Program ini bertujuan untuk membina keyakinan murid dalam menjawab Peperiksaan SPM yang bakal ditempuhi dan memangkin semangat bersaing dalam kalangan mereka. Program ini telah diadakan pada 25-27 Ogos 2023 bertempat di Kem Bumi Jati, Shah Alam. Diharapkan usaha berterusan ini dapat membantu murid mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM 2023 dan dapat meningkatkan peratus lulus dan Gred Purata Sekolah.
Warga Sebestari mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua AJK KGS sesi 2022/2023 di atas khidmat bakti yang telah diberikan dalam mejayakan semua aktiti yang dirancang. Satu majlis serahan tugas ringkas telah didakan sebagai simbolik penyerahan tugas AJK KGS2022/2023 kepada AJK KGS 2023/2024.
Terima kasih atas khidmat bakti yang diberikan. 🌹🌹 🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾
Majlis Perasmian Bulan Kemerdekaan Tahun 2023 🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾 Tahniah kepada Unit Kemanusiaan Sebestari di atas penganjuran Majlis Perasmian Bulan Kemerdekaan 2023 yang telah diadakan dengan penuh kemeriahan dan penghayatan pada hari ini. Ketetapan sambutan Majlis Perasmian Bulan Kemerdekaan Tahun 2023 adalah seperti ketapan yang berikut.: Tarikh : 7.8.2023 Masa : 7.20 - 8.40 pagi Tempat: Dataran Kejat Sasaran : semua guru sesi pagi Tema Semua guru amat digalakkan untuk memeriahkan majlis bersama sama memakai Guru lelaki 🟥memakai tengkolok 🟦memakai baju berwarna bendera malaysia Guru perempuan 🟨memakai tudung corak bendera Malaysia / tudung plain berwarna bendera Malaysia ⬜️baju plain / bercorak berwarna bendera Malaysia Dengan adanya sambutan seperti ini diharapkan dapat menyemarakkan lagi semangat patriotik dan cinta negara dalam kalangan warga Sebestari khasnya dan seluruh masyarakat. Setinggi-tinggi ucapan tahniah diucapkan kepada pasukan catur Sebestari yang telah menyertai Kejohanan Catur MSSD 2023. Keputusan pertandingan adalah seperti berikut:
Kategori Kumpulan: -Tempat Ketiga P15 -Tempat Keenam P18 Terima kasih buat semua peserta dan guru pembimbing yang terlibat sepanjang Kejohanan ini berlangsung. Panitia Pendidikan Islam Sebestari telah menganjurkan Program Solat Hajat dan Bacaan Yasin buat bakal calon SPM 2023. Program ini akan diadakan secara berkala sehingga Peperiksaan SPM sebenar dan ia dimulakan dengan Siri 1 seperti ketatapan berikut:
PROGRAM SOLAT HAJAT DAN BACAAN YASIN SIRI 1 Butiran program: Tentatif: 6:30 - 7:00pm - Pendaftaran Murid Ibu bapa dan Guru 7:00 - 7:30pm - Zikir Munajat 7:30 - 8:10pm - Solat Maghrib & Bacaan Yasin 8:10 - 8:45pm - Tazkirah 8:45- 10:00pm :- - Solat Isyak - Solat Hajat -Majlis Bersurai Diharapkan program ini mendapat sokongan penuh daripada pihak ibu bapa dan seluruh warga Sebestari. Semoga usaha murni ini mendapat keberkatan dan seterusnya memberi kejayaan cemerlang dalam Peperiksaan SPM 2023 nanti. Setinggi-tinggi ucapan tahniah diucapkan kepada Pasukan Kelab Pencinta Alam SMK Sungai Pusu kerana telah berjaya mengharumkan nama SMK Sungai Pusu di peringkat kebangsaan. Pasukan ini telah berjaya menjadi Naib Johan Pertandingan Sketsa Sekolah Menengah Sempenan Hari Alam Sekita Sedunia Peringkat Akhir 2023. Pencapaian yang membanggakan ini sangat memberi inspirasi dan semangat buat semua warga Sebestari untuk terus mencapai kecemerlangan di peringkat yang lebih tinggi. Tahniah buat semua murid dan guru-guru pembimbing yang terlibat.
|
Archives
August 2023
Categories
All
|