Assamualaikum & Salam Sejahtera
Keputusan SPM yang dinantikan, bakal menyusul. - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - MAJLIS PENYERAHAN SLIP & DOKUMEN SPM 2022 🗓 Khamis, 08 Jun 2023 ⏰ 10.00 pagi - 12.00 tgh hari 🏠 Dewan Mutiara Sebestari 👩🏻👦🏻 Murid SPM 2022 👔🥻 Pakaian tidak formal yang sopan dan tidak mencolok mata Arahan yang perlu dipatuhi : 1️⃣ Mohon datang seawal jam 10.00 pagi dan Pagar sekolah mula dibuka untuk murid Ting 5 2022 bermula jam 9.50 pagi. 2️⃣ Mohon masuk menggunakan Pintu Pagar A dan terus ke dewan. 3️⃣ Mohon bawa pen sendiri untuk urusan di kaunter. 4️⃣ Jika anda tidak sihat @ bergejala @ My Sejahtera anda berstatus merah, mohon tidak hadir dan semua dokumen boleh ambil di Pejabat Sekolah apabila sudah sihat. 5️⃣ Para ibubapa dijemput hadir bersama-sama dengan calon SPM 2022 sahaja. 6️⃣ Mohon semak semua dokumen sebelum meninggalkan kaunter. 7️⃣ Jika murid belum menghantar buku teks, mohon bawa dan hantar ke Bilik SPBT (di sebelah Kedai Buku). Pastikan tulis nama dan kelas di sekeping kertas dan ikat bersama buku. 8️⃣ Jika murid masih belum menyelesaikan pembayaran sumbangan PIBG atau yuran Kecemerlangan SPM, mohon membuat pembayaran kepada guru kelas masing-masing. 9️⃣ Murid perlu beredar dari sekolah sebelum jam 12.00 tengah hari, bagi mengelakkan pertembungan dengan murid sesi petang. Sekian. TERIMA KASIH SEMUA ❤️ Bengkel Merungkai DSKP dan PBD diadakan pada 2 Mei 2023 bertempat di SMK Sungai Pusu. Bengkel ini telah dianjurkan oleh Unit Teknologi Maklumat, Sektor Pembelajaran Negeri Selangor khusus untuk guru-guru baharu yang mengajar Subjek Sains Komputer Peringkat Negeri Selangor. Kursus ini telah berjaya membina keyakinan dan pengetahuan bagi guru-guru baharu dalam mempersiapkan diri dalam mengajar subjek ini. Diharapkan kursus-kursus seperti ini akan diadakan secara berkala bagi membina jaringan perkongsian ilmu dan pengalaman antara guru-guru di Negeri Selangor.
Pada 13 Februari 2023 bermulanya Ujian Bertutur Bahasa Inggeris SPM 2022 dan akan berakhir pada 15 Februari 2023 . Diucapkan selamat maju jaya kepada semua calon SPM 2022 SMK Sungai Pusu. Semoga dipermudahkan Allah dan diberi kefahaman yang baik buat anak-anak SPM 2022 sewaktu menjalani ujian.🌷 📝Peringatan Mesra kepada semua Calon Ujian Bertutur Bahasa Inggeris SPM pada 13-15 Februari 2023:
✅ Calon dikehendaki hadir sekolah awal seperti waktu persekolahan biasa. Calon perlu berada di Bilik Lapor Diri/Menunggu 10 minit awal sebelum ujian bermula. ✅ Calon Sidang 3 diingatkan untuk membawa duit belanja lebih atau bekalan makanan secukupnya kerana perlu berada di sekolah/Bilik Kuarantin sehingga 4.45 ptg. Murid perempuan perlu membawa telekung. WAKTU REHAT 🍽 MENGIKUT SIDANG 🔅 SIDANG 1 ▶️ 10.00 (rehat di Bilik Kuarantin - makanan disediakan) 🔅 SIDANG 2&3 ▶️ 10.00 - 10.30 PG ✅Sekiranya calon tidak hadir pada hari Ujian disebabkan tidak sihat, calon perlu mendapatkan MC KERAJAAN sahaja. ✅ Sekiranya calon tidak hadir disebabkan rawatan di hospital, calon perlu mendapatkan surat pengesahan daripada doktor. ✅ Calon Sidang 1&2 perlu berada di Bilik Kuarantin sehingga jam 2.00 petang sebelum dibenarkan pulang ✅ Calon Sidang 3 perlu berada di Bilik Kuarantin sehingga jam 4.45 petang sebelum dibenarkan pulang ❌ TELEFON PINTAR adalah diHARAMKAN semasa berada di PUSAT UJIAN. Sekiranya membawa telefon pintar, calon diingatkan untuk menyimpan telefon tersebut di luar Pusat Ujian. Pihak sekolah tidak akan bertanggungjawab jika berlaku kecurian/kehilangan telefon pintar tersebut. Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
KEPUTUSAN PENTAKSIRAN AKHIR TAHUN TINGKATAN 4 2022. Makluman kepada ibubapa dan penjaga murid tingkatan 4 : ✳️ Keputusan Pentaksiran Akhir Tahun Tingkatan 4 boleh dilayari melalui laman berikut : https://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/semak.php Terima kasih. Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua Calon SPM Sebestari 2022.
