Tahniah diucapkan kepada Unit Kokurikulum, HEM dan Nilam kerana berjaya menganjurkan program yang amat bermakna dan meriah ini. Majlis Anugerah Permana Citra merupakan acara tahunan yang bertujuan penghargaan kepada para murid dan yang telah mengharumkan nama sekolah melalui bidang kokurikulum dan sukan, Nilam serta sahsiah yang baik.
Di samping itu, program ini juga memberi penghargaan kepada guru-guru penasihat/ guru kelas/ pemimpin/ jurulatih yang menunjukkan komitmen dan prestasi yang baik dalam bidang kokurikulum dan Hal Ehwal Murid(HEM). PELAKSANAAN Tarikh : 5 Januari 2023 (Jumaat) Tempat : Dewan Mutiara Bestari Masa : 7.30 pagi – 12.30 tengah hari Tahniah kepada Unit Kurikulum Sebestari di atas penganjuran Majlis Graduasi 2023 bagi meraikan murid-murid tingkatan 5 yang bakal menamatkan alam persekolahan mereka.
Program ini merupakan program tahunan yang bertujuan untuk meraikan murid Tingkatan 5 yang tamat persekolahan tahun 2023, memberi suntikan semangat kepada murid untuk lebih berjaya di masa akan datang dan meningkatkan jalinan ukhwah dikalangan murid dan guru –guru Sebestari. Butiran program adalah seperti berikut: Tarikh : 3 Januari 2023 Hari : Rabu Masa : 2.00 petang – 5.00 petang Tempat : D’ Orchid, Gombak Setia Program ini Perkampungan Ilmu Fasa 2 ini bertujuan untuk membina keyakinan murid dalam menjawab Peperiksaan SPM yang bakal ditempuhi dan memangkin semangat bersaing dalam kalangan mereka. Program ini telah diadakan pada 8-10 Disember (Jumaat-Ahad) 2023 bertempat di Kem Bumi Jati, Shah Alam.
Program pada kali ini melibatkan 5 kelas iaitu 5 Qayyim, 5 Khaldun, 5 Rusyd, 5 Baitar dan 5 Taimiyah. Diharapkan usaha berterusan ini dapat membantu murid mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM 2023 dan dapat meningkatkan peratus lulus dan Gred Purata Sekolah. Syabas diucapkan kepada Cikgu Saibahtul Islamiah dan Cikgu Nurul Ilani kerana tersenarai sebagai 197 guru Edufluencers 3.0. Kejayaan ini secara tidak langsung telah mengharumkan nama Sebestari ke peringkat yang lebih tinggi. Teruskan menjadi inspirasi kepada warga pendidikan dan bersama-sama kita martabatkan profesion keguruan. Tahniah!
MAKLUMAN SOLAT HAJAT FASA 3 SPM 2023
🔹Tarikh : 1 Dis 2023 🔹 Hari. : Jumaat 🔹 Masa : 7.20 - 8.30 pagi 🔹 Tempat : Surau Nur Al- Falah 🔹 Tentatif program : 7.20 - 8.30 pagi : • Solat Sunat Dhuha • Solat Sunat Hajat • Tazkirah Bersurai 🔹 Kehadiran : Dijemput semua guru, terutamanya guru subjek Tingkatan 5 untuk bersama-sama berada di surau dan melaksanakan solat Hajat. 🔹 Peringatan untuk murid perempuan sila bawa telekung. 🔹 Ibu bapa juga dialu- alukan untuk menunaikan solat Hajat di kediaman masing-masing. 📍Semoga majlis kita berjalan lancar dan mendapat rahmat Allah dalam mencapai kecemerlangan. Terima kasih🌹 Warga Sebestari Mengucapkan setinggi tinggi ucapan tahniah anak-anak SMK Sungai Pusu yang telah menyertai YOUNG INOVATOR CHALLENGE 3R INNOVATION Anjuran UTHM. Anak-anak Sebestari telah berjaya mengharumkan nama Sebestari dengan pencapaian berikut:
2 Gold Award 9 Silver Award 4 Bronze Award Tahniah buat anak-anak Sebestari di bawah bimbingan Pn Rajiah Hassan dan Pn Saibatul Islamiah. Mari kita saksikan video inovasi anak-anak hebat ini di saluran rasmi youtube Sebestari. https://bit.ly/TVSebestari TAHNIAH CIKGU NURUL ILANI 'TOP 3' PROJEK SIMPOSIUM KEBANGSAAN, PROGRAM DUTA GURU YAYASAN PETRONAS19/10/2023
Warga Sebestari mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Cikgu Nurul Ilani Ilham di atas pencapaian yang sangat membanggakan. Beliau telah berjaya mendapat 'TOP 3' di antara 275 projek dalam Simposium Kebangsaan, Program Duta Guru Yayasan Petronas yang diadakan di Hotel Movenpick. Semoga Cikgu Nurul Ilani terus cemerlang dan mengharumkan nama Sebestari ke peringkat yang lebih tinggi. Tahniah Cikgu!!.
Seramai 32 orang murid asrama lelaki (ASPURA) mewakili Asrama Sebestari dalam Pertandingan Perarakan Maulidur Rasul 1445H anjuran Masjid Ar-Rahimah, Greenwood.Kedua-dua kumpulan yang mewakili Asrama Sebestari telah merangkul JOHAN dan NAIB JOHAN bagi Pertandingan Perarakan Maulidur Rasul 1445H anjuran Masjid Ar-Rahimah, Greenwood. Tahniah kepada semua anak-anak Asrama Sebestari.
SMK Sungai Pusu telah mengadakan program Sambutan & Perarakan Maulidur rasul seperti ketetapan berikut:
▶️Tarikh/Hari: 27/9/2023 (Rabu) ▶️Masa : 7.20 pagi -1.00 petang ▶️Tempat: Dataran Kejat dan Dewan Mutiara Bestari ▶️Penglibatan : Semua murid dan guru-guru sesi pagi dan petang. Diharapkan program seperti ini akan diteruskan untuk tahun berikutnya kerana ia mampu memberi impak yang positif kepada murid dalam mengenang jasa dan pengorbanan Rasulullah SAW sempena memperingati hari kelahiran baginda. Tahniah diucapkan kepada Panitia Pendidikan Islam di atas penganjuran program yang sangat bermakna buat warga Sebestari. Tahniah kepada 12 orang murid SMK Sungai Pusu yang bertarung MSU National Infohunt Challenge '23. Semoga pengalaman dan pendedahan yang diperolehi memberi pengalaman yang bermakna bagi mencapai kejayaan yang lebih cemerlang.
|
Archives
April 2024
Categories
All
|