Tahniah diucapkan kepada Unit Kurikulum di atas penganjuran Majlis Graduasi 2024. Majlis telah diadakan pada 7 Disember 2024 (sabtu) bertempt di Dewn Dato' Harun, Kem Wardieburn, Setapak, Kuala Lumpur. Majlis yang gilang gemilang ini telah dirasmikan oleh YBrs. Dr. Haji Ruslan Bin Said.
Majlis graduasi ini diadakan khusus untuk meraikan dan memberi pengiktirafan kepada murid-murid Semoga majlis ini mampu mengukir kenangan manis dan mencatat nostalgia penuh bermakna dalam lipatan sejarah setiap murid Tingkatan 5 pada tahun ini di samping tidak melupakan jasa dan pengorbanan yang telah dicurahkan oleh barisan pendidik mithali SMKSungai Pusu. Satu program khas telah diadakan buat Pelajar Asrama Sebestari sebagai suntikan semangat buat mereka yang bakal menduduki Peperiksaan SPM 2024. Oleh kerana murid-murid ini berjauhan dengan ibu bapa, pihak sekolah telah mengambil inisiatif untuk memberi kata-kata semangat dan dorongan kepada murid-murid ini untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan dalam Peperiksaan SPM yang bakal ditempuhi. Diharapkan dengan inisiatif ini murid-murid akan konsisten membuat persediaan menghadapi Peperiksaan SPM 2024. Semoga kejayaan cemerlang menjadi milik mereka.
Program Lonjakan Prestasi Ting 1-3 (PLP) merupakan satu program yang diadakan khas untuk murid menengah rendah sebagai persiapan menghadapi Ujian Akhir Sesi Akademik 2024 (UASA). Setiap Panitia telah merancang program yang bersesuaian seperti teknik menjawab, ulangkaji berfokus dan ulangkaji intensif sebagai persiapan bagi menghadapi UASA 2024.
𝗠𝗔𝗥𝗔 & 𝗝𝗔𝗞𝗢𝗔 𝗕𝗘𝗞𝗘𝗥𝗝𝗔𝗦𝗔𝗠𝗔 𝗔𝗠𝗕𝗜𝗟 𝗣𝗘𝗡𝗗𝗘𝗞𝗔𝗧𝗔𝗡 ‘𝗕𝗘𝗥𝗠𝗔𝗜𝗡 𝗦𝗔𝗠𝗕𝗜𝗟 𝗕𝗘𝗟𝗔𝗝𝗔𝗥’ 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗞 𝗔𝗡𝗔𝗞 𝗢𝗥𝗔𝗡𝗚 𝗔𝗦𝗟𝗜 𝗠𝗘𝗡𝗚𝗘𝗡𝗔𝗟𝗜 𝗜𝗟𝗠𝗨 𝗧𝗩𝗘𝗧
Syabas dan tahniah kepada pusat pelaksana PROGRAM JAKOA PANTAS (PROGRAM PERINTIS TVET ORANG ASLI) tahun 2024 sepanjang bulan Oktober. Beberapa murid Orang Asli Sebestari telah terpilih bagi mengikuti program ini. Program ini merupakan kolaborasi di antara Ibu Pejabat JAKOA, JAKOA Negeri bersama Bahagian Kemahiran dan Teknikal, MARA untuk meningkatkan pendedahan TVET kepada anak-anak Orang Asli. Program ini bertujuan untuk memberi pengalaman dan pendedahan laluan pendidikan TVET MARA kepada Anak-anak Orang Asli secara terus di pusat terpilih selama 3 hari. Tahniah diucapkan kepada Unit Kurikulum Sebestari di atas penganjuran Program Perkampungan Ilmu 2024. Program diadakan khas buat calon SPM 2024 sebagai persediaan dalam menghadapi Peperikaan SPM yang bakal ditempuhi. Program ini telah diadakan di Kem Lembah Azween, Hulu Langat bermula 25 Oktober hingga 27 Oktober 2024.
Objektif Perkampungan Ilmu diadakan seperti berikut:
Satu taklimat TVET telah diadakan pada 23 Oktober 2024. Program ini telah dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling Sebestari dengan kerjasama Bahagian Akademik Pembangunan Kemahiran USIM.
Sasaran taklimat ini ialah beberapa pelajar Tingkatan 4 terpilih bersama ibubapa. Objektif taklimat ini adalah seperti berikut: 1. Memberi pendedahan tentang kerjaya Tvet. 2.Memberi maklumat yang jelas berkaitan kursus TVET yang diberikan oleh Akedemik Pembangunan Kemahiran USIM. 3. Membentuk hubungan jaringan PIBKS dengan pihak sekolah. Diharapkan program ini dapat membuka mata dan mendapat sambutan daripada murid-murid dan ibu bapa terlibat. Pada 12 Ogos 2024, bertempat di Dewan Mutiara Bestari telah diadakan Perasmian Bulan Transformasi Akademik. Terdapat banyak program telah dirancang untuk murid-murid bagi menjayakan bulan ini.
Tujuan Bulan Transformasi Akademik diadakan adalah seperti berikut:
Majlis pelancaran modul hadis 40 Imam Nawawi dan sivik dalam perhimpunan SMK SG PUSU sesi petang 2024 telah diadakan pada 15 Julai 2024. Semua warga sekolah dijemput menghayati dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian.
Tahniah diucapkan kepada Panitia Bahasa Inggeris di atas penganjuran 'Immersive Programme English Camp' pada 11 Julai 2024 bermula pukul 7.30 pagi hingga 4.30 petang. Program ini telah disertai oleh murid tingkatan 1, 2 dan 3 dan bertempat di Dewan Mutiara Bestari. Program ini telah mendapat sambutan yang sangat baik dan murid-murid kelihatan teruja dengan aktiviti-aktiviti menarik yang diadakan. Diharapkan program ini memberi impak yang positif kepada murid-murid terlibat dan akan diteruskan di masa akan datang.
Majlis Anugerah Cemerlang 2023 telah diadakan pada 22 Jun 2024 bertempat di Dewan Mutiara Bestari. Program yang penuh meriah ini telah dirasmikan oleh Prof. Dr Siti Hamidah binti Mohd Setapar merupakan seorang Pensyarah Kanan Universiti Teknologi Malaysia merangkap Pengarah Urusan NK Reverse Skin Care.
Program ini adalah untuk meraikan semua murid SMK Sungai Pusu yang cemerlang dalam Peperiksaan Akhir Tahun dan pelajar cemerlang dalam SPM 2023. Selain itu, anugerah turut diberikan kepada panitia yang cemerlang dengan menunjukkan peningkatan dari aspek GPMP dan peratus dalam peperiksaan SPM 2023. Seiring dengan kejayaan murid, guru juga berperanan penting sebagai pemangkin dan pendorong kejayaan. Semoga SMK Sungai Pusu terus gemilang dari segi pencapaian akademik pada tahun akan datang. |
Archives
December 2024
Categories
All
|