Tahniah kepada Unit Bimbingan dan Kaunseling di atas penganjuran Program Hijrah Sebuah Harapan. Program ini diadakan pada 18 September 2023 bertempat di Dewan Mutiara Bestari. Program ini diadakan untuk kelas -kelas terpilih iaitu 5 Ibnu Safar, 5 Ibnu Hayyan, 5 Ibnu Qayim, 5 Ibnu Khaldun dan 5 Ibnu Rusyd. Program ini bertujuan untuk menyuntik semangat murid dalam kalangan kelas tersebut agar terus bersemangat dalam mempersiapkan diri menghadapi Peperiksaan SPM yang bakal ditempuhi. Diharapkan program seperti ini dapat menyiapkan murid dari segi mental, fizikal dan spiritual untuk mengharungi kehidupan sebenar nanti.
Hak Cipta SMK Sungai Pusu | webmaster@gmail.com | www.smksungaipusu.edu.my
Comments are closed.
|
Archives
October 2023
Categories
All
|