Mesyuarat Agung Kali ke 25 telah diadakan di Dewan Mutiara Bestari pada 27 April 2024. Mesyuarat Agung pada kali ini telah dirasmikan oleh Encik Mohamed Saufi Shafi, Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Selangor. Pelbagai isu dan usul yang diutarakan oleh ibu bapa telah dibincangkan dalam mesyuarat tersebut dan telah dapat diselesaikan dengan baik. Kehadiran ibu bapa juga agak menggalakkan dan diharapkan terus meningkat pada masa akan datang demi mencapai muafakat dalam kecemerlangan anak didik Sebestari.
Program 'Jom Baca Bersama' telah diadakan pada 23 April 2024 sebagai menyahut kempen galakan membaca secara serentak antara semua sekolah di Malaysia. Program ini telah dipromosikan oleh Unit PSS Sebestari dan telah mendapat sambutan yang sangat baik dari semua warga Sebestari. Dengan adanya program seperti ini, diharapkan budaya membaca terus kekal dan subur dalam kalangan warga Sebestari.
Satu lawatan penanda aras telah dilakukan oleh unit kurikulum bagi memperkasakan lagi pengurusan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Sebestari. Lawatan ini telah diadakan pada 23 April 2024 dan telah disertai oleh pihak pengurusan sekolah, Penyelaras PBD Sebestari dan wakil dari Unit ICT Sebestari. Sekalung penghargaan kepada pihak pengurusan SMK Ideal Height kerana telah sudi menerima kunjungan dan berkongsi amalan baik pengurusan PBD. Perkongsian pintar ini telah sedikit sebanyak membuka ruang kepada kedua dua sekolah untuk berkongsi idea ke arah pemantapan sistem pengurusan PBD sekolah ini.
Satu Majlis Khatam Al Quran telah diadakan pada 5 April 2024 bertempat di Dewan Mutiara Bestari. Majlis ini telah dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam sebagai penghargaan kepada warga Sebestari yang telah selesai membaca 30 juzuk Al Quran melalui Program Tadarus Al Quran. Program ini berjalan dengan penuh meriah dan penghayatan dengan pengisian yang menarik dan bermanfaat. Majlis yang penuh bermakna ini di akhiri dengan laungan takbir warga Sebestari yang diketuai oleh Ustaz Mohd Rohan (Pengetua) dan acara bersalaman dan bermaafan antara murid-murid dan guru-guru. Tahniah kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis ini.
|
Archives
December 2024
Categories
All
|