Satu lawatan penda aras telah dilakukan pada 7 Julai 2023 ke SMK Seri Setia, Cheras. Lawatan ini telah disertai oleh Penolong Kanan Pentadbiran, wakil daripada PIBG, Penyelaras TS25, guru data dan wakil dari Unit ICT Sebestari. Tujuan lawatan ini diadakan ialah untuk melihat keberkesanan Sistem Perekodan Kedatangan Murid dan Guru yang telah lama digunakan oleh sekolah ini. Lawatan penanda Aras ini telah memberi input yang sangat berguna bagi membuat penambahbaikan dan mematapkan lagi sistem pengurusan SMK Sungai Pusu.
Warga Sebestari turut berduka cita atas musibah yang menimpa adik Salman Al Farisi bin Rashidi dari kelas 1 Al Razi. Kediaman keluarga Salman telah terbakar dan telah memusnahkan sebahagianbesar kediaman keluarga ini. Kejadian ini berlaku pada 8 Julai 2023 jam 5 petang. Atas rasa simpati yang mendalam, Unit Kebajikan Sebestari teah menghulurkan sumbangan
24 Jun 2023 merupakan satu tarikh yang dinanti nantikan oleh semua warga Sebestari khususnya buat mereka yang telah berusaha keras dalam Peperiksaan Akhir Tahun dan SPM 2022. Majlis yang gilang gemilang ini diadakan untuk meraikan kejayaan anak-anak didik dan guru-guru yang telah bertungkus lumus dalam mencapai kejayaan pada tahun tersebut. Antara anugerah yang telah diberikan pada majlis pada hari ini ialah Anugerah Panitia, Anugerah Cemerlang T1 & T2, Anugerah Cemerlang T3 & T4 dan Anugerah Cemerlang SPM.
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Itulah yang dialami oleh keluarga murid SMK Sungai Pusu iaitu Muhammad Zahril Naim bin Mohammad Shafiuddin dari kelas 3 Pentium. Kebakaran yang berlaku pada pagi 15 Jun 2023 telah memusnahkan sebahagian kediaman mereka dan buku serta kelengkapan persekolahan juga turut musnah. Pengetua SMK Sungai Pusu mewakili warga Sebestari telah menyampaikan bantuan kepada keluarga ini sebagai tanda simpati dan empati terhadap beban yang ditanggung. Semoga dengan bantuan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban keluarga ini.
Warga Sebestari mengucapkan Selamat Maju Jaya buat Cikgu Maizatul Fadhlina dan Cikgu Abdul Rahman di atas perindahan ke sekolah baharu. Jutaan ucapan terima kasih buat guru-guru hebat ini atas khidmat bakti yang dicurahkan dan kami mendoakan agar mereka terus bersinar gemilang di sekolah baharu. "Terima Kasih Cikgu".
Warga Sebestari juga mengulu-alukan kedatangan keluarga baharu Sebestari iaitu Cikgu Abyan Ayuni (GKMP Tvet Sebestari) dan Cikgu Nursyazwan. Semoga dengan kehadiran keluarga baharu ini akan merancakkan lagi perjalanan Sebestari menuju mercu kejayaan dalam segenap aspek. "Selamat Datang Cikgu". Tahniah diucapkan kepada Panitia Pendidikan Islam di atas penganjuran Forum Nuzul Al Quran seperti ketetapan berikut:
Tarikh :7 April 2023 / 16 Ramadan 1444H Masa : 7.30 pagi - 9.00 pagi Tempat :Dewan Mutiara Bestari Tajuk : Al-Quran Sentiasa Di Hati Moderator : Ustaz Abdul Azim bin Ahmad Nasri Ahli Panel : 1. Ustaz Mohamed Rohan bin Sidek 2. Ustazah Hilmiah binti Haji Hassan Tentatif: ▶️Bacaan Surah Yasin ▶️Bacaan Ayat Suci Al-Quran ▶️Ucapan Alu-aluan Moderator ▶️Kupasan Tajuk Forum ▶️Kuiz ▶️Bersurai Pautan Youtube : Rakaman Forum Nuzul Al Quran Tahniah diucapkan kepada Panitia Pendidikan Islam SMK Sungai Pusu di atas penganjuran Majlis Ilmu Forum Isra' Mi'raj: Realiti atau Fantasi. Forum ini teah diadakan pada 17 Februari 2023 dengan kerjasama Surau Nur Falah Sebestari, TV Sebestari dan Unit ICT SMK Sungai Pusu. Alhamdulillah program yang diadakan secara maya ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Para pennceramah bagi forum ini terdiri daripada Ustaz Mohd Rohan (Pengetua Sebestari), Ustazah Norazah (PK Kokurikulum merangkap Guru PAI), Ustaz Abd Azim (Guru PAI) dan Ustazah Yuhanis Azira sebagai moderator. Moga ia memberi manfaat buat semua yang mengikuti forum ini.
Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama Surau Nur Al-Falah akan mengadakan Majlis Bacaan Yasin dan Solat Hajat untuk murid SPM 2022 seperti ketetapan berikut :
Tarikh : 9/2/2023 Hari : Khamis Tempat : Surau Nur Al Falah Masa : 6.00 - 10.00 malam Dijemput ibu bapa dan semua warga Sebestari turut sama menyertai program ini untuk memohon keberkatan dan kemudahan buat semua calon SPM yang akan menduduki peperiksaan bertulis bermula 20 Februari ini. Tahniah diucapkan buat seluruh Ahli Jawatankuasa KGS di atas penganjuran Majlis Hi-Tea dan Persaraan buat tiga orang guru dengan penuh kemeriahan dan gemilang. Majlis pada kali ini bertemakan Denim dan telah diadakan di Hotel Impiana KLCC pada 28 Januari 2023. Tiga orang guru bersara yang diraikan pada majlis ini ialah Ustazah Noriza Ali, Ustazah Azlinda Ismail dan Cikgu Hasni Hashim. Majlis ini juga turut dihadiri Tuan Zainal bin Ismail iaitu KPPD Gombak dan Encik Jaini bin Mohd@Amat selaku YDP PIBG SMK Sungai Pusu. Seluruh warga Sebestari amat berbesar hati dengan majlis yang telah diadakan dengan penuh kemeriahan dan gemilang ini. Tahniah buat pasukan KGS yang bertungkus lumus menjayakan majlis ini.
Pihak pengurusan dan seluruh warga Sebestari sangat mengalu-alukan dan menghargai Projek "‘READING HUB’ @ SMKSP". Projek ini merupakan inisiatif pihak UIAM bagi memastikan peluang yang saksama bagi pendidikan inklusif dan menggalakkan budaya membaca sepanjang hayat.
Antara penerangan ringkas berkaitan projek ini untuk makluman warga Sebestari dan masyarakat setempat adalah seperti berikut:
Matlamat utama program ini adalah:
|
Archives
April 2024
Categories
All
|