Pada 13 Februari 2023 bermulanya Ujian Bertutur Bahasa Inggeris SPM 2022 dan akan berakhir pada 15 Februari 2023 . Diucapkan selamat maju jaya kepada semua calon SPM 2022 SMK Sungai Pusu. Semoga dipermudahkan Allah dan diberi kefahaman yang baik buat anak-anak SPM 2022 sewaktu menjalani ujian.🌷 📝Peringatan Mesra kepada semua Calon Ujian Bertutur Bahasa Inggeris SPM pada 13-15 Februari 2023:
✅ Calon dikehendaki hadir sekolah awal seperti waktu persekolahan biasa. Calon perlu berada di Bilik Lapor Diri/Menunggu 10 minit awal sebelum ujian bermula. ✅ Calon Sidang 3 diingatkan untuk membawa duit belanja lebih atau bekalan makanan secukupnya kerana perlu berada di sekolah/Bilik Kuarantin sehingga 4.45 ptg. Murid perempuan perlu membawa telekung. WAKTU REHAT 🍽 MENGIKUT SIDANG 🔅 SIDANG 1 ▶️ 10.00 (rehat di Bilik Kuarantin - makanan disediakan) 🔅 SIDANG 2&3 ▶️ 10.00 - 10.30 PG ✅Sekiranya calon tidak hadir pada hari Ujian disebabkan tidak sihat, calon perlu mendapatkan MC KERAJAAN sahaja. ✅ Sekiranya calon tidak hadir disebabkan rawatan di hospital, calon perlu mendapatkan surat pengesahan daripada doktor. ✅ Calon Sidang 1&2 perlu berada di Bilik Kuarantin sehingga jam 2.00 petang sebelum dibenarkan pulang ✅ Calon Sidang 3 perlu berada di Bilik Kuarantin sehingga jam 4.45 petang sebelum dibenarkan pulang ❌ TELEFON PINTAR adalah diHARAMKAN semasa berada di PUSAT UJIAN. Sekiranya membawa telefon pintar, calon diingatkan untuk menyimpan telefon tersebut di luar Pusat Ujian. Pihak sekolah tidak akan bertanggungjawab jika berlaku kecurian/kehilangan telefon pintar tersebut. Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama Surau Nur Al-Falah akan mengadakan Majlis Bacaan Yasin dan Solat Hajat untuk murid SPM 2022 seperti ketetapan berikut :
Tarikh : 9/2/2023 Hari : Khamis Tempat : Surau Nur Al Falah Masa : 6.00 - 10.00 malam Dijemput ibu bapa dan semua warga Sebestari turut sama menyertai program ini untuk memohon keberkatan dan kemudahan buat semua calon SPM yang akan menduduki peperiksaan bertulis bermula 20 Februari ini. Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
KEPUTUSAN PENTAKSIRAN AKHIR TAHUN TINGKATAN 4 2022. Makluman kepada ibubapa dan penjaga murid tingkatan 4 : ✳️ Keputusan Pentaksiran Akhir Tahun Tingkatan 4 boleh dilayari melalui laman berikut : https://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/semak.php Terima kasih. Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua Calon SPM Sebestari 2022.
