Satu Program Taklimat Kemasukan Pelajar ke UPU telah diadakan pada 13 Jun 2023 bertujuan memberi pendedahan awal kepada murid Tingkatan 5 mengatur strategi semasa memilih kursus pengajian di universiti. Program ini telah dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunselig (UBK) dan telah disampaikan oleh Cikgu Johanazar selaku kaunselor Sebestari. Program sebegini sangat penting supaya murid dapat menentukan hala tuju mereka selepas SPM nanti dan secara tidak langsung memberi semangat bagi mendapat keputusan yang terbaik dalam Peperiksaan SPM yang bakal di tempuhi.
Seluruh warga Sebestari mengucapkan setinggi-tinggi ucapan tahniah di atas pencapaian yang membanggakan dalam keputusan SPM 2022 yang telah diumumkan pada 8 Jun 2023 (Khamis) yang lalu. Peratus lulus dan Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) SPM Sebestari telah meningkat. Tahniah diucapkan kepada semua calon dan para pendidik yang telah mendidik calon SPM 2022 dari Tingkatan 1 hingga tingkatan 5. Kerjasama padu telah membuahkan kejayaan dan semoga akan lebih cemerlang di masa akan datang.
Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera
Sempena Pengambilan Slip SPM , UBK akan menganjurkan Pameran Kerjaya IPTS/IPTA seperti butiran berikut : 🌷 Tarikh : 8 Jun 2023 🌷 Masa : 9.30pg - 12.00tgh 🌷 Tempat : Dewan Mutiara Bestari 🌷 Sasaran : Semua murid tingkatan 5 mengikut jadual ❇️ PRS akan pergi ke kelas untuk memaklumkan pergerakan murid ke dewan ❇️ Mohon kerjasama guru subjek untuk membenarkan murid bergerak ke dewan dan berada bersama murid di dewan sehingga selesai giliran ❇️ Sila rujuk jadual penggiliran di bawah 🌷Segala kerjasama yang diberi didahului dengan ucapan terima kasih Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama Surau Nur Al-Falah akan mengadakan Majlis Bacaan Yasin dan Solat Hajat untuk murid SPM 2022 seperti ketetapan berikut :
Tarikh : 9/2/2023 Hari : Khamis Tempat : Surau Nur Al Falah Masa : 6.00 - 10.00 malam Dijemput ibu bapa dan semua warga Sebestari turut sama menyertai program ini untuk memohon keberkatan dan kemudahan buat semua calon SPM yang akan menduduki peperiksaan bertulis bermula 20 Februari ini. Panitia Pendidikan Islam telah mengadakan Program Bestari Solat pada 7 Disember 2022. Program ini bertujuan memberi kesededaran akan kepentingan menunaikan solat dengan sempurna. Sasaran program pada kali ini adalah murid-murid sesi petang. Dengan inisiatif ini diharapkan dapat memberi ilmu kepada murid-murid SMK Sungai pusu dan seterusnya dapat meningkatkan kualiti solat mereka.
Kem Kepimpinan bagi Pengawas PSS, Briged Bestari, PRS, Krew TV Sebestari dan Pengawas SPBT telah diadakan pada 26 hingga 27 November 2022 bertempat di PD Santuary Resort Training Centre, Port Dickson. Kem ini telah dirancang bagi mempersiapkan murid dengan semangat dan kemahiran yang perlu ada dalam kepimpinan. Kem ini telah berjaya memupuk semangat kerja berpasukan, jati diri dan sikap bertolak ansur antara peserta. Semoga mereka menjadi pemimpin yang terbilang di masa akan datang.
Unit Kokurikulum SMKSP telah mengadakan KEM seperti berikut :
Tarikh: 19/10/2022 Masa: 7.30pagi - 1.00 tghri Tempat: Dewan Mutiara Bestari Setiap Kelab Sukan/Permainan telah menghantar seorang wakil (murid) untuk melibatkan diri dalam kem ini. Kriteria murid yang mewakili kelab sukan/permainan masing2 adalah seperti berikut: -memegang jawatan tertinggi -bukan murid tingkatan 5 -bukan pengawas Diharapkan dengan pelaksanaan kem ini, lebih ramai lagi bakal-bakal pemimpin muda akan dilahirkan bagi menerajui kepimpinan peringkat sekolah dan masyarakat di masa akan datang. Kem Kepimpinan Lembaga Pengawas SMK Sungai Pusu telah diadakan pada 30 September 2022 sehingga 2 Oktober 2022. Tahniah kepada Cikgu Munirah dan pasukan serta AJK pelaksana yang terlibat dalam menjayakan kem yang dirancang. Semoga kem ini akan dapat membentuk jati diri dan kepimpina buat semua pengawas yang terpilih.
Majlis Anugerah Cemerlang(MAC) dan Majlis Graduasi telah diadakan pada 8 Ogos yang lalu. Majlis yang gemilang ini diadakan khas bagi meraikan kejayaan murid-murid Sebestari dalam prestasi akademik dan pencapaian SPM 2021 yang lalu. Tahniah dan syabas diucapkan kepada penerima hadiah dan anugerah. Moga menjadi pembakar semangat kepada murid-murid lain untuk terus mencapai kejayaan dalam akademik dan seterusnya cemerlang dalam SPM 2022 yang bakal ditempuh.
Setinggi-tinggi ucapan tahniah diucapkan kepada Siti Hajar binti Ahmad Rosmadi kerana telah dinobatkan sebagai tokoh murid 2021. Beliau telah mencapai keputusan yang cemerlang dalam SPM iaitu 9A dan telah menunjukkan sahsiah yang terpuji sepanjang berada di SMK Sungai Pusu. |
Archives
April 2024
Categories
All
|