Satu ceramah khas sempena sambutan Hari Raya Aidil Adha 1444H. Ceramah ini telah dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam dan bertujuan untuk menimbulkan kesedaran kepada murid pengertian pengorbanan yang sebenar. Semoga ceramah seperti akan diteruskan pada masa akan datang dan dapat memberi impak yang positif kepada warga sebestari.
Unit Bimbingan dan Kaunseling telah mengadakan Program Sentuhan Pentadbir khas untuk murid Tingkatan 5 yang bakal menduduki Peperiksaan SPM 2023. Program ini memberi sentuhan secara langsung daripada semua pentadbir kepada murid dengan memberi mereka semangat dan kesedaran dalam menghadapi Peperiksaan SPM nanti. Murid yang mendapat keputusan kurang memuaskan dalam Pentaksiran Akhir Tahun Tingkatan 4 telah diberi suntikan semangat untuk terus berusaha dan memperbaiki keputusan mereka. Manakala murid yang cemerlang juga telah diberi kata kata semangat meneruskan kecemerlangan secara konsisten. Semoga program seperti ini memberi impak yang tinggi kepada calon SPM 2023.
Setinggi-tinggi ucapan tahniah buat Pasukan Ping Pong Sebestari iaitu Muhammad Adib bin Ahmad Hazrul (4 Ibnu Shatir ) dan Khalid Ihsan bin Mohd Nizam (5 Ibnu Majah) telah mendapat tempat Ke-3 dalam kategori Beregu Lelaki Bawah 18 Tahun, Kejohanan Ping Pong MSSD. Tahniah sekali lagi buat Pasukan Ping Pong Sebestari dan guru pembimbing iaitu Ustazah Rosniza Rasmin. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi untuk lebih cemerlang di masa akan datang.
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Itulah yang dialami oleh keluarga murid SMK Sungai Pusu iaitu Muhammad Zahril Naim bin Mohammad Shafiuddin dari kelas 3 Pentium. Kebakaran yang berlaku pada pagi 15 Jun 2023 telah memusnahkan sebahagian kediaman mereka dan buku serta kelengkapan persekolahan juga turut musnah. Pengetua SMK Sungai Pusu mewakili warga Sebestari telah menyampaikan bantuan kepada keluarga ini sebagai tanda simpati dan empati terhadap beban yang ditanggung. Semoga dengan bantuan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban keluarga ini.
Satu Program Taklimat Kemasukan Pelajar ke UPU telah diadakan pada 13 Jun 2023 bertujuan memberi pendedahan awal kepada murid Tingkatan 5 mengatur strategi semasa memilih kursus pengajian di universiti. Program ini telah dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunselig (UBK) dan telah disampaikan oleh Cikgu Johanazar selaku kaunselor Sebestari. Program sebegini sangat penting supaya murid dapat menentukan hala tuju mereka selepas SPM nanti dan secara tidak langsung memberi semangat bagi mendapat keputusan yang terbaik dalam Peperiksaan SPM yang bakal di tempuhi.
Seluruh warga Sebestari mengucapkan setinggi-tinggi ucapan tahniah di atas pencapaian yang membanggakan dalam keputusan SPM 2022 yang telah diumumkan pada 8 Jun 2023 (Khamis) yang lalu. Peratus lulus dan Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) SPM Sebestari telah meningkat. Tahniah diucapkan kepada semua calon dan para pendidik yang telah mendidik calon SPM 2022 dari Tingkatan 1 hingga tingkatan 5. Kerjasama padu telah membuahkan kejayaan dan semoga akan lebih cemerlang di masa akan datang.
Warga Sebestari mengucapkan Selamat Maju Jaya buat Cikgu Maizatul Fadhlina dan Cikgu Abdul Rahman di atas perindahan ke sekolah baharu. Jutaan ucapan terima kasih buat guru-guru hebat ini atas khidmat bakti yang dicurahkan dan kami mendoakan agar mereka terus bersinar gemilang di sekolah baharu. "Terima Kasih Cikgu".
Warga Sebestari juga mengulu-alukan kedatangan keluarga baharu Sebestari iaitu Cikgu Abyan Ayuni (GKMP Tvet Sebestari) dan Cikgu Nursyazwan. Semoga dengan kehadiran keluarga baharu ini akan merancakkan lagi perjalanan Sebestari menuju mercu kejayaan dalam segenap aspek. "Selamat Datang Cikgu". Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera
Sempena Pengambilan Slip SPM , UBK akan menganjurkan Pameran Kerjaya IPTS/IPTA seperti butiran berikut : 🌷 Tarikh : 8 Jun 2023 🌷 Masa : 9.30pg - 12.00tgh 🌷 Tempat : Dewan Mutiara Bestari 🌷 Sasaran : Semua murid tingkatan 5 mengikut jadual ❇️ PRS akan pergi ke kelas untuk memaklumkan pergerakan murid ke dewan ❇️ Mohon kerjasama guru subjek untuk membenarkan murid bergerak ke dewan dan berada bersama murid di dewan sehingga selesai giliran ❇️ Sila rujuk jadual penggiliran di bawah 🌷Segala kerjasama yang diberi didahului dengan ucapan terima kasih Assamualaikum & Salam Sejahtera
Keputusan SPM yang dinantikan, bakal menyusul. - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - MAJLIS PENYERAHAN SLIP & DOKUMEN SPM 2022 🗓 Khamis, 08 Jun 2023 ⏰ 10.00 pagi - 12.00 tgh hari 🏠 Dewan Mutiara Sebestari 👩🏻👦🏻 Murid SPM 2022 👔🥻 Pakaian tidak formal yang sopan dan tidak mencolok mata Arahan yang perlu dipatuhi : 1️⃣ Mohon datang seawal jam 10.00 pagi dan Pagar sekolah mula dibuka untuk murid Ting 5 2022 bermula jam 9.50 pagi. 2️⃣ Mohon masuk menggunakan Pintu Pagar A dan terus ke dewan. 3️⃣ Mohon bawa pen sendiri untuk urusan di kaunter. 4️⃣ Jika anda tidak sihat @ bergejala @ My Sejahtera anda berstatus merah, mohon tidak hadir dan semua dokumen boleh ambil di Pejabat Sekolah apabila sudah sihat. 5️⃣ Para ibubapa dijemput hadir bersama-sama dengan calon SPM 2022 sahaja. 6️⃣ Mohon semak semua dokumen sebelum meninggalkan kaunter. 7️⃣ Jika murid belum menghantar buku teks, mohon bawa dan hantar ke Bilik SPBT (di sebelah Kedai Buku). Pastikan tulis nama dan kelas di sekeping kertas dan ikat bersama buku. 8️⃣ Jika murid masih belum menyelesaikan pembayaran sumbangan PIBG atau yuran Kecemerlangan SPM, mohon membuat pembayaran kepada guru kelas masing-masing. 9️⃣ Murid perlu beredar dari sekolah sebelum jam 12.00 tengah hari, bagi mengelakkan pertembungan dengan murid sesi petang. Sekian. TERIMA KASIH SEMUA ❤️ Seluruh Warga Sebestari mengucapkan setinggi-tinggi ucapan tahniah buat Cikgu Saibahtul dan Cikgu Nurul Ilani kerana terpilih dalam senarai Top 5 Pertandingan Mentor Madani. Kejayaan ini secara tidak langsung telah mengharumkan nama sekolah di persada dunia pendidikan. Moga kejayaan ini menjadi inspirasi buat semua Warga Sebestari.
|
Archives
April 2024
Categories
All
|