🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾
Majlis Perasmian Bulan Kemerdekaan Tahun 2023 🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾 Tahniah kepada Unit Kemanusiaan Sebestari di atas penganjuran Majlis Perasmian Bulan Kemerdekaan 2023 yang telah diadakan dengan penuh kemeriahan dan penghayatan pada hari ini. Ketetapan sambutan Majlis Perasmian Bulan Kemerdekaan Tahun 2023 adalah seperti ketapan yang berikut.: Tarikh : 7.8.2023 Masa : 7.20 - 8.40 pagi Tempat: Dataran Kejat Sasaran : semua guru sesi pagi Tema Semua guru amat digalakkan untuk memeriahkan majlis bersama sama memakai Guru lelaki 🟥memakai tengkolok 🟦memakai baju berwarna bendera malaysia Guru perempuan 🟨memakai tudung corak bendera Malaysia / tudung plain berwarna bendera Malaysia ⬜️baju plain / bercorak berwarna bendera Malaysia Dengan adanya sambutan seperti ini diharapkan dapat menyemarakkan lagi semangat patriotik dan cinta negara dalam kalangan warga Sebestari khasnya dan seluruh masyarakat. Seluruh warga Sebestari mengalu alukan kedatangan Ustazah Wan Laaibah ke sekolah ini. Semoga ustazah terus bersemangat menabur bakti di sini dan bersama-sama kami dalam menggapai kecemerlangan dalam aspek akademik, kokurikulum dan sahsiah murid.
24 Jun 2023 merupakan satu tarikh yang dinanti nantikan oleh semua warga Sebestari khususnya buat mereka yang telah berusaha keras dalam Peperiksaan Akhir Tahun dan SPM 2022. Majlis yang gilang gemilang ini diadakan untuk meraikan kejayaan anak-anak didik dan guru-guru yang telah bertungkus lumus dalam mencapai kejayaan pada tahun tersebut. Antara anugerah yang telah diberikan pada majlis pada hari ini ialah Anugerah Panitia, Anugerah Cemerlang T1 & T2, Anugerah Cemerlang T3 & T4 dan Anugerah Cemerlang SPM.
Unit Bimbingan dan Kaunseling telah mengadakan Program Sentuhan Pentadbir khas untuk murid Tingkatan 5 yang bakal menduduki Peperiksaan SPM 2023. Program ini memberi sentuhan secara langsung daripada semua pentadbir kepada murid dengan memberi mereka semangat dan kesedaran dalam menghadapi Peperiksaan SPM nanti. Murid yang mendapat keputusan kurang memuaskan dalam Pentaksiran Akhir Tahun Tingkatan 4 telah diberi suntikan semangat untuk terus berusaha dan memperbaiki keputusan mereka. Manakala murid yang cemerlang juga telah diberi kata kata semangat meneruskan kecemerlangan secara konsisten. Semoga program seperti ini memberi impak yang tinggi kepada calon SPM 2023.
Satu Program Taklimat Kemasukan Pelajar ke UPU telah diadakan pada 13 Jun 2023 bertujuan memberi pendedahan awal kepada murid Tingkatan 5 mengatur strategi semasa memilih kursus pengajian di universiti. Program ini telah dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunselig (UBK) dan telah disampaikan oleh Cikgu Johanazar selaku kaunselor Sebestari. Program sebegini sangat penting supaya murid dapat menentukan hala tuju mereka selepas SPM nanti dan secara tidak langsung memberi semangat bagi mendapat keputusan yang terbaik dalam Peperiksaan SPM yang bakal di tempuhi.
Seluruh warga Sebestari mengucapkan setinggi-tinggi ucapan tahniah di atas pencapaian yang membanggakan dalam keputusan SPM 2022 yang telah diumumkan pada 8 Jun 2023 (Khamis) yang lalu. Peratus lulus dan Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) SPM Sebestari telah meningkat. Tahniah diucapkan kepada semua calon dan para pendidik yang telah mendidik calon SPM 2022 dari Tingkatan 1 hingga tingkatan 5. Kerjasama padu telah membuahkan kejayaan dan semoga akan lebih cemerlang di masa akan datang.
Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera
Sempena Pengambilan Slip SPM , UBK akan menganjurkan Pameran Kerjaya IPTS/IPTA seperti butiran berikut : 🌷 Tarikh : 8 Jun 2023 🌷 Masa : 9.30pg - 12.00tgh 🌷 Tempat : Dewan Mutiara Bestari 🌷 Sasaran : Semua murid tingkatan 5 mengikut jadual ❇️ PRS akan pergi ke kelas untuk memaklumkan pergerakan murid ke dewan ❇️ Mohon kerjasama guru subjek untuk membenarkan murid bergerak ke dewan dan berada bersama murid di dewan sehingga selesai giliran ❇️ Sila rujuk jadual penggiliran di bawah 🌷Segala kerjasama yang diberi didahului dengan ucapan terima kasih Assamualaikum & Salam Sejahtera
Keputusan SPM yang dinantikan, bakal menyusul. - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - MAJLIS PENYERAHAN SLIP & DOKUMEN SPM 2022 🗓 Khamis, 08 Jun 2023 ⏰ 10.00 pagi - 12.00 tgh hari 🏠 Dewan Mutiara Sebestari 👩🏻👦🏻 Murid SPM 2022 👔🥻 Pakaian tidak formal yang sopan dan tidak mencolok mata Arahan yang perlu dipatuhi : 1️⃣ Mohon datang seawal jam 10.00 pagi dan Pagar sekolah mula dibuka untuk murid Ting 5 2022 bermula jam 9.50 pagi. 2️⃣ Mohon masuk menggunakan Pintu Pagar A dan terus ke dewan. 3️⃣ Mohon bawa pen sendiri untuk urusan di kaunter. 4️⃣ Jika anda tidak sihat @ bergejala @ My Sejahtera anda berstatus merah, mohon tidak hadir dan semua dokumen boleh ambil di Pejabat Sekolah apabila sudah sihat. 5️⃣ Para ibubapa dijemput hadir bersama-sama dengan calon SPM 2022 sahaja. 6️⃣ Mohon semak semua dokumen sebelum meninggalkan kaunter. 7️⃣ Jika murid belum menghantar buku teks, mohon bawa dan hantar ke Bilik SPBT (di sebelah Kedai Buku). Pastikan tulis nama dan kelas di sekeping kertas dan ikat bersama buku. 8️⃣ Jika murid masih belum menyelesaikan pembayaran sumbangan PIBG atau yuran Kecemerlangan SPM, mohon membuat pembayaran kepada guru kelas masing-masing. 9️⃣ Murid perlu beredar dari sekolah sebelum jam 12.00 tengah hari, bagi mengelakkan pertembungan dengan murid sesi petang. Sekian. TERIMA KASIH SEMUA ❤️ Bengkel Merungkai DSKP dan PBD diadakan pada 2 Mei 2023 bertempat di SMK Sungai Pusu. Bengkel ini telah dianjurkan oleh Unit Teknologi Maklumat, Sektor Pembelajaran Negeri Selangor khusus untuk guru-guru baharu yang mengajar Subjek Sains Komputer Peringkat Negeri Selangor. Kursus ini telah berjaya membina keyakinan dan pengetahuan bagi guru-guru baharu dalam mempersiapkan diri dalam mengajar subjek ini. Diharapkan kursus-kursus seperti ini akan diadakan secara berkala bagi membina jaringan perkongsian ilmu dan pengalaman antara guru-guru di Negeri Selangor.
Pada 13 Februari 2023 bermulanya Ujian Bertutur Bahasa Inggeris SPM 2022 dan akan berakhir pada 15 Februari 2023 . Diucapkan selamat maju jaya kepada semua calon SPM 2022 SMK Sungai Pusu. Semoga dipermudahkan Allah dan diberi kefahaman yang baik buat anak-anak SPM 2022 sewaktu menjalani ujian.🌷 📝Peringatan Mesra kepada semua Calon Ujian Bertutur Bahasa Inggeris SPM pada 13-15 Februari 2023:
✅ Calon dikehendaki hadir sekolah awal seperti waktu persekolahan biasa. Calon perlu berada di Bilik Lapor Diri/Menunggu 10 minit awal sebelum ujian bermula. ✅ Calon Sidang 3 diingatkan untuk membawa duit belanja lebih atau bekalan makanan secukupnya kerana perlu berada di sekolah/Bilik Kuarantin sehingga 4.45 ptg. Murid perempuan perlu membawa telekung. WAKTU REHAT 🍽 MENGIKUT SIDANG 🔅 SIDANG 1 ▶️ 10.00 (rehat di Bilik Kuarantin - makanan disediakan) 🔅 SIDANG 2&3 ▶️ 10.00 - 10.30 PG ✅Sekiranya calon tidak hadir pada hari Ujian disebabkan tidak sihat, calon perlu mendapatkan MC KERAJAAN sahaja. ✅ Sekiranya calon tidak hadir disebabkan rawatan di hospital, calon perlu mendapatkan surat pengesahan daripada doktor. ✅ Calon Sidang 1&2 perlu berada di Bilik Kuarantin sehingga jam 2.00 petang sebelum dibenarkan pulang ✅ Calon Sidang 3 perlu berada di Bilik Kuarantin sehingga jam 4.45 petang sebelum dibenarkan pulang ❌ TELEFON PINTAR adalah diHARAMKAN semasa berada di PUSAT UJIAN. Sekiranya membawa telefon pintar, calon diingatkan untuk menyimpan telefon tersebut di luar Pusat Ujian. Pihak sekolah tidak akan bertanggungjawab jika berlaku kecurian/kehilangan telefon pintar tersebut. |
Archives
August 2023
Categories
All
|