Tahniah Cikgu Nurul Ilani Ilham dan Cikgu Siti Zubaidah Mustafa kerana telah berjaya mendapat pengiktirafan Antarabangsa Google Certified Educator Level 1. Warga Sebestari sangat berbangga dengan pencapaian guru-guru hebat ini serta semua guru yang telah mengharumkan nama Sebestari. Tahniah dan terima kasih cikgu.
Satu Perkampungan Ilmu Fasa 2 telah diadakan di Laman Cikgu 21 Tanjong Karang, Selangor. Program ini diadakan sebagai persediaan kepada murid-murid dalam mempersiapkan diri bagi menghadapi peperiksaan SPM yang bakal dihadapi. Program sebegini amat bermanfaat kerana murid-murid lebih fokus kepada program dan slot pengisian bagi subjek tertentu di samping dapat memberi suasana baru kepada murid-murid. Semoga usaha keras guru-guru dan murid-murid akan menjana keputusan yang cemerlang kelak.
Panitia Pendidikan Islam telah mengadakan Program Bestari Solat pada 7 Disember 2022. Program ini bertujuan memberi kesededaran akan kepentingan menunaikan solat dengan sempurna. Sasaran program pada kali ini adalah murid-murid sesi petang. Dengan inisiatif ini diharapkan dapat memberi ilmu kepada murid-murid SMK Sungai pusu dan seterusnya dapat meningkatkan kualiti solat mereka.
Majlis Penyerahan Projek Cerun SMK Sungai Pusu telah diadakan pada 9 Disember 2022 sebagai penghargaan di antara pihak JKR dan SMK Sungai Pusu atas kerjasama penuh dedikasi sepanjang proses pembaikan cerun ini dilaksanakan. Warga Sebestari mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan atas perhatian yang diberikan sehingga menjadikan persekitaran sekolah lebih selamat untuk seluruh warga Sebestari.
Tahniah diucapkan kepada guru-guru dan murid-murid yang terlibat dalam Kejohanan Pembangunan Bola Jaring U15 yang telah diadakan pada 7 Disember 2022. SMK Sungai Pusu telah mendapat tempat ke-3 MSSD Gombak dan ia adalah satu pencapaian yang amat membanggakan. Semoga Pasukan Bola Jaring SMK Sungai Pusu terus mengorak langkah ke peringkat yang lebih tinggi.
Tahniah diucapkan kepada Cikgu Saibahtul Islamiah dan Cikgu Nurul Ilani di atas pencapaian yang amat membanggakan dalam Pertandingan INOVASI International Competition On Sustainable Education 2022 (SUSED2022) anjuran IIUM. Berikut adalah keputusan pertandingan tersebut:
👍👍👍GOLD AWARD kategori Inovasi Cikgu Saibahtul Islamiah binti Rosli 👍👍👍SILVER AWARD kategori Kajian Tindakan Cikgu Nurul Ilani binti Ilham Berikut merupakan jadual terkini Peperiksaan SPM 2022. Klik pada link di bawah untuk muat turun jadual. ![]()
![]()
![]()
Berikut meupakan jadual Pentaksiran Akhir Tahun Menengah atas terkini. Muat turun pada pautan di bawah. ![]()
|
Archives
August 2023
Categories
All
|