🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾
Majlis Perasmian Bulan Kemerdekaan Tahun 2023 🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾 Tahniah kepada Unit Kemanusiaan Sebestari di atas penganjuran Majlis Perasmian Bulan Kemerdekaan 2023 yang telah diadakan dengan penuh kemeriahan dan penghayatan pada hari ini. Ketetapan sambutan Majlis Perasmian Bulan Kemerdekaan Tahun 2023 adalah seperti ketapan yang berikut.: Tarikh : 7.8.2023 Masa : 7.20 - 8.40 pagi Tempat: Dataran Kejat Sasaran : semua guru sesi pagi Tema Semua guru amat digalakkan untuk memeriahkan majlis bersama sama memakai Guru lelaki 🟥memakai tengkolok 🟦memakai baju berwarna bendera malaysia Guru perempuan 🟨memakai tudung corak bendera Malaysia / tudung plain berwarna bendera Malaysia ⬜️baju plain / bercorak berwarna bendera Malaysia Dengan adanya sambutan seperti ini diharapkan dapat menyemarakkan lagi semangat patriotik dan cinta negara dalam kalangan warga Sebestari khasnya dan seluruh masyarakat. Satu lawatan penda aras telah dilakukan pada 7 Julai 2023 ke SMK Seri Setia, Cheras. Lawatan ini telah disertai oleh Penolong Kanan Pentadbiran, wakil daripada PIBG, Penyelaras TS25, guru data dan wakil dari Unit ICT Sebestari. Tujuan lawatan ini diadakan ialah untuk melihat keberkesanan Sistem Perekodan Kedatangan Murid dan Guru yang telah lama digunakan oleh sekolah ini. Lawatan penanda Aras ini telah memberi input yang sangat berguna bagi membuat penambahbaikan dan mematapkan lagi sistem pengurusan SMK Sungai Pusu.
Warga Sebestari turut berduka cita atas musibah yang menimpa adik Salman Al Farisi bin Rashidi dari kelas 1 Al Razi. Kediaman keluarga Salman telah terbakar dan telah memusnahkan sebahagianbesar kediaman keluarga ini. Kejadian ini berlaku pada 8 Julai 2023 jam 5 petang. Atas rasa simpati yang mendalam, Unit Kebajikan Sebestari teah menghulurkan sumbangan
Satu ceramah khas sempena sambutan Hari Raya Aidil Adha 1444H. Ceramah ini telah dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam dan bertujuan untuk menimbulkan kesedaran kepada murid pengertian pengorbanan yang sebenar. Semoga ceramah seperti akan diteruskan pada masa akan datang dan dapat memberi impak yang positif kepada warga sebestari.
Unit Bimbingan dan Kaunseling telah mengadakan Program Sentuhan Pentadbir khas untuk murid Tingkatan 5 yang bakal menduduki Peperiksaan SPM 2023. Program ini memberi sentuhan secara langsung daripada semua pentadbir kepada murid dengan memberi mereka semangat dan kesedaran dalam menghadapi Peperiksaan SPM nanti. Murid yang mendapat keputusan kurang memuaskan dalam Pentaksiran Akhir Tahun Tingkatan 4 telah diberi suntikan semangat untuk terus berusaha dan memperbaiki keputusan mereka. Manakala murid yang cemerlang juga telah diberi kata kata semangat meneruskan kecemerlangan secara konsisten. Semoga program seperti ini memberi impak yang tinggi kepada calon SPM 2023.
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Itulah yang dialami oleh keluarga murid SMK Sungai Pusu iaitu Muhammad Zahril Naim bin Mohammad Shafiuddin dari kelas 3 Pentium. Kebakaran yang berlaku pada pagi 15 Jun 2023 telah memusnahkan sebahagian kediaman mereka dan buku serta kelengkapan persekolahan juga turut musnah. Pengetua SMK Sungai Pusu mewakili warga Sebestari telah menyampaikan bantuan kepada keluarga ini sebagai tanda simpati dan empati terhadap beban yang ditanggung. Semoga dengan bantuan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban keluarga ini.
Satu Program Taklimat Kemasukan Pelajar ke UPU telah diadakan pada 13 Jun 2023 bertujuan memberi pendedahan awal kepada murid Tingkatan 5 mengatur strategi semasa memilih kursus pengajian di universiti. Program ini telah dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunselig (UBK) dan telah disampaikan oleh Cikgu Johanazar selaku kaunselor Sebestari. Program sebegini sangat penting supaya murid dapat menentukan hala tuju mereka selepas SPM nanti dan secara tidak langsung memberi semangat bagi mendapat keputusan yang terbaik dalam Peperiksaan SPM yang bakal di tempuhi.
Seluruh warga Sebestari mengucapkan setinggi-tinggi ucapan tahniah di atas pencapaian yang membanggakan dalam keputusan SPM 2022 yang telah diumumkan pada 8 Jun 2023 (Khamis) yang lalu. Peratus lulus dan Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) SPM Sebestari telah meningkat. Tahniah diucapkan kepada semua calon dan para pendidik yang telah mendidik calon SPM 2022 dari Tingkatan 1 hingga tingkatan 5. Kerjasama padu telah membuahkan kejayaan dan semoga akan lebih cemerlang di masa akan datang.
Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera
Sempena Pengambilan Slip SPM , UBK akan menganjurkan Pameran Kerjaya IPTS/IPTA seperti butiran berikut : 🌷 Tarikh : 8 Jun 2023 🌷 Masa : 9.30pg - 12.00tgh 🌷 Tempat : Dewan Mutiara Bestari 🌷 Sasaran : Semua murid tingkatan 5 mengikut jadual ❇️ PRS akan pergi ke kelas untuk memaklumkan pergerakan murid ke dewan ❇️ Mohon kerjasama guru subjek untuk membenarkan murid bergerak ke dewan dan berada bersama murid di dewan sehingga selesai giliran ❇️ Sila rujuk jadual penggiliran di bawah 🌷Segala kerjasama yang diberi didahului dengan ucapan terima kasih Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama Surau Nur Al-Falah akan mengadakan Majlis Bacaan Yasin dan Solat Hajat untuk murid SPM 2022 seperti ketetapan berikut :
Tarikh : 9/2/2023 Hari : Khamis Tempat : Surau Nur Al Falah Masa : 6.00 - 10.00 malam Dijemput ibu bapa dan semua warga Sebestari turut sama menyertai program ini untuk memohon keberkatan dan kemudahan buat semua calon SPM yang akan menduduki peperiksaan bertulis bermula 20 Februari ini. |
Archives
October 2023
Categories
All
|