Seramai dua orang murid SMK Sungai Pusu telah terpilih mewakili Gombak dalam Kejohanan Takraw Liga anak-anak Selangor pada 26/6/2024. Tahniah diucapkan kepada murid-murid ini kerana telah berjaya mendapat Johan dan Tempat ke-3 dalam kejohanan ini. Dengan kejayaan yang diraih, secara tidak langsung telah berjaya mengharumkan nama Sebestari.
Satu Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Koperator Sesi 2024/25 telah diadakan secara rasmi pada 19 Jun 2024. majlis ini telah disempurnakan oleh Ustaz Mohd Rohan bin Sidek, iatu Pengetua SMK Sungai Pusu. Pelantikan ini merupakan satu simbol pengiktirafan kepada semua koperator yang telah dilantik dalam membantu pengurusan koperasi Sebestari. Dengan pengiktirafan yang diberi, diharapkan para koperator akan lebih bersemangat dalam menjalankan tugas secara profesional. Tahniah diucapkan.
Tahniah diucapkan kepada pasukan sepak takraw Sebestari di atas kejayaan yang membanggakan. Pasukan sepak takraw sekolah ini telah berjaya mendapat tempat ketiga kejohanan terbuka bawah 16. Semoga pasukan Sepak Takraw Sebestari terus mengorak langkah ke peringkat yang lebih tinggi. Tahniah diucapkan.
Tahniah diucapkan kepada Unit Kokurikulum, HEM dan Nilam kerana berjaya menganjurkan program yang amat bermakna dan meriah ini. Majlis Anugerah Permana Citra merupakan acara tahunan yang bertujuan penghargaan kepada para murid dan yang telah mengharumkan nama sekolah melalui bidang kokurikulum dan sukan, Nilam serta sahsiah yang baik.
Di samping itu, program ini juga memberi penghargaan kepada guru-guru penasihat/ guru kelas/ pemimpin/ jurulatih yang menunjukkan komitmen dan prestasi yang baik dalam bidang kokurikulum dan Hal Ehwal Murid(HEM). PELAKSANAAN Tarikh : 5 Januari 2023 (Jumaat) Tempat : Dewan Mutiara Bestari Masa : 7.30 pagi – 12.30 tengah hari Program Majlis Penyerahan Kontena ‘Reading Hub’ yang akan dilaksanakan ini adalah untuk merealisasikan hasrat dan impian semua pihak yang terlibat iaitu antara pihak sekolah dan jawatankuasa PIBG dengan usahasama pihak Univerisiti Islam Antarabangsa.
‘Reading Hub’ ini terbahagi kepada 3 unit iaitu ‘ Library Cafe, STEM Hub’ dan Studio Mini TV Sebestari. Pihak sekolah dengan usahasama pihak UIAM telah merangka pelbagai program yang melibatkan 2 kontena dan bas ini. Majlis Penyerahan Kontena ‘Reading Hub’ ini melibatkan 3 aktiviti iaitu: (i) Majlis Perasmian (ii) Pameran aktiviti STEM (iii) Lawatan Mini Outreach Tarikh : 5 September 2023 Hari : Selasa Masa : 7.45 pagi – 11.00 pagi Tempat : Reading Hub, SMK Sungai Pusu Tetamu Perasmian : Prof Emeritus Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak, Rektor UIAM Tetamu Khas : Tuan Zainal bin Ismail, Ketua Pegawai Pelajaran Daerah Gombak Setinggi-tinggi ucapan tahniah diucapkan kepada pasukan catur Sebestari yang telah menyertai Kejohanan Catur MSSD 2023. Keputusan pertandingan adalah seperti berikut:
Kategori Kumpulan: -Tempat Ketiga P15 -Tempat Keenam P18 Terima kasih buat semua peserta dan guru pembimbing yang terlibat sepanjang Kejohanan ini berlangsung. Setinggi-tinggi ucapan tahniah diucapkan kepada Pasukan Kelab Pencinta Alam SMK Sungai Pusu kerana telah berjaya mengharumkan nama SMK Sungai Pusu di peringkat kebangsaan. Pasukan ini telah berjaya menjadi Naib Johan Pertandingan Sketsa Sekolah Menengah Sempenan Hari Alam Sekita Sedunia Peringkat Akhir 2023. Pencapaian yang membanggakan ini sangat memberi inspirasi dan semangat buat semua warga Sebestari untuk terus mencapai kecemerlangan di peringkat yang lebih tinggi. Tahniah buat semua murid dan guru-guru pembimbing yang terlibat.
Tahniah buat guru pembimbing dan semua ahli Persatuan Pandu Puteri kerana telah menyertai program National Plastic Buster Beach-River-Beach 2023. Program ini telah diadakan di Taman Metropolitan, Kepong pada 8 Julai 2023. Penyertaan ini merupakan satu pendedahan yang sangat baik buat peserta kerana ia dapat memupuk semangat cintakan alam sekitar, memupuk sikap kerja berpasukan dan dapat memberi pengalaman berharga melalui aktiviti kemasyarakatan yang disertai.
Kejohanan Badminton MSSD Gombak 2023
Keputusan: 🥇Johan Perseorangan L B15 🥇Johan Beregu L B15 🥉Ketiga Perseorangan P B18 🏆Pasukan ketiga terbaik keseluruhan Tahniah buat pasukan badminton Sebestari yang telah menyertai Kejohanan Badminton MSSD Gombak 2023. Warga Sebestari amat berbangga dengan pencapaian yang diperolehi dan diharapkan ia memberi semangat buat semua warga Sebestari untuk berusaha dengan bersungguh-sungguh dalam apa jua bidang yang diceburi. Kejohanan merentas desa adalah merupakan acara sukan wajib yang mesti dijalankan di semua sekolah di Malaysia. Kejohanan ini dinamakan Larian Sebestari kerana bersesuaian dengan status SMK Sungai Pusu sebagai Sekolah Bestari. Salah satu tujuan acara ini diadakan adalah untuk memastikan penglibatan menyeluruh pelajar dalam kegiatan sukan disamping memupuk semangat kesukanan dan meningkatkan daya tahan kardiovaskular dalam kalangan pelajar bagi mewujudkan masyarkat yang sihat dan cergas. Larian telah dilaksanakan mengikut ketetapan berikut:
TARIKH:27 Jun 2023 (Selasa) MASA:7.30 pagi – 12.30 tgh hari JARAK: 5 KM |
Archives
June 2024
Categories
All
|