Satu lawatan penda aras telah dilakukan pada 7 Julai 2023 ke SMK Seri Setia, Cheras. Lawatan ini telah disertai oleh Penolong Kanan Pentadbiran, wakil daripada PIBG, Penyelaras TS25, guru data dan wakil dari Unit ICT Sebestari. Tujuan lawatan ini diadakan ialah untuk melihat keberkesanan Sistem Perekodan Kedatangan Murid dan Guru yang telah lama digunakan oleh sekolah ini. Lawatan penanda Aras ini telah memberi input yang sangat berguna bagi membuat penambahbaikan dan mematapkan lagi sistem pengurusan SMK Sungai Pusu.
Tahniah buat guru pembimbing dan semua ahli Persatuan Pandu Puteri kerana telah menyertai program National Plastic Buster Beach-River-Beach 2023. Program ini telah diadakan di Taman Metropolitan, Kepong pada 8 Julai 2023. Penyertaan ini merupakan satu pendedahan yang sangat baik buat peserta kerana ia dapat memupuk semangat cintakan alam sekitar, memupuk sikap kerja berpasukan dan dapat memberi pengalaman berharga melalui aktiviti kemasyarakatan yang disertai.
Warga Sebestari turut berduka cita atas musibah yang menimpa adik Salman Al Farisi bin Rashidi dari kelas 1 Al Razi. Kediaman keluarga Salman telah terbakar dan telah memusnahkan sebahagianbesar kediaman keluarga ini. Kejadian ini berlaku pada 8 Julai 2023 jam 5 petang. Atas rasa simpati yang mendalam, Unit Kebajikan Sebestari teah menghulurkan sumbangan
Kejohanan Badminton MSSD Gombak 2023
Keputusan: 🥇Johan Perseorangan L B15 🥇Johan Beregu L B15 🥉Ketiga Perseorangan P B18 🏆Pasukan ketiga terbaik keseluruhan Tahniah buat pasukan badminton Sebestari yang telah menyertai Kejohanan Badminton MSSD Gombak 2023. Warga Sebestari amat berbangga dengan pencapaian yang diperolehi dan diharapkan ia memberi semangat buat semua warga Sebestari untuk berusaha dengan bersungguh-sungguh dalam apa jua bidang yang diceburi. Kejohanan merentas desa adalah merupakan acara sukan wajib yang mesti dijalankan di semua sekolah di Malaysia. Kejohanan ini dinamakan Larian Sebestari kerana bersesuaian dengan status SMK Sungai Pusu sebagai Sekolah Bestari. Salah satu tujuan acara ini diadakan adalah untuk memastikan penglibatan menyeluruh pelajar dalam kegiatan sukan disamping memupuk semangat kesukanan dan meningkatkan daya tahan kardiovaskular dalam kalangan pelajar bagi mewujudkan masyarkat yang sihat dan cergas. Larian telah dilaksanakan mengikut ketetapan berikut:
TARIKH:27 Jun 2023 (Selasa) MASA:7.30 pagi – 12.30 tgh hari JARAK: 5 KM Seluruh warga Sebestari mengalu alukan kedatangan Ustazah Wan Laaibah ke sekolah ini. Semoga ustazah terus bersemangat menabur bakti di sini dan bersama-sama kami dalam menggapai kecemerlangan dalam aspek akademik, kokurikulum dan sahsiah murid.
Warga Sebestari mengucapkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada semua penerima APC 2022. Semoga anugerah ini memberi semangat kepada guru-guru untuk terus bersemangat menabur bakti kepada anak bangsa. Anugerah ini juga memberi inspirasi kepada guru-guru lain untuk terus lebih bersemangat dalam menabur bakti. Tahniah sekali lagi diucapkan.
24 Jun 2023 merupakan satu tarikh yang dinanti nantikan oleh semua warga Sebestari khususnya buat mereka yang telah berusaha keras dalam Peperiksaan Akhir Tahun dan SPM 2022. Majlis yang gilang gemilang ini diadakan untuk meraikan kejayaan anak-anak didik dan guru-guru yang telah bertungkus lumus dalam mencapai kejayaan pada tahun tersebut. Antara anugerah yang telah diberikan pada majlis pada hari ini ialah Anugerah Panitia, Anugerah Cemerlang T1 & T2, Anugerah Cemerlang T3 & T4 dan Anugerah Cemerlang SPM.
Satu ceramah khas sempena sambutan Hari Raya Aidil Adha 1444H. Ceramah ini telah dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam dan bertujuan untuk menimbulkan kesedaran kepada murid pengertian pengorbanan yang sebenar. Semoga ceramah seperti akan diteruskan pada masa akan datang dan dapat memberi impak yang positif kepada warga sebestari.
Unit Bimbingan dan Kaunseling telah mengadakan Program Sentuhan Pentadbir khas untuk murid Tingkatan 5 yang bakal menduduki Peperiksaan SPM 2023. Program ini memberi sentuhan secara langsung daripada semua pentadbir kepada murid dengan memberi mereka semangat dan kesedaran dalam menghadapi Peperiksaan SPM nanti. Murid yang mendapat keputusan kurang memuaskan dalam Pentaksiran Akhir Tahun Tingkatan 4 telah diberi suntikan semangat untuk terus berusaha dan memperbaiki keputusan mereka. Manakala murid yang cemerlang juga telah diberi kata kata semangat meneruskan kecemerlangan secara konsisten. Semoga program seperti ini memberi impak yang tinggi kepada calon SPM 2023.
|
Archives
April 2024
Categories
All
|