Pada 13 Februari 2023 bermulanya Ujian Bertutur Bahasa Inggeris SPM 2022 dan akan berakhir pada 15 Februari 2023 . Diucapkan selamat maju jaya kepada semua calon SPM 2022 SMK Sungai Pusu. Semoga dipermudahkan Allah dan diberi kefahaman yang baik buat anak-anak SPM 2022 sewaktu menjalani ujian.🌷 📝Peringatan Mesra kepada semua Calon Ujian Bertutur Bahasa Inggeris SPM pada 13-15 Februari 2023:
✅ Calon dikehendaki hadir sekolah awal seperti waktu persekolahan biasa. Calon perlu berada di Bilik Lapor Diri/Menunggu 10 minit awal sebelum ujian bermula. ✅ Calon Sidang 3 diingatkan untuk membawa duit belanja lebih atau bekalan makanan secukupnya kerana perlu berada di sekolah/Bilik Kuarantin sehingga 4.45 ptg. Murid perempuan perlu membawa telekung. WAKTU REHAT 🍽 MENGIKUT SIDANG 🔅 SIDANG 1 ▶️ 10.00 (rehat di Bilik Kuarantin - makanan disediakan) 🔅 SIDANG 2&3 ▶️ 10.00 - 10.30 PG ✅Sekiranya calon tidak hadir pada hari Ujian disebabkan tidak sihat, calon perlu mendapatkan MC KERAJAAN sahaja. ✅ Sekiranya calon tidak hadir disebabkan rawatan di hospital, calon perlu mendapatkan surat pengesahan daripada doktor. ✅ Calon Sidang 1&2 perlu berada di Bilik Kuarantin sehingga jam 2.00 petang sebelum dibenarkan pulang ✅ Calon Sidang 3 perlu berada di Bilik Kuarantin sehingga jam 4.45 petang sebelum dibenarkan pulang ❌ TELEFON PINTAR adalah diHARAMKAN semasa berada di PUSAT UJIAN. Sekiranya membawa telefon pintar, calon diingatkan untuk menyimpan telefon tersebut di luar Pusat Ujian. Pihak sekolah tidak akan bertanggungjawab jika berlaku kecurian/kehilangan telefon pintar tersebut. Hak Cipta SMK Sungai Pusu | webmaster@gmail.com | www.smksungaipusu.edu.my
Comments are closed.
|
Archives
October 2023
Categories
All
|