Majlis Restu ilmu akan diadakan mengikut ketetapan berikut. Majlis ini merupakan program tahunan untuk calon SPM sebagai salah satu usaha bagi memberkati lagi ilmu yang telah dipelajari dan seterusnya mendapat keputusan yang cemerlang.
Program Mohon Restu Ilmu Calon SPM akan dilaksanakan seperti butiran berikut : ❇️Tarikh : 24 Januari 2024 (Rabu) ❇️ Masa : 8.00 pg - 10.00 pg ❇️ Tempat : Dewan Mutiara Bestari SMK Sungai Pusu ✳️✳️ Murid akan berkumpul di Dewan pada pukul 7.30 pagi bagi susunan kedudukan dan taklimat GBKSM. Program akan bermula pada pukul 8.00 pagi. Unit Bimbingan dan Kaunseling telah mengadakan Program Sentuhan Pentadbir khas untuk murid Tingkatan 5 yang bakal menduduki Peperiksaan SPM 2023. Program ini memberi sentuhan secara langsung daripada semua pentadbir kepada murid dengan memberi mereka semangat dan kesedaran dalam menghadapi Peperiksaan SPM nanti. Murid yang mendapat keputusan kurang memuaskan dalam Pentaksiran Akhir Tahun Tingkatan 4 telah diberi suntikan semangat untuk terus berusaha dan memperbaiki keputusan mereka. Manakala murid yang cemerlang juga telah diberi kata kata semangat meneruskan kecemerlangan secara konsisten. Semoga program seperti ini memberi impak yang tinggi kepada calon SPM 2023.
Satu Program Taklimat Kemasukan Pelajar ke UPU telah diadakan pada 13 Jun 2023 bertujuan memberi pendedahan awal kepada murid Tingkatan 5 mengatur strategi semasa memilih kursus pengajian di universiti. Program ini telah dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunselig (UBK) dan telah disampaikan oleh Cikgu Johanazar selaku kaunselor Sebestari. Program sebegini sangat penting supaya murid dapat menentukan hala tuju mereka selepas SPM nanti dan secara tidak langsung memberi semangat bagi mendapat keputusan yang terbaik dalam Peperiksaan SPM yang bakal di tempuhi.
Perasmian Program Penetapan Target Murid-murid Sukses telah diadakan pada 19 Mei 2022. Murid murid terpilih ini juga akan menjadi pemangkin dalam menggapai kejayaan serta membantu rakan sebaya dalam masa akademik melalui program yang akan diadakan. Program ini telah dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling dan Unit Kurikulum SMK Sungai Pusu.
|
Archives
June 2024
Categories
All
|