📝Peringatan Mesra kepada semua Calon Ujian Bertutur Bahasa Melayu SPM pada 7-9 Februari 2023 ✅ Calon dikehendaki hadir sekolah awal seperti waktu persekolahan biasa. Calon perlu berada di Bilik Lapor Diri/Menunggu 10 minit awal sebelum ujian bermula. ✅ Calon Sidang 3 diingatkan untuk membawa duit belanja lebih atau bekalan makanan secukupnya kerana perlu berada di sekolah sehingga 4.10 ptg. Murid perempuan perlu membawa telekung. WAKTU REHAT 🍽 MENGIKUT SIDANG 🔅 SIDANG 2 & 3 ▶️ 9.30 - 10.00 PG 🔅 SIDANG 1 ▶️ 10.00 - 10.30 PG 🔅 SIDANG 3 ▶️ REHAT PUKUL 1 PTG & SOLAT ✅Sekiranya calon tidak hadir pada hari Ujian disebabkan tidak sihat, calon perlu mendapatkan MC KERAJAAN sahaja. ✅ Sekiranya calon tidak hadir disebabkan rawatan di hospital, calon perlu mendapatkan surat pengesahan daripada doktor. ❌ TELEFON PINTAR adalah diHARAMKAN semasa berada di PUSAT UJIAN. Sekiranya membawa telefon pintar, calon diingatkan untuk menyimpan telefon tersebut di luar Pusat Ujian. Pihak sekolah tidak akan bertanggungjawab jika berlaku kecurian/kehilangan telefon pintar tersebut. Pihak pengurusan dan seluruh warga Sebestari sangat mengalu-alukan dan menghargai Projek "‘READING HUB’ @ SMKSP". Projek ini merupakan inisiatif pihak UIAM bagi memastikan peluang yang saksama bagi pendidikan inklusif dan menggalakkan budaya membaca sepanjang hayat.
Antara penerangan ringkas berkaitan projek ini untuk makluman warga Sebestari dan masyarakat setempat adalah seperti berikut:
Matlamat utama program ini adalah:
MAKLUMAN PENTING
UJIAN AMALI SAINS SPM Tarikh : 30, 31 Jan & 2 Feb Jumlah calon : 112 orang Kelas. : 5 Balkhi 5 Farisi 5 Haitam 5 Jazari Masa : 7.30 pagi hingga 11.30 pagi ✅ Semua calon dikehendaki berkumpul di Wakaf Siti Khadijah pada pukul 7.15 pagi ✅ Calon Sidang 1 akan Lapor Diri pada pukul 7.30 pagi ✅ Calon Sidang 2 akan dikuarantinkan di Makmal pada pukul 7.30 pagi ✅Calon Sidang 3 ( 5 Haitam dan murid 5 Jazari ) akan berada di dalam kelas diawasi oleh GMP masing masing sehingga pukul 9.30 pagi. ✅ Calon Sidang 3 ini dilepaskan untuk rehat pada pukul 9.30 pagi. ✅ Semua calon akan kembali ke kelas masing masing dan ikuti pdpc seperti biasa pada pukul 11.30 pagi hingga 1 petang. Berikut adalah jadual terkini Ujian Amali Sains SPM 2022. Ujian ini akan berlangsung selama tiga (3) hari iaitu pada 30, 31 Januari dan 2 Februari 2023. Sekali lagi seluruh warga Sebestari mengucapkan setinggi-tinggi ucapan tahniah buat guru yang sentiasa kreatif iaitu Cikgu Saibahtul Islamiah binti Rosli. Beliau telah memenangi kategori Video Terbaik Cabaran Tik Tok: Faedah dan Kepentingan Minyak Sawit dan telah menerima hadiah pada Program CEO Day @ UKM bertempat di Dewan Canselor Tun Abdul Razak, UKM pada 14 Januari yang lalu. Semoga kejayaan yang diraih akan menjadi inspirasi buat semua warga Sebestari untuk terus berdaya saing dan menyahut cabaran dalam setiap program dan pertandingan yang diadakan.
Berikut merupakan jadual terkini UASA bagi Tingkatan 1, 2 dan 3. Klik untuk muat turun. Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3
Tahniah buat para pemenang Pertandingan Money & Me kerana telah memenangi Anugerah Video Terbaik Peringkat Negeri. Kemenangan ini telah melayakkan mereka menerima wang tunai bernilai RM500 yang telah ditaja oleh The Edge Foundation Education. Tahniah buat ahli kumpulan Jellove.co SMK Sungai Pusu serta Cikgu Junainah Abdullah sebagai guru pembimbing.
Klik di SINI untuk menonton video mereka. |
Archives
April 2024
Categories
All
|