Majlis Anugerah PERMANA CITRA (HEM/KOKU) 2022
Tarikh :2/2/23 Tempat : Institut Kraf Negara Tahniah kepada semua guru yang telah memberi sumbangan sehingga SMK Sungai Pusu mendapat Anugerah Permana Citra bagi kategori Sukan. Semoga pengiktirafan tersebut menjadi pemangkin bagi mendapat anugerah-anugerah kategori yang lain pada tahun seterusnya. SYABAS & TAHNIAH. Terima kasih cikgu 🌹🌹🌹 Tahniah buat peserta E-Mahrajan (Asrama Sekolah Harian) kerana telah berjaya mencapai kejayaan yang sangat membanggakan. Antara pencapaian yang membanggakan ialah:
1. Johan - E-Hafazan (Ting 1 dan 2, Terbuka Perempuan) Peringkat Kebangsaan 2. Tempat ke 3 - E-Tazkirah (perempuan) Peringkat Negeri 3. Johan - E-Hafazan (Perempuan) Peringkat Negeri Tahniah diucapkan buat para peserta dan guru pembimbing semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat buat seluruh warga Sebestari. Panitia Pendidikan Islam telah mengadakan Program Bestari Solat pada 7 Disember 2022. Program ini bertujuan memberi kesededaran akan kepentingan menunaikan solat dengan sempurna. Sasaran program pada kali ini adalah murid-murid sesi petang. Dengan inisiatif ini diharapkan dapat memberi ilmu kepada murid-murid SMK Sungai pusu dan seterusnya dapat meningkatkan kualiti solat mereka.
Tahniah diucapkan kepada guru-guru dan murid-murid yang terlibat dalam Kejohanan Pembangunan Bola Jaring U15 yang telah diadakan pada 7 Disember 2022. SMK Sungai Pusu telah mendapat tempat ke-3 MSSD Gombak dan ia adalah satu pencapaian yang amat membanggakan. Semoga Pasukan Bola Jaring SMK Sungai Pusu terus mengorak langkah ke peringkat yang lebih tinggi.
Warga Sebestari mengucapkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada guru penasihat dan murid-murid dari Kelab Pencinta Alam dan Geografi atas penyertaan Projek Pendekatan Praktikal & Berimpak - Climate Change anjuran Universiti Islam Antara Bangsa Malaysia (UIAM). Wakil dari SMK Sungai Pusu telah berjaya mendapat tempat ke 2. Tahniah dan Syabas!!!
Unit ICT, Pusat Sumber Sekolah dan Kelab TV Sebestari telah mengadakan Lawatan Penanda Aras Berfokus ke SMK Saujana Utama (SUTAMA) pada 16 November 2022 yang lalu. Lawatan ini menjurus kepada perkongsian pintar dalam pengurusan ICT, Pusat Sumber dan TV PSS (TV Sebestari). Lawatan ini telah memberi impak yang sangat positif bagi memantapkan lagi program, meningkatkan prasarana ICT Sebestari, Pengurusan dan pernstrukturan Unit Pusat Sumber dan TV Sebestari.
Unit Kokurikulum SMKSP telah mengadakan KEM seperti berikut :
Tarikh: 19/10/2022 Masa: 7.30pagi - 1.00 tghri Tempat: Dewan Mutiara Bestari Setiap Kelab Sukan/Permainan telah menghantar seorang wakil (murid) untuk melibatkan diri dalam kem ini. Kriteria murid yang mewakili kelab sukan/permainan masing2 adalah seperti berikut: -memegang jawatan tertinggi -bukan murid tingkatan 5 -bukan pengawas Diharapkan dengan pelaksanaan kem ini, lebih ramai lagi bakal-bakal pemimpin muda akan dilahirkan bagi menerajui kepimpinan peringkat sekolah dan masyarakat di masa akan datang. |
Archives
April 2024
Categories
All
|