Tahniah diucapkan kepada Panitia Pendidikan Islam SMK Sungai Pusu di atas penganjuran Majlis Ilmu Forum Isra' Mi'raj: Realiti atau Fantasi. Forum ini teah diadakan pada 17 Februari 2023 dengan kerjasama Surau Nur Falah Sebestari, TV Sebestari dan Unit ICT SMK Sungai Pusu. Alhamdulillah program yang diadakan secara maya ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Para pennceramah bagi forum ini terdiri daripada Ustaz Mohd Rohan (Pengetua Sebestari), Ustazah Norazah (PK Kokurikulum merangkap Guru PAI), Ustaz Abd Azim (Guru PAI) dan Ustazah Yuhanis Azira sebagai moderator. Moga ia memberi manfaat buat semua yang mengikuti forum ini.
Pada 14 Februari 2023, Unit Penyelidikan Kejuruteraan Bahan dan Permukaan Termaju (AMSERU) dan Kulliyyah Kejuruteraan Koe Iium dengan kerjasama Green Waste Selangor (GWS), mengadakan program Tindakan Iklim Melalui 3C: Care, Create and Charted di Dewan Serbaguna Wadi Budi, UIAM. Program ini ditaja oleh geran UNESCO dengan tema: Bengkel Lestari untuk Masyarakat Lestari.
Tahniah diucapkan kepada para peserta dan guru pembimbing Puan Fedya yang telah berjaya meraih Tempat ke 2 dalam Pertandingan Reka Cipta Bahan daripada Sampah Kitar Semula. Pada 13 Februari 2023 bermulanya Ujian Bertutur Bahasa Inggeris SPM 2022 dan akan berakhir pada 15 Februari 2023 . Diucapkan selamat maju jaya kepada semua calon SPM 2022 SMK Sungai Pusu. Semoga dipermudahkan Allah dan diberi kefahaman yang baik buat anak-anak SPM 2022 sewaktu menjalani ujian.🌷 📝Peringatan Mesra kepada semua Calon Ujian Bertutur Bahasa Inggeris SPM pada 13-15 Februari 2023:
✅ Calon dikehendaki hadir sekolah awal seperti waktu persekolahan biasa. Calon perlu berada di Bilik Lapor Diri/Menunggu 10 minit awal sebelum ujian bermula. ✅ Calon Sidang 3 diingatkan untuk membawa duit belanja lebih atau bekalan makanan secukupnya kerana perlu berada di sekolah/Bilik Kuarantin sehingga 4.45 ptg. Murid perempuan perlu membawa telekung. WAKTU REHAT 🍽 MENGIKUT SIDANG 🔅 SIDANG 1 ▶️ 10.00 (rehat di Bilik Kuarantin - makanan disediakan) 🔅 SIDANG 2&3 ▶️ 10.00 - 10.30 PG ✅Sekiranya calon tidak hadir pada hari Ujian disebabkan tidak sihat, calon perlu mendapatkan MC KERAJAAN sahaja. ✅ Sekiranya calon tidak hadir disebabkan rawatan di hospital, calon perlu mendapatkan surat pengesahan daripada doktor. ✅ Calon Sidang 1&2 perlu berada di Bilik Kuarantin sehingga jam 2.00 petang sebelum dibenarkan pulang ✅ Calon Sidang 3 perlu berada di Bilik Kuarantin sehingga jam 4.45 petang sebelum dibenarkan pulang ❌ TELEFON PINTAR adalah diHARAMKAN semasa berada di PUSAT UJIAN. Sekiranya membawa telefon pintar, calon diingatkan untuk menyimpan telefon tersebut di luar Pusat Ujian. Pihak sekolah tidak akan bertanggungjawab jika berlaku kecurian/kehilangan telefon pintar tersebut. Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama Surau Nur Al-Falah akan mengadakan Majlis Bacaan Yasin dan Solat Hajat untuk murid SPM 2022 seperti ketetapan berikut :
Tarikh : 9/2/2023 Hari : Khamis Tempat : Surau Nur Al Falah Masa : 6.00 - 10.00 malam Dijemput ibu bapa dan semua warga Sebestari turut sama menyertai program ini untuk memohon keberkatan dan kemudahan buat semua calon SPM yang akan menduduki peperiksaan bertulis bermula 20 Februari ini. Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
KEPUTUSAN PENTAKSIRAN AKHIR TAHUN TINGKATAN 4 2022. Makluman kepada ibubapa dan penjaga murid tingkatan 4 : ✳️ Keputusan Pentaksiran Akhir Tahun Tingkatan 4 boleh dilayari melalui laman berikut : https://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/semak.php Terima kasih. Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua Calon SPM Sebestari 2022.
📝Peringatan Mesra kepada semua Calon Ujian Bertutur Bahasa Melayu SPM pada 7-9 Februari 2023 ✅ Calon dikehendaki hadir sekolah awal seperti waktu persekolahan biasa. Calon perlu berada di Bilik Lapor Diri/Menunggu 10 minit awal sebelum ujian bermula. ✅ Calon Sidang 3 diingatkan untuk membawa duit belanja lebih atau bekalan makanan secukupnya kerana perlu berada di sekolah sehingga 4.10 ptg. Murid perempuan perlu membawa telekung. WAKTU REHAT 🍽 MENGIKUT SIDANG 🔅 SIDANG 2 & 3 ▶️ 9.30 - 10.00 PG 🔅 SIDANG 1 ▶️ 10.00 - 10.30 PG 🔅 SIDANG 3 ▶️ REHAT PUKUL 1 PTG & SOLAT ✅Sekiranya calon tidak hadir pada hari Ujian disebabkan tidak sihat, calon perlu mendapatkan MC KERAJAAN sahaja. ✅ Sekiranya calon tidak hadir disebabkan rawatan di hospital, calon perlu mendapatkan surat pengesahan daripada doktor. ❌ TELEFON PINTAR adalah diHARAMKAN semasa berada di PUSAT UJIAN. Sekiranya membawa telefon pintar, calon diingatkan untuk menyimpan telefon tersebut di luar Pusat Ujian. Pihak sekolah tidak akan bertanggungjawab jika berlaku kecurian/kehilangan telefon pintar tersebut. Majlis Anugerah PERMANA CITRA (HEM/KOKU) 2022
Tarikh :2/2/23 Tempat : Institut Kraf Negara Tahniah kepada semua guru yang telah memberi sumbangan sehingga SMK Sungai Pusu mendapat Anugerah Permana Citra bagi kategori Sukan. Semoga pengiktirafan tersebut menjadi pemangkin bagi mendapat anugerah-anugerah kategori yang lain pada tahun seterusnya. SYABAS & TAHNIAH. Terima kasih cikgu 🌹🌹🌹 |
Archives
December 2024
Categories
All
|