Syabas diucapkan kepada Cikgu Saibahtul Islamiah dan Cikgu Nurul Ilani kerana tersenarai sebagai 197 guru Edufluencers 3.0. Kejayaan ini secara tidak langsung telah mengharumkan nama Sebestari ke peringkat yang lebih tinggi. Teruskan menjadi inspirasi kepada warga pendidikan dan bersama-sama kita martabatkan profesion keguruan. Tahniah!
TAHNIAH CIKGU NURUL ILANI 'TOP 3' PROJEK SIMPOSIUM KEBANGSAAN, PROGRAM DUTA GURU YAYASAN PETRONAS19/10/2023
Warga Sebestari mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Cikgu Nurul Ilani Ilham di atas pencapaian yang sangat membanggakan. Beliau telah berjaya mendapat 'TOP 3' di antara 275 projek dalam Simposium Kebangsaan, Program Duta Guru Yayasan Petronas yang diadakan di Hotel Movenpick. Semoga Cikgu Nurul Ilani terus cemerlang dan mengharumkan nama Sebestari ke peringkat yang lebih tinggi. Tahniah Cikgu!!.
Seramai 32 orang murid asrama lelaki (ASPURA) mewakili Asrama Sebestari dalam Pertandingan Perarakan Maulidur Rasul 1445H anjuran Masjid Ar-Rahimah, Greenwood.Kedua-dua kumpulan yang mewakili Asrama Sebestari telah merangkul JOHAN dan NAIB JOHAN bagi Pertandingan Perarakan Maulidur Rasul 1445H anjuran Masjid Ar-Rahimah, Greenwood. Tahniah kepada semua anak-anak Asrama Sebestari.
SMK Sungai Pusu telah mengadakan program Sambutan & Perarakan Maulidur rasul seperti ketetapan berikut:
▶️Tarikh/Hari: 27/9/2023 (Rabu) ▶️Masa : 7.20 pagi -1.00 petang ▶️Tempat: Dataran Kejat dan Dewan Mutiara Bestari ▶️Penglibatan : Semua murid dan guru-guru sesi pagi dan petang. Diharapkan program seperti ini akan diteruskan untuk tahun berikutnya kerana ia mampu memberi impak yang positif kepada murid dalam mengenang jasa dan pengorbanan Rasulullah SAW sempena memperingati hari kelahiran baginda. Tahniah diucapkan kepada Panitia Pendidikan Islam di atas penganjuran program yang sangat bermakna buat warga Sebestari. Seluruh warga Sebestari mengucapkan selamat maju jaya kepada Cikgu Siti Norasiah Binti Mohd Zain di atas khidmat bakti yang telah dicurahkan sepanjang berkhidmat di Sebestari. Sebagai tanda penghargaan pihak Kelab Guru dan Staff (KGS) telah menganjurkan satu majlis khas yang dinamakan 'Majlis Lambaian Kasih Pengerat Ukhwah' buat Cikgu Siti Norasiah. Majlis yang ringkas dan meriah ini telah diadakan pada 8 September 2023 bertempat di Dewan Mutiara Bestari. Semoga Cikgu Siti Norasiah terus cemerlang di tempat baharu.
🌹🌾🌾INFO KGS🌾🌾🌹 Program Majlis Penyerahan Kontena ‘Reading Hub’ yang akan dilaksanakan ini adalah untuk merealisasikan hasrat dan impian semua pihak yang terlibat iaitu antara pihak sekolah dan jawatankuasa PIBG dengan usahasama pihak Univerisiti Islam Antarabangsa.
‘Reading Hub’ ini terbahagi kepada 3 unit iaitu ‘ Library Cafe, STEM Hub’ dan Studio Mini TV Sebestari. Pihak sekolah dengan usahasama pihak UIAM telah merangka pelbagai program yang melibatkan 2 kontena dan bas ini. Majlis Penyerahan Kontena ‘Reading Hub’ ini melibatkan 3 aktiviti iaitu: (i) Majlis Perasmian (ii) Pameran aktiviti STEM (iii) Lawatan Mini Outreach Tarikh : 5 September 2023 Hari : Selasa Masa : 7.45 pagi – 11.00 pagi Tempat : Reading Hub, SMK Sungai Pusu Tetamu Perasmian : Prof Emeritus Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak, Rektor UIAM Tetamu Khas : Tuan Zainal bin Ismail, Ketua Pegawai Pelajaran Daerah Gombak Warga Sebestari mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua AJK KGS sesi 2022/2023 di atas khidmat bakti yang telah diberikan dalam mejayakan semua aktiti yang dirancang. Satu majlis serahan tugas ringkas telah didakan sebagai simbolik penyerahan tugas AJK KGS2022/2023 kepada AJK KGS 2023/2024.
Terima kasih atas khidmat bakti yang diberikan. 🌹🌹 🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾
Majlis Perasmian Bulan Kemerdekaan Tahun 2023 🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾 Tahniah kepada Unit Kemanusiaan Sebestari di atas penganjuran Majlis Perasmian Bulan Kemerdekaan 2023 yang telah diadakan dengan penuh kemeriahan dan penghayatan pada hari ini. Ketetapan sambutan Majlis Perasmian Bulan Kemerdekaan Tahun 2023 adalah seperti ketapan yang berikut.: Tarikh : 7.8.2023 Masa : 7.20 - 8.40 pagi Tempat: Dataran Kejat Sasaran : semua guru sesi pagi Tema Semua guru amat digalakkan untuk memeriahkan majlis bersama sama memakai Guru lelaki 🟥memakai tengkolok 🟦memakai baju berwarna bendera malaysia Guru perempuan 🟨memakai tudung corak bendera Malaysia / tudung plain berwarna bendera Malaysia ⬜️baju plain / bercorak berwarna bendera Malaysia Dengan adanya sambutan seperti ini diharapkan dapat menyemarakkan lagi semangat patriotik dan cinta negara dalam kalangan warga Sebestari khasnya dan seluruh masyarakat. Setinggi-tinggi ucapan tahniah diucapkan kepada pasukan catur Sebestari yang telah menyertai Kejohanan Catur MSSD 2023. Keputusan pertandingan adalah seperti berikut:
Kategori Kumpulan: -Tempat Ketiga P15 -Tempat Keenam P18 Terima kasih buat semua peserta dan guru pembimbing yang terlibat sepanjang Kejohanan ini berlangsung. Setinggi-tinggi ucapan tahniah diucapkan kepada Pasukan Kelab Pencinta Alam SMK Sungai Pusu kerana telah berjaya mengharumkan nama SMK Sungai Pusu di peringkat kebangsaan. Pasukan ini telah berjaya menjadi Naib Johan Pertandingan Sketsa Sekolah Menengah Sempenan Hari Alam Sekita Sedunia Peringkat Akhir 2023. Pencapaian yang membanggakan ini sangat memberi inspirasi dan semangat buat semua warga Sebestari untuk terus mencapai kecemerlangan di peringkat yang lebih tinggi. Tahniah buat semua murid dan guru-guru pembimbing yang terlibat.
|
Archives
April 2024
Categories
All
|