Seramai dua orang murid SMK Sungai Pusu telah terpilih mewakili Gombak dalam Kejohanan Takraw Liga anak-anak Selangor pada 26/6/2024. Tahniah diucapkan kepada murid-murid ini kerana telah berjaya mendapat Johan dan Tempat ke-3 dalam kejohanan ini. Dengan kejayaan yang diraih, secara tidak langsung telah berjaya mengharumkan nama Sebestari.
Warga Sebestari mengucapkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Puan Suzana binti Azmi di atas khidmat bakti yang telah dicurahkan sepanjang berkhidmat di Sebestari. Sebagai tanda penghargaan, pihak KGS telah mengadakan satu Majlis Lambaian Kasih buat Puan Suzana dan warga Sebestari mendoakan Puan Suzana terus cemerlang di sekolah baharu iaitu SMK Sungai Kertas. Semoga penghijrahan ini membawa kebaikan buat Puan Suzana dan terus bersinar di tempat baharu.
Majlis Anugerah Cemerlang 2023 telah diadakan pada 22 Jun 2024 bertempat di Dewan Mutiara Bestari. Program yang penuh meriah ini telah dirasmikan oleh Prof. Dr Siti Hamidah binti Mohd Setapar merupakan seorang Pensyarah Kanan Universiti Teknologi Malaysia merangkap Pengarah Urusan NK Reverse Skin Care.
Program ini adalah untuk meraikan semua murid SMK Sungai Pusu yang cemerlang dalam Peperiksaan Akhir Tahun dan pelajar cemerlang dalam SPM 2023. Selain itu, anugerah turut diberikan kepada panitia yang cemerlang dengan menunjukkan peningkatan dari aspek GPMP dan peratus dalam peperiksaan SPM 2023. Seiring dengan kejayaan murid, guru juga berperanan penting sebagai pemangkin dan pendorong kejayaan. Semoga SMK Sungai Pusu terus gemilang dari segi pencapaian akademik pada tahun akan datang. Tahniah diucapkan kepada Unit 3K Sebestari kerana telah berjaya menganjurkan satu program gotong royong pada 8 Jun 2023. Program ini dianjurkan dengan kerjasama PIBG dan ia telah berjaya mengubah wajah Sebestari ke arah lebih ceria dan bersih. Di samping itu, kerjasama erat antara warga Sebestari dan masyarakat setempat juga telah berjaya mengeratkan lagi hubungan silaturrahim dan persefahaman dalam menjayakan program sekolah. Semoga kerjasama erat ini terus kekal untuk tahun seterusnya.
Satu kem kepimpinan telah diadakan pada 7 Jun 2024 untuk semua pengawas Unit HEM. Kem ini merupakan satu program utama tahunan bagi membentuk peribadi dan integriti semua murid yang terlibat. Pada kali ini kem ini telah diadakan di Kem Bumi Jati, Shah Alam selama dua hari satu malam dan telah dirasmikan oleh Puan Norazah binti Bari, Penolong Kanan HEM SMK Sungai Pusu. Antara pengisian yang telah diadakan ialah Kemahiran Pengucapan Awam, Kemahiran Melaksanakan Tindakan/Keputusan, aktiviti 'outdoor' dan pelbagai aktiviti kerohanian lain yang dapat memantapkan sahsiah murid sebagai pemimpin di sekolah. Tahniah kepada semua unit yang terlibat iaitu PSS, PRS, Briged Bestari, SPBT, LKT dan TV Sebestari.
Tahniah buat semua calon SPM 2023 di atas pencapaian membanggakan.
Keputusan pada kali ini menunjukkan peningkatan peratus lulus dan Peningkatan Gred Purata Sekolah yang sangat baik. Semoga ia menjadi pemangkin bagi mencapai kecemerlangan bagi calon SPM 2024. Infografik berikut merupakan ringkasan analisa keputusan SPM bagi tahun ini. Syabas diucapkan kepada Unit Sukan Sebestari di atas penganjuran Kejohanan Olahraga Sebestari yang telah diadakan pada 24 Mei 2024. Acara akhir telah bermula daripada 17 Mei hingga 23 Mei 2024. Pelbagai acara telah dipertandingkan bagi menyemarakkan lagi semangat kesukanan antara warga Sebestari. Berikut merupakan keputusan rasmi Kejohanan Olahraga Sebestari:
Johan : SUKOM Naib Johan : SUKMA Ketiga : SUKSES Keempat : OLIMPIK Kelima : SEA Satu Kem Kepimpinan Exco Asrama Sebestari telah diadakan pada 10 hingga 12 Mei 2024 yang lalu. Kem ini telah diadakan di Kem Rimba Tamu. Kem ini bertujuan untuk membina jiwa dan semangat kepimpinan dalam kalangan Exco Asrama Sebestari yang telah dilantik bagi membantu pengurusan asrama ke satu tahap yang lebih cemerlang dan cekap. Kem ini juga turut dihadiri oleh barisan Warden Asrama Sebestari dan para pentadbir. Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat.
Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada Jawatankuasa Pengurusan Asrama SEBESTARI dengan kerjasama Kelab Guru dan Staf (KGS) SMK Sungai Pusu kerana telah menganjurkan RUMAH TERBUKA AIDILFITRI SEBESTARI 2024 pada 1 Mei 2024. Program ini telah diraikan bersama anak-anak asrama, ibu bapa / penjaga asrama dan warga SEBESTARI. Penganjuran ini bertujuan memberi peluang untuk anak-anak asrama meraikan Hari Raya Aidilfitri bersama sahabat-sahabat yang lain dan ibu bapa / penjaga serta warga SEBESTARI. Selain itu, beberapa aktiviti telah disusun untuk memberi peluang anak-anak asrama dan warga SEBESTARI merasai pengalaman persediaan hari raya seperti :
1. Membakar Lemang 2. Menganyam Ketupat 3. Memasak Bubur Lambuk 4. Memasak Rendang Kumpulan Sasaran : Anak-anak Asrama SEBESTARI Ibu Bapa / Penjaga anak-anak Asrama SEBESTARI Warga SEBESTARI Diharapkan program ini akan menjadi program tahunan buat warga Sebestari kerana ia telah berjaya memupuk semangat kekeluargaan dan muhibbah antara warga Sebestari. Tahniah diucapkan. Tahniah kepada penganjur kerana telah mengadakan satu Sambutan Hari Raya Aidil Fitri dengan penuh kemeriahan pada 3 Mei 2024. Sambutan Raya Sebestari ini merupakan program yang dinanti nantikan oleh setiap warga Sebestari dan memberi peluang meraikan lebaran bersama guru-guru, rakan-rakan dan seluruh warga Sebestari. Pelbagai juadah yang enak dan lazat telah dihidangkan oleh setiap kelas dengan hiasan yang menarik. Di samping itu, murid-murid dan guru-guru saling kunjung mengunjung setiap kelas dan saling bermaafan antara satu sama lain. Secara tidak langsung program ini dapat merapatkan lagi ukhwah antara semua warga Sebestari tanpa mengira latar belakang mereka. Saksikan liputan penuh sambutan yang diadakan dengan menekan pautan di bawah:
"Meriahnya Raya Sebestari" |
Archives
June 2024
Categories
All
|