗔𝗞 𝗢𝗥𝗔𝗡𝗚 𝗔𝗦𝗟𝗜 𝗠𝗘𝗡𝗚𝗘𝗡𝗔𝗟𝗜 𝗜𝗟𝗠𝗨 𝗧𝗩𝗘𝗧 Syabas dan tahniah kepada pusat pelaksana PROGRAM JAKOA PANTAS (PROGRAM PERINTIS TVET ORANG ASLI) tahun 2024 sepanjang bulan Oktober. Beberapa murid Orang Asli Sebestari telah terpilih bagi mengikuti program ini. Program ini merupakan kolaborasi di antara Ibu Pejabat JAKOA, JAKOA Negeri bersama Bahagian Kemahiran dan Teknikal, MARA untuk meningkatkan pendedahan TVET kepada anak-anak Orang Asli. Program ini bertujuan untuk memberi pengalaman dan pendedahan laluan pendidikan TVET MARA kepada Anak-anak Orang Asli secara terus di pusat terpilih selama 3 hari. Pelbagai aktiviti menarik melalui 'Bermain Sambil Belajar' telah dirangka mengikut kepakaran bidang pengajian di pusat masing-masing.
1. KKTM Sri Gading (JAKOA Johor) 2. KKTM Kuantan (JAKOA Pahang) 3. KKTM Lenggong (JAKOA Perak) 4. KKTM Pasir Mas (JAKOA Kelantan) 5. KKTM Rembau (JAKOA Melaka/Negeri Sembilan) 6. MJII (JAKOA KL/Selangor) Program ini juga melatih kemahiran fasilitator pelajar di bawah bimbingan kaunselor untuk menguruskan aktiviti dan penyampaian input kepada Anak Orang Asli. Hak Cipta SMK Sungai Pusu | [email protected] | www.smksungaipusu.edu.my
Comments are closed.
|
Archives
December 2024
Categories
All
|