Majlis Restu ilmu akan diadakan mengikut ketetapan berikut. Majlis ini merupakan program tahunan untuk calon SPM sebagai salah satu usaha bagi memberkati lagi ilmu yang telah dipelajari dan seterusnya mendapat keputusan yang cemerlang.
Program Mohon Restu Ilmu Calon SPM akan dilaksanakan seperti butiran berikut : ❇️Tarikh : 24 Januari 2024 (Rabu) ❇️ Masa : 8.00 pg - 10.00 pg ❇️ Tempat : Dewan Mutiara Bestari SMK Sungai Pusu ✳️✳️ Murid akan berkumpul di Dewan pada pukul 7.30 pagi bagi susunan kedudukan dan taklimat GBKSM. Program akan bermula pada pukul 8.00 pagi. Satu Program Solat Hajat Perdana 2023 telah diadakan khusus buat bakal calon SPM 2023. Program ini telah dihadiri oleh Ibu-bapa dan guru-guru sebagai salah satu usaha bagi memastikan semua calon dipermudahkan urusan menjawab soalan SPM 2023 dan seterusnya mendapat keputusan yang cemerlang. Program ini juga secara tidak langsung dapat merapatkan ukhwah antara murid, guru dan ibu bapa.
Butiran Program: 🔹Tarikh : 18 Jan 2024 🔹 Hari. : Khamis 🔹 Masa : 6.00 Ptg-10.00 Mlm 🔹 Tempat : Surau Nur Al-Falah, SMK Sg. Pusu Tahniah diucapkan kepada Unit Kokurikulum, HEM dan Nilam kerana berjaya menganjurkan program yang amat bermakna dan meriah ini. Majlis Anugerah Permana Citra merupakan acara tahunan yang bertujuan penghargaan kepada para murid dan yang telah mengharumkan nama sekolah melalui bidang kokurikulum dan sukan, Nilam serta sahsiah yang baik.
Di samping itu, program ini juga memberi penghargaan kepada guru-guru penasihat/ guru kelas/ pemimpin/ jurulatih yang menunjukkan komitmen dan prestasi yang baik dalam bidang kokurikulum dan Hal Ehwal Murid(HEM). PELAKSANAAN Tarikh : 5 Januari 2023 (Jumaat) Tempat : Dewan Mutiara Bestari Masa : 7.30 pagi – 12.30 tengah hari Tahniah kepada Unit Kurikulum Sebestari di atas penganjuran Majlis Graduasi 2023 bagi meraikan murid-murid tingkatan 5 yang bakal menamatkan alam persekolahan mereka.
Program ini merupakan program tahunan yang bertujuan untuk meraikan murid Tingkatan 5 yang tamat persekolahan tahun 2023, memberi suntikan semangat kepada murid untuk lebih berjaya di masa akan datang dan meningkatkan jalinan ukhwah dikalangan murid dan guru –guru Sebestari. Butiran program adalah seperti berikut: Tarikh : 3 Januari 2023 Hari : Rabu Masa : 2.00 petang – 5.00 petang Tempat : D’ Orchid, Gombak Setia |
Archives
April 2024
Categories
All
|