Setinggi-tinggi ucapan tahniah diucapkan kepada Skuad SERI, Kelab Pencinta Alam dan Geografi serta Panitia Landskap dan Nurseri di atas pencapaian cemerlang yang sangat membanggakan sekolah. Mereka telah dinobatkan sebagai Johan dalam Pertandingan Be Green peringkat kebangsaan. Pertandingan ini telah dianjurkan oleh pihak Petronas Chemicals Group dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia selama 3 bulan iaitu bermula Ogos sehingga 29 November 2024.
Antara kriteria penilaian dan pemarkahan pertandingan adalah; 50 %: Pengumpulan sisa kitar semula 50 %: Inovasi dan laporan program Pihak Skuad SERI telah berganding bahu dengan Kelab Pencinta Alam dan Geografi serta Panitia Landskap dan Nurseri bagi menjayakan pertandingan ini. Banyak usaha yang telah dilakukan bagi memenuhi kriteria pertandingan. Antaranya ialah; 1. Membuat promosi program pengumpulan barang kitar semula dalam kalangan warga SEBESTARI dan komuniti. 2. Mengumpul barang kitar semula pada setiap hari Jumaat sepanjang tempoh masa pertandingan berlangsung. 3. Membina 6 sudut kitar semula seperti Let’stari Art Studio, Sudut Tong Kita Recycle, Bustanul Khulafa, Wakaf I- Sujana dan Rain Water Harvesting. Antara pencapaian yang paling membanggakan adalah; Inovasi yang dicipta oleh dua orang murid kita iaitu Amir Mujahid Nasrullah bin Imam Sunaryo (5 Ibnu Nafis) dan Amir Asyrani bin Yasir Asyraf (5 Ibnu Nafis). Inovasi tersebut adalah sebuag aplikasi yang dinamakan I-Saujana. Barang-barang kitar semula dari kawasan kediaman akan dipungut dan dibawa oleh pemandu e-pickup yang berdaftar dengan Aplikasi I-Sujana ke Wakaf I-Sujana yang bertempat di SMK Sungai Pusu. Semoga dengan usaha ini, komuniti akan lebih berminat untuk mengitar semula barang-barang sisa domestik mereka berbanding membuangnya ke dalam tong sampah seperti kebiasaannya yang dilakukan oleh masyarakat kita selama ini. Pautan Video : 1. BE GREEN PCG PETRONASTHE DAY 2024 - 2. PERTANDINGAN BE GREEN PETRONAS CHEMICALS GROUP Satu majlis yang meriah dan bermakna telah diadakan untuk menghargai kemenjadian murid dan komitmen guru dalam bidang koakademik, kokurikulum, sukan dan lain-lain. Majlis Permana Citra Peringkat Sebestari telah diadakanpada 23 November 2024 bertempat di Dewan Mutiara Bestri, SMK Sungai Pusu. Majlis yang penuh bermakna ini adalan anjuran Unit Kurikulum, Hal Ehwal Murid dan Nilam. Diharapkan majlis ini dapat :
Tahniah diucapkan kepada Unit Kurikulum Sebestari di atas penganjuran Program Perkampungan Ilmu 2024. Program diadakan khas buat calon SPM 2024 sebagai persediaan dalam menghadapi Peperikaan SPM yang bakal ditempuhi. Program ini telah diadakan di Kem Lembah Azween, Hulu Langat bermula 25 Oktober hingga 27 Oktober 2024.
Objektif Perkampungan Ilmu diadakan seperti berikut:
Satu Kejohanan Larian Sebestari 2024 telah diadakan pada 10 OGOS 2024 (Sabtu) bertempat di Universiti Islam Antarabangsa, Gombak. Sasaran peserta pada kali ini ialah murid-murid, ibu bapa serta waris murid. Tahniah diucapkan kepada Unit Sukan Sebestari di atas penganjuran acara yang dinanti nantikan ini. Secara tidak langsung acara ini berjaya merapatkan silaturrahim antara warga Sebestari dan ibu bapa serta masyarakat setempat, memupuk cara hidup yang sihat serta mewujudkan semangat kesukanandalam kalangan peserta.
