Tahniah diucapkan kepada Panitia Pendidikan Islam di atas penganjuran Forum Nuzul Al Quran seperti ketetapan berikut:
Tarikh :7 April 2023 / 16 Ramadan 1444H Masa : 7.30 pagi - 9.00 pagi Tempat :Dewan Mutiara Bestari Tajuk : Al-Quran Sentiasa Di Hati Moderator : Ustaz Abdul Azim bin Ahmad Nasri Ahli Panel : 1. Ustaz Mohamed Rohan bin Sidek 2. Ustazah Hilmiah binti Haji Hassan Tentatif: ▶️Bacaan Surah Yasin ▶️Bacaan Ayat Suci Al-Quran ▶️Ucapan Alu-aluan Moderator ▶️Kupasan Tajuk Forum ▶️Kuiz ▶️Bersurai Pautan Youtube : Rakaman Forum Nuzul Al Quran Tahniah diucapkan kepada Panitia Pendidikan Islam SMK Sungai Pusu di atas penganjuran Majlis Ilmu Forum Isra' Mi'raj: Realiti atau Fantasi. Forum ini teah diadakan pada 17 Februari 2023 dengan kerjasama Surau Nur Falah Sebestari, TV Sebestari dan Unit ICT SMK Sungai Pusu. Alhamdulillah program yang diadakan secara maya ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Para pennceramah bagi forum ini terdiri daripada Ustaz Mohd Rohan (Pengetua Sebestari), Ustazah Norazah (PK Kokurikulum merangkap Guru PAI), Ustaz Abd Azim (Guru PAI) dan Ustazah Yuhanis Azira sebagai moderator. Moga ia memberi manfaat buat semua yang mengikuti forum ini.
Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama Surau Nur Al-Falah akan mengadakan Majlis Bacaan Yasin dan Solat Hajat untuk murid SPM 2022 seperti ketetapan berikut :
Tarikh : 9/2/2023 Hari : Khamis Tempat : Surau Nur Al Falah Masa : 6.00 - 10.00 malam Dijemput ibu bapa dan semua warga Sebestari turut sama menyertai program ini untuk memohon keberkatan dan kemudahan buat semua calon SPM yang akan menduduki peperiksaan bertulis bermula 20 Februari ini. Tahniah diucapkan buat seluruh Ahli Jawatankuasa KGS di atas penganjuran Majlis Hi-Tea dan Persaraan buat tiga orang guru dengan penuh kemeriahan dan gemilang. Majlis pada kali ini bertemakan Denim dan telah diadakan di Hotel Impiana KLCC pada 28 Januari 2023. Tiga orang guru bersara yang diraikan pada majlis ini ialah Ustazah Noriza Ali, Ustazah Azlinda Ismail dan Cikgu Hasni Hashim. Majlis ini juga turut dihadiri Tuan Zainal bin Ismail iaitu KPPD Gombak dan Encik Jaini bin Mohd@Amat selaku YDP PIBG SMK Sungai Pusu. Seluruh warga Sebestari amat berbesar hati dengan majlis yang telah diadakan dengan penuh kemeriahan dan gemilang ini. Tahniah buat pasukan KGS yang bertungkus lumus menjayakan majlis ini.
Pihak pengurusan dan seluruh warga Sebestari sangat mengalu-alukan dan menghargai Projek "‘READING HUB’ @ SMKSP". Projek ini merupakan inisiatif pihak UIAM bagi memastikan peluang yang saksama bagi pendidikan inklusif dan menggalakkan budaya membaca sepanjang hayat.
Antara penerangan ringkas berkaitan projek ini untuk makluman warga Sebestari dan masyarakat setempat adalah seperti berikut:
Matlamat utama program ini adalah:
Majlis Penyerahan Projek Cerun SMK Sungai Pusu telah diadakan pada 9 Disember 2022 sebagai penghargaan di antara pihak JKR dan SMK Sungai Pusu atas kerjasama penuh dedikasi sepanjang proses pembaikan cerun ini dilaksanakan. Warga Sebestari mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan atas perhatian yang diberikan sehingga menjadikan persekitaran sekolah lebih selamat untuk seluruh warga Sebestari.
Warga Sebestari mengucapkan Selamat Maju Jaya dan tahniah kepada semua yang diraikan pada hari ini iaitu:
Semua Warga Sebestari, ibu bapa dan penjaga dijemput menghadiri Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-23 seperti ketetapan di atas. Bersama kita mencapai kata sepakat dalam pembangunan akademik, sahsiah murid dan infrastruktur SMK Sungai Pusu.
|