Seluruh warga Sebestari mengucapkan setinggi-tinggi ucapan tahniah di atas pencapaian yang membanggakan dalam keputusan SPM 2022 yang telah diumumkan pada 8 Jun 2023 (Khamis) yang lalu. Peratus lulus dan Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) SPM Sebestari telah meningkat. Tahniah diucapkan kepada semua calon dan para pendidik yang telah mendidik calon SPM 2022 dari Tingkatan 1 hingga tingkatan 5. Kerjasama padu telah membuahkan kejayaan dan semoga akan lebih cemerlang di masa akan datang.
Warga Sebestari mengucapkan Selamat Maju Jaya buat Cikgu Maizatul Fadhlina dan Cikgu Abdul Rahman di atas perindahan ke sekolah baharu. Jutaan ucapan terima kasih buat guru-guru hebat ini atas khidmat bakti yang dicurahkan dan kami mendoakan agar mereka terus bersinar gemilang di sekolah baharu. "Terima Kasih Cikgu".
Warga Sebestari juga mengulu-alukan kedatangan keluarga baharu Sebestari iaitu Cikgu Abyan Ayuni (GKMP Tvet Sebestari) dan Cikgu Nursyazwan. Semoga dengan kehadiran keluarga baharu ini akan merancakkan lagi perjalanan Sebestari menuju mercu kejayaan dalam segenap aspek. "Selamat Datang Cikgu". Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera
Sempena Pengambilan Slip SPM , UBK akan menganjurkan Pameran Kerjaya IPTS/IPTA seperti butiran berikut : 🌷 Tarikh : 8 Jun 2023 🌷 Masa : 9.30pg - 12.00tgh 🌷 Tempat : Dewan Mutiara Bestari 🌷 Sasaran : Semua murid tingkatan 5 mengikut jadual ❇️ PRS akan pergi ke kelas untuk memaklumkan pergerakan murid ke dewan ❇️ Mohon kerjasama guru subjek untuk membenarkan murid bergerak ke dewan dan berada bersama murid di dewan sehingga selesai giliran ❇️ Sila rujuk jadual penggiliran di bawah 🌷Segala kerjasama yang diberi didahului dengan ucapan terima kasih Assamualaikum & Salam Sejahtera
Keputusan SPM yang dinantikan, bakal menyusul. - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - MAJLIS PENYERAHAN SLIP & DOKUMEN SPM 2022 🗓 Khamis, 08 Jun 2023 ⏰ 10.00 pagi - 12.00 tgh hari 🏠 Dewan Mutiara Sebestari 👩🏻👦🏻 Murid SPM 2022 👔🥻 Pakaian tidak formal yang sopan dan tidak mencolok mata Arahan yang perlu dipatuhi : 1️⃣ Mohon datang seawal jam 10.00 pagi dan Pagar sekolah mula dibuka untuk murid Ting 5 2022 bermula jam 9.50 pagi. 2️⃣ Mohon masuk menggunakan Pintu Pagar A dan terus ke dewan. 3️⃣ Mohon bawa pen sendiri untuk urusan di kaunter. 4️⃣ Jika anda tidak sihat @ bergejala @ My Sejahtera anda berstatus merah, mohon tidak hadir dan semua dokumen boleh ambil di Pejabat Sekolah apabila sudah sihat. 5️⃣ Para ibubapa dijemput hadir bersama-sama dengan calon SPM 2022 sahaja. 6️⃣ Mohon semak semua dokumen sebelum meninggalkan kaunter. 7️⃣ Jika murid belum menghantar buku teks, mohon bawa dan hantar ke Bilik SPBT (di sebelah Kedai Buku). Pastikan tulis nama dan kelas di sekeping kertas dan ikat bersama buku. 8️⃣ Jika murid masih belum menyelesaikan pembayaran sumbangan PIBG atau yuran Kecemerlangan SPM, mohon membuat pembayaran kepada guru kelas masing-masing. 9️⃣ Murid perlu beredar dari sekolah sebelum jam 12.00 tengah hari, bagi mengelakkan pertembungan dengan murid sesi petang. Sekian. TERIMA KASIH SEMUA ❤️ |
Archives
April 2024
Categories
All
|