Warga Sebestari mengucapkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Puan Suzana binti Azmi di atas khidmat bakti yang telah dicurahkan sepanjang berkhidmat di Sebestari. Sebagai tanda penghargaan, pihak KGS telah mengadakan satu Majlis Lambaian Kasih buat Puan Suzana dan warga Sebestari mendoakan Puan Suzana terus cemerlang di sekolah baharu iaitu SMK Sungai Kertas. Semoga penghijrahan ini membawa kebaikan buat Puan Suzana dan terus bersinar di tempat baharu.
Majlis Anugerah Cemerlang 2023 telah diadakan pada 22 Jun 2024 bertempat di Dewan Mutiara Bestari. Program yang penuh meriah ini telah dirasmikan oleh Prof. Dr Siti Hamidah binti Mohd Setapar merupakan seorang Pensyarah Kanan Universiti Teknologi Malaysia merangkap Pengarah Urusan NK Reverse Skin Care.
Program ini adalah untuk meraikan semua murid SMK Sungai Pusu yang cemerlang dalam Peperiksaan Akhir Tahun dan pelajar cemerlang dalam SPM 2023. Selain itu, anugerah turut diberikan kepada panitia yang cemerlang dengan menunjukkan peningkatan dari aspek GPMP dan peratus dalam peperiksaan SPM 2023. Seiring dengan kejayaan murid, guru juga berperanan penting sebagai pemangkin dan pendorong kejayaan. Semoga SMK Sungai Pusu terus gemilang dari segi pencapaian akademik pada tahun akan datang. Tahniah diucapkan kepada Unit 3K Sebestari kerana telah berjaya menganjurkan satu program gotong royong pada 8 Jun 2023. Program ini dianjurkan dengan kerjasama PIBG dan ia telah berjaya mengubah wajah Sebestari ke arah lebih ceria dan bersih. Di samping itu, kerjasama erat antara warga Sebestari dan masyarakat setempat juga telah berjaya mengeratkan lagi hubungan silaturrahim dan persefahaman dalam menjayakan program sekolah. Semoga kerjasama erat ini terus kekal untuk tahun seterusnya.
Tahniah buat semua calon SPM 2023 di atas pencapaian membanggakan.
Keputusan pada kali ini menunjukkan peningkatan peratus lulus dan Peningkatan Gred Purata Sekolah yang sangat baik. Semoga ia menjadi pemangkin bagi mencapai kecemerlangan bagi calon SPM 2024. Infografik berikut merupakan ringkasan analisa keputusan SPM bagi tahun ini. Syabas diucapkan kepada Unit Sukan Sebestari di atas penganjuran Kejohanan Olahraga Sebestari yang telah diadakan pada 24 Mei 2024. Acara akhir telah bermula daripada 17 Mei hingga 23 Mei 2024. Pelbagai acara telah dipertandingkan bagi menyemarakkan lagi semangat kesukanan antara warga Sebestari. Berikut merupakan keputusan rasmi Kejohanan Olahraga Sebestari:
Johan : SUKOM Naib Johan : SUKMA Ketiga : SUKSES Keempat : OLIMPIK Kelima : SEA Satu Kem Kepimpinan Exco Asrama Sebestari telah diadakan pada 10 hingga 12 Mei 2024 yang lalu. Kem ini telah diadakan di Kem Rimba Tamu. Kem ini bertujuan untuk membina jiwa dan semangat kepimpinan dalam kalangan Exco Asrama Sebestari yang telah dilantik bagi membantu pengurusan asrama ke satu tahap yang lebih cemerlang dan cekap. Kem ini juga turut dihadiri oleh barisan Warden Asrama Sebestari dan para pentadbir. Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat.
|
Archives
December 2024
Categories
All
|