PENGUMUMAN KEPUTUSAN SPM 2021 & CARA SEMAKAN ONLINE (2022) Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2021 akan dikeluarkan pada 16 Jun 2022 (Khamis). Calon sekolah boleh mendapatkan keputusan peperiksaan SPM daripada sekolah masing-masing mulai pukul 10.00 pagi. Keputusan ini boleh disemak secara atas talian tanpa hadir ke sekolah. Namun perlu diingatkan sistem tersebut bukan untuk cetakan slip keputusan peperiksaan. Calon masih perlu hadir ke sekolah bagi mendapatkan slip keputusan peperiksaan masing-masing. Sambutan Hari Guru telah diadakan pada 2 Jun yang lalu dalam suasana yang sangat meriah. Dengan tema 'Hawaii' , guru-guru cuba menepati tema tersebut untuk menceriakan sambutan Hari Guru yang telah dirancang. Pelbagai program telah diatur oleh Lembaga Pengawas Sekolah (LPS) di bawah pimpinan Cikgu Munirah dengan kerjasama Kelab Guru dan Staff (KGS) di bawah pimpinan Cikgu Abdul Rahman serta barisan AJK pelaksana yang lain. Terima kasih LPS dan KGS yang telah menceriakan sambutan Hari Guru Sebestari pada tahun ini.
"Guru Tunjang Sekolah SEJAHTERA" |
Archives
August 2023
Categories
All
|