Warga Sebestari Mengucapkan setinggi tinggi ucapan tahniah anak-anak SMK Sungai Pusu yang telah menyertai YOUNG INOVATOR CHALLENGE 3R INNOVATION Anjuran UTHM. Anak-anak Sebestari telah berjaya mengharumkan nama Sebestari dengan pencapaian berikut:
2 Gold Award 9 Silver Award 4 Bronze Award Tahniah buat anak-anak Sebestari di bawah bimbingan Pn Rajiah Hassan dan Pn Saibatul Islamiah. Mari kita saksikan video inovasi anak-anak hebat ini di saluran rasmi youtube Sebestari. https://bit.ly/TVSebestari Seluruh warga Sebestari mengucapkan selamat maju jaya kepada Cikgu Siti Norasiah Binti Mohd Zain di atas khidmat bakti yang telah dicurahkan sepanjang berkhidmat di Sebestari. Sebagai tanda penghargaan pihak Kelab Guru dan Staff (KGS) telah menganjurkan satu majlis khas yang dinamakan 'Majlis Lambaian Kasih Pengerat Ukhwah' buat Cikgu Siti Norasiah. Majlis yang ringkas dan meriah ini telah diadakan pada 8 September 2023 bertempat di Dewan Mutiara Bestari. Semoga Cikgu Siti Norasiah terus cemerlang di tempat baharu.
🌹🌾🌾INFO KGS🌾🌾🌹 Program Majlis Penyerahan Kontena ‘Reading Hub’ yang akan dilaksanakan ini adalah untuk merealisasikan hasrat dan impian semua pihak yang terlibat iaitu antara pihak sekolah dan jawatankuasa PIBG dengan usahasama pihak Univerisiti Islam Antarabangsa.
‘Reading Hub’ ini terbahagi kepada 3 unit iaitu ‘ Library Cafe, STEM Hub’ dan Studio Mini TV Sebestari. Pihak sekolah dengan usahasama pihak UIAM telah merangka pelbagai program yang melibatkan 2 kontena dan bas ini. Majlis Penyerahan Kontena ‘Reading Hub’ ini melibatkan 3 aktiviti iaitu: (i) Majlis Perasmian (ii) Pameran aktiviti STEM (iii) Lawatan Mini Outreach Tarikh : 5 September 2023 Hari : Selasa Masa : 7.45 pagi – 11.00 pagi Tempat : Reading Hub, SMK Sungai Pusu Tetamu Perasmian : Prof Emeritus Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak, Rektor UIAM Tetamu Khas : Tuan Zainal bin Ismail, Ketua Pegawai Pelajaran Daerah Gombak 🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾
Majlis Perasmian Bulan Kemerdekaan Tahun 2023 🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾 Tahniah kepada Unit Kemanusiaan Sebestari di atas penganjuran Majlis Perasmian Bulan Kemerdekaan 2023 yang telah diadakan dengan penuh kemeriahan dan penghayatan pada hari ini. Ketetapan sambutan Majlis Perasmian Bulan Kemerdekaan Tahun 2023 adalah seperti ketapan yang berikut.: Tarikh : 7.8.2023 Masa : 7.20 - 8.40 pagi Tempat: Dataran Kejat Sasaran : semua guru sesi pagi Tema Semua guru amat digalakkan untuk memeriahkan majlis bersama sama memakai Guru lelaki 🟥memakai tengkolok 🟦memakai baju berwarna bendera malaysia Guru perempuan 🟨memakai tudung corak bendera Malaysia / tudung plain berwarna bendera Malaysia ⬜️baju plain / bercorak berwarna bendera Malaysia Dengan adanya sambutan seperti ini diharapkan dapat menyemarakkan lagi semangat patriotik dan cinta negara dalam kalangan warga Sebestari khasnya dan seluruh masyarakat. Seluruh warga Sebestari mengalu alukan kedatangan Ustazah Wan Laaibah ke sekolah ini. Semoga ustazah terus bersemangat menabur bakti di sini dan bersama-sama kami dalam menggapai kecemerlangan dalam aspek akademik, kokurikulum dan sahsiah murid.
24 Jun 2023 merupakan satu tarikh yang dinanti nantikan oleh semua warga Sebestari khususnya buat mereka yang telah berusaha keras dalam Peperiksaan Akhir Tahun dan SPM 2022. Majlis yang gilang gemilang ini diadakan untuk meraikan kejayaan anak-anak didik dan guru-guru yang telah bertungkus lumus dalam mencapai kejayaan pada tahun tersebut. Antara anugerah yang telah diberikan pada majlis pada hari ini ialah Anugerah Panitia, Anugerah Cemerlang T1 & T2, Anugerah Cemerlang T3 & T4 dan Anugerah Cemerlang SPM.
Unit Bimbingan dan Kaunseling telah mengadakan Program Sentuhan Pentadbir khas untuk murid Tingkatan 5 yang bakal menduduki Peperiksaan SPM 2023. Program ini memberi sentuhan secara langsung daripada semua pentadbir kepada murid dengan memberi mereka semangat dan kesedaran dalam menghadapi Peperiksaan SPM nanti. Murid yang mendapat keputusan kurang memuaskan dalam Pentaksiran Akhir Tahun Tingkatan 4 telah diberi suntikan semangat untuk terus berusaha dan memperbaiki keputusan mereka. Manakala murid yang cemerlang juga telah diberi kata kata semangat meneruskan kecemerlangan secara konsisten. Semoga program seperti ini memberi impak yang tinggi kepada calon SPM 2023.
Satu Program Taklimat Kemasukan Pelajar ke UPU telah diadakan pada 13 Jun 2023 bertujuan memberi pendedahan awal kepada murid Tingkatan 5 mengatur strategi semasa memilih kursus pengajian di universiti. Program ini telah dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunselig (UBK) dan telah disampaikan oleh Cikgu Johanazar selaku kaunselor Sebestari. Program sebegini sangat penting supaya murid dapat menentukan hala tuju mereka selepas SPM nanti dan secara tidak langsung memberi semangat bagi mendapat keputusan yang terbaik dalam Peperiksaan SPM yang bakal di tempuhi.
Seluruh warga Sebestari mengucapkan setinggi-tinggi ucapan tahniah di atas pencapaian yang membanggakan dalam keputusan SPM 2022 yang telah diumumkan pada 8 Jun 2023 (Khamis) yang lalu. Peratus lulus dan Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) SPM Sebestari telah meningkat. Tahniah diucapkan kepada semua calon dan para pendidik yang telah mendidik calon SPM 2022 dari Tingkatan 1 hingga tingkatan 5. Kerjasama padu telah membuahkan kejayaan dan semoga akan lebih cemerlang di masa akan datang.
Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera
Sempena Pengambilan Slip SPM , UBK akan menganjurkan Pameran Kerjaya IPTS/IPTA seperti butiran berikut : 🌷 Tarikh : 8 Jun 2023 🌷 Masa : 9.30pg - 12.00tgh 🌷 Tempat : Dewan Mutiara Bestari 🌷 Sasaran : Semua murid tingkatan 5 mengikut jadual ❇️ PRS akan pergi ke kelas untuk memaklumkan pergerakan murid ke dewan ❇️ Mohon kerjasama guru subjek untuk membenarkan murid bergerak ke dewan dan berada bersama murid di dewan sehingga selesai giliran ❇️ Sila rujuk jadual penggiliran di bawah 🌷Segala kerjasama yang diberi didahului dengan ucapan terima kasih |
Archives
April 2024
Categories
All
|