📝Peringatan Mesra kepada semua Calon Ujian Bertutur Bahasa Melayu SPM pada 7-9 Februari 2023 ✅ Calon dikehendaki hadir sekolah awal seperti waktu persekolahan biasa. Calon perlu berada di Bilik Lapor Diri/Menunggu 10 minit awal sebelum ujian bermula. ✅ Calon Sidang 3 diingatkan untuk membawa duit belanja lebih atau bekalan makanan secukupnya kerana perlu berada di sekolah sehingga 4.10 ptg. Murid perempuan perlu membawa telekung. WAKTU REHAT 🍽 MENGIKUT SIDANG 🔅 SIDANG 2 & 3 ▶️ 9.30 - 10.00 PG 🔅 SIDANG 1 ▶️ 10.00 - 10.30 PG 🔅 SIDANG 3 ▶️ REHAT PUKUL 1 PTG & SOLAT ✅Sekiranya calon tidak hadir pada hari Ujian disebabkan tidak sihat, calon perlu mendapatkan MC KERAJAAN sahaja. ✅ Sekiranya calon tidak hadir disebabkan rawatan di hospital, calon perlu mendapatkan surat pengesahan daripada doktor. ❌ TELEFON PINTAR adalah diHARAMKAN semasa berada di PUSAT UJIAN. Sekiranya membawa telefon pintar, calon diingatkan untuk menyimpan telefon tersebut di luar Pusat Ujian. Pihak sekolah tidak akan bertanggungjawab jika berlaku kecurian/kehilangan telefon pintar tersebut. MAKLUMAN PENTING
UJIAN AMALI SAINS SPM Tarikh : 30, 31 Jan & 2 Feb Jumlah calon : 112 orang Kelas. : 5 Balkhi 5 Farisi 5 Haitam 5 Jazari Masa : 7.30 pagi hingga 11.30 pagi ✅ Semua calon dikehendaki berkumpul di Wakaf Siti Khadijah pada pukul 7.15 pagi ✅ Calon Sidang 1 akan Lapor Diri pada pukul 7.30 pagi ✅ Calon Sidang 2 akan dikuarantinkan di Makmal pada pukul 7.30 pagi ✅Calon Sidang 3 ( 5 Haitam dan murid 5 Jazari ) akan berada di dalam kelas diawasi oleh GMP masing masing sehingga pukul 9.30 pagi. ✅ Calon Sidang 3 ini dilepaskan untuk rehat pada pukul 9.30 pagi. ✅ Semua calon akan kembali ke kelas masing masing dan ikuti pdpc seperti biasa pada pukul 11.30 pagi hingga 1 petang. Berikut adalah jadual terkini Ujian Amali Sains SPM 2022. Ujian ini akan berlangsung selama tiga (3) hari iaitu pada 30, 31 Januari dan 2 Februari 2023. Berikut merupakan jadual terkini UASA bagi Tingkatan 1, 2 dan 3. Klik untuk muat turun. Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3
Tahniah buat para pemenang Pertandingan Money & Me kerana telah memenangi Anugerah Video Terbaik Peringkat Negeri. Kemenangan ini telah melayakkan mereka menerima wang tunai bernilai RM500 yang telah ditaja oleh The Edge Foundation Education. Tahniah buat ahli kumpulan Jellove.co SMK Sungai Pusu serta Cikgu Junainah Abdullah sebagai guru pembimbing.
Klik di SINI untuk menonton video mereka. Satu program kolaboratif Supernova Fasa 3 telah diadakan pada 6 hingga 8 Januari 2023 bertempat di Kem Bumi Jati, Shah Alam. Program ini merupakan lanjutan daripada Fasa 1 dan Fasa 2. Pada kali ini, program dikelolakan oleh Unit Kurikulum SMK Taman Melawati. Program ini telah disertai oleh SMK Sungai Pusu, SMK Gombak Setia, SMK Sungai Kertas dan SMK Taman Melawati sebagai penganjur.
Program ini merupakan usaha murni jaringan sekolah -sekolah kejiranan Daerah Gombak bagi meningkatkan pencapaian dan kecemerlangan murid dalam Peperiksaan SPM 2022. Semoga program seumpama ini akan memberi impak yang positf kepada colon SPM 2022 dan dapat meningkatkan pencapaian keseluruhan Peperiksaan SPM sekolah-sekolah yang menyertainya. Berikut meupakan jadual Pentaksiran Akhir Tahun Menengah atas terkini. Muat turun pada pautan di bawah. ![]()
MAKLUMAN PELAKSANAAN KELAS TAMBAHAN BULAN DISEMBER (PGM FASA 3) Hari : Sabtu, Selasa, Rabu, & Khamis Tarikh : 10,13,14 dan 15 Dis 2022 Masa : 8.00 pg - 1.00 tgh hari. Kelas : 5BKI,5FRI,5DWI,5HTM,5JZR,5JHZ |