Seramai 32 orang murid asrama lelaki (ASPURA) mewakili Asrama Sebestari dalam Pertandingan Perarakan Maulidur Rasul 1445H anjuran Masjid Ar-Rahimah, Greenwood.Kedua-dua kumpulan yang mewakili Asrama Sebestari telah merangkul JOHAN dan NAIB JOHAN bagi Pertandingan Perarakan Maulidur Rasul 1445H anjuran Masjid Ar-Rahimah, Greenwood. Tahniah kepada semua anak-anak Asrama Sebestari.
SMK Sungai Pusu telah mengadakan program Sambutan & Perarakan Maulidur rasul seperti ketetapan berikut:
▶️Tarikh/Hari: 27/9/2023 (Rabu) ▶️Masa : 7.20 pagi -1.00 petang ▶️Tempat: Dataran Kejat dan Dewan Mutiara Bestari ▶️Penglibatan : Semua murid dan guru-guru sesi pagi dan petang. Diharapkan program seperti ini akan diteruskan untuk tahun berikutnya kerana ia mampu memberi impak yang positif kepada murid dalam mengenang jasa dan pengorbanan Rasulullah SAW sempena memperingati hari kelahiran baginda. Tahniah diucapkan kepada Panitia Pendidikan Islam di atas penganjuran program yang sangat bermakna buat warga Sebestari. Tahniah kepada 12 orang murid SMK Sungai Pusu yang bertarung MSU National Infohunt Challenge '23. Semoga pengalaman dan pendedahan yang diperolehi memberi pengalaman yang bermakna bagi mencapai kejayaan yang lebih cemerlang.
Tahniah kepada Unit Bimbingan dan Kaunseling di atas penganjuran Program Hijrah Sebuah Harapan. Program ini diadakan pada 18 September 2023 bertempat di Dewan Mutiara Bestari. Program ini diadakan untuk kelas -kelas terpilih iaitu 5 Ibnu Safar, 5 Ibnu Hayyan, 5 Ibnu Qayim, 5 Ibnu Khaldun dan 5 Ibnu Rusyd. Program ini bertujuan untuk menyuntik semangat murid dalam kalangan kelas tersebut agar terus bersemangat dalam mempersiapkan diri menghadapi Peperiksaan SPM yang bakal ditempuhi. Diharapkan program seperti ini dapat menyiapkan murid dari segi mental, fizikal dan spiritual untuk mengharungi kehidupan sebenar nanti.
🏆🏆🏆🏆🏆🏆🏆🏆🏆🏆🏆🏆🏆🏆🏆🏆🏆🏆🏆
Tahniah diucapkan kepada Unit Sukan Sebestari kerana telah berjaya menganjurkan Kejohanan Olahraga Sebestari kali ke 22 pada 10 September 2023 dengan penuh kemeriahan dan semangat kesukanan. Keputusan penuh kejohanan seperti berikut: Johan : SUKOM Naib Johan : OLIMPIK Ketiga : SEA Keempat : SUKSES Kelima : SUKMA Tahniah kepada para pemenang. Unit Sukan mengucapkan jutaan terima kasih kepada: Barisan pentadbir Ketua Guru Rumah Sukan Barisan Guru2 Rumah Sukan PIBG & Seluruh Warga Sebestari Terima Kasih sekali lagi, kepada SEMUA yang terlibat secara langsung dan tidak langsung sepanjang proses sebelum, semasa dan selepas kejohanan. 🏆🏆🏆🏆🏆🏆🏆🏆🏆 Seluruh warga Sebestari mengucapkan selamat maju jaya kepada Cikgu Siti Norasiah Binti Mohd Zain di atas khidmat bakti yang telah dicurahkan sepanjang berkhidmat di Sebestari. Sebagai tanda penghargaan pihak Kelab Guru dan Staff (KGS) telah menganjurkan satu majlis khas yang dinamakan 'Majlis Lambaian Kasih Pengerat Ukhwah' buat Cikgu Siti Norasiah. Majlis yang ringkas dan meriah ini telah diadakan pada 8 September 2023 bertempat di Dewan Mutiara Bestari. Semoga Cikgu Siti Norasiah terus cemerlang di tempat baharu.
🌹🌾🌾INFO KGS🌾🌾🌹 Program Majlis Penyerahan Kontena ‘Reading Hub’ yang akan dilaksanakan ini adalah untuk merealisasikan hasrat dan impian semua pihak yang terlibat iaitu antara pihak sekolah dan jawatankuasa PIBG dengan usahasama pihak Univerisiti Islam Antarabangsa.
‘Reading Hub’ ini terbahagi kepada 3 unit iaitu ‘ Library Cafe, STEM Hub’ dan Studio Mini TV Sebestari. Pihak sekolah dengan usahasama pihak UIAM telah merangka pelbagai program yang melibatkan 2 kontena dan bas ini. Majlis Penyerahan Kontena ‘Reading Hub’ ini melibatkan 3 aktiviti iaitu: (i) Majlis Perasmian (ii) Pameran aktiviti STEM (iii) Lawatan Mini Outreach Tarikh : 5 September 2023 Hari : Selasa Masa : 7.45 pagi – 11.00 pagi Tempat : Reading Hub, SMK Sungai Pusu Tetamu Perasmian : Prof Emeritus Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak, Rektor UIAM Tetamu Khas : Tuan Zainal bin Ismail, Ketua Pegawai Pelajaran Daerah Gombak |
Archives
December 2024
Categories
All
|