Kejohanan merentas desa adalah merupakan acara sukan wajib yang mesti dijalankan di semua sekolah di Malaysia. Kejohanan ini dinamakan Larian Sebestari kerana bersesuaian dengan status SMK Sungai Pusu sebagai Sekolah Bestari. Salah satu tujuan acara ini diadakan adalah untuk memastikan penglibatan menyeluruh pelajar dalam kegiatan sukan disamping memupuk semangat kesukanan dan meningkatkan daya tahan kardiovaskular dalam kalangan pelajar bagi mewujudkan masyarkat yang sihat dan cergas. Larian telah dilaksanakan mengikut ketetapan berikut:
TARIKH:27 Jun 2023 (Selasa) MASA:7.30 pagi – 12.30 tgh hari JARAK: 5 KM Seluruh warga Sebestari mengalu alukan kedatangan Ustazah Wan Laaibah ke sekolah ini. Semoga ustazah terus bersemangat menabur bakti di sini dan bersama-sama kami dalam menggapai kecemerlangan dalam aspek akademik, kokurikulum dan sahsiah murid.
Warga Sebestari mengucapkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada semua penerima APC 2022. Semoga anugerah ini memberi semangat kepada guru-guru untuk terus bersemangat menabur bakti kepada anak bangsa. Anugerah ini juga memberi inspirasi kepada guru-guru lain untuk terus lebih bersemangat dalam menabur bakti. Tahniah sekali lagi diucapkan.
24 Jun 2023 merupakan satu tarikh yang dinanti nantikan oleh semua warga Sebestari khususnya buat mereka yang telah berusaha keras dalam Peperiksaan Akhir Tahun dan SPM 2022. Majlis yang gilang gemilang ini diadakan untuk meraikan kejayaan anak-anak didik dan guru-guru yang telah bertungkus lumus dalam mencapai kejayaan pada tahun tersebut. Antara anugerah yang telah diberikan pada majlis pada hari ini ialah Anugerah Panitia, Anugerah Cemerlang T1 & T2, Anugerah Cemerlang T3 & T4 dan Anugerah Cemerlang SPM.
Satu ceramah khas sempena sambutan Hari Raya Aidil Adha 1444H. Ceramah ini telah dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam dan bertujuan untuk menimbulkan kesedaran kepada murid pengertian pengorbanan yang sebenar. Semoga ceramah seperti akan diteruskan pada masa akan datang dan dapat memberi impak yang positif kepada warga sebestari.
Unit Bimbingan dan Kaunseling telah mengadakan Program Sentuhan Pentadbir khas untuk murid Tingkatan 5 yang bakal menduduki Peperiksaan SPM 2023. Program ini memberi sentuhan secara langsung daripada semua pentadbir kepada murid dengan memberi mereka semangat dan kesedaran dalam menghadapi Peperiksaan SPM nanti. Murid yang mendapat keputusan kurang memuaskan dalam Pentaksiran Akhir Tahun Tingkatan 4 telah diberi suntikan semangat untuk terus berusaha dan memperbaiki keputusan mereka. Manakala murid yang cemerlang juga telah diberi kata kata semangat meneruskan kecemerlangan secara konsisten. Semoga program seperti ini memberi impak yang tinggi kepada calon SPM 2023.
Setinggi-tinggi ucapan tahniah buat Pasukan Ping Pong Sebestari iaitu Muhammad Adib bin Ahmad Hazrul (4 Ibnu Shatir ) dan Khalid Ihsan bin Mohd Nizam (5 Ibnu Majah) telah mendapat tempat Ke-3 dalam kategori Beregu Lelaki Bawah 18 Tahun, Kejohanan Ping Pong MSSD. Tahniah sekali lagi buat Pasukan Ping Pong Sebestari dan guru pembimbing iaitu Ustazah Rosniza Rasmin. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi untuk lebih cemerlang di masa akan datang.
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Itulah yang dialami oleh keluarga murid SMK Sungai Pusu iaitu Muhammad Zahril Naim bin Mohammad Shafiuddin dari kelas 3 Pentium. Kebakaran yang berlaku pada pagi 15 Jun 2023 telah memusnahkan sebahagian kediaman mereka dan buku serta kelengkapan persekolahan juga turut musnah. Pengetua SMK Sungai Pusu mewakili warga Sebestari telah menyampaikan bantuan kepada keluarga ini sebagai tanda simpati dan empati terhadap beban yang ditanggung. Semoga dengan bantuan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban keluarga ini.
TV Sebestari telah menerima kunjungan Lawatan Penanda Aras TV PSS dari SMK Ideal Heights pada 16 Jun 2023. Kunjungan ini telah disertai oleh Guru Perpustakaan dan Media dan Guru Penyelaras Bestari dari SMK Ideal Heights. Kunjungan ini menjurus kepada perkongsian idea pengurusan organisasi dan teknikal bagi peringkat awal mewujudkan saluran TV PSS dan studio. Pihak TV Sebestari mengucapkan ribuan terima kasih di atas kunjungan ini dan semoga perkongsian idea dapat memantapkan lagi TV PSS kedua-dua buah sekolah.
Satu Program Taklimat Kemasukan Pelajar ke UPU telah diadakan pada 13 Jun 2023 bertujuan memberi pendedahan awal kepada murid Tingkatan 5 mengatur strategi semasa memilih kursus pengajian di universiti. Program ini telah dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunselig (UBK) dan telah disampaikan oleh Cikgu Johanazar selaku kaunselor Sebestari. Program sebegini sangat penting supaya murid dapat menentukan hala tuju mereka selepas SPM nanti dan secara tidak langsung memberi semangat bagi mendapat keputusan yang terbaik dalam Peperiksaan SPM yang bakal di tempuhi.
|
Archives
August 2023
Categories
All
|