Satu taklimat TVET telah diadakan pada 23 Oktober 2024. Program ini telah dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling Sebestari dengan kerjasama Bahagian Akademik Pembangunan Kemahiran USIM.
Sasaran taklimat ini ialah beberapa pelajar Tingkatan 4 terpilih bersama ibubapa. Objektif taklimat ini adalah seperti berikut: 1. Memberi pendedahan tentang kerjaya Tvet. 2.Memberi maklumat yang jelas berkaitan kursus TVET yang diberikan oleh Akedemik Pembangunan Kemahiran USIM. 3. Membentuk hubungan jaringan PIBKS dengan pihak sekolah. Diharapkan program ini dapat membuka mata dan mendapat sambutan daripada murid-murid dan ibu bapa terlibat. Warga Sebestari Mengucapkan setinggi tinggi ucapan tahniah anak-anak SMK Sungai Pusu yang telah menyertai YOUNG INOVATOR CHALLENGE 3R INNOVATION Anjuran UTHM. Anak-anak Sebestari telah berjaya mengharumkan nama Sebestari dengan pencapaian berikut:
2 Gold Award 9 Silver Award 4 Bronze Award Tahniah buat anak-anak Sebestari di bawah bimbingan Pn Rajiah Hassan dan Pn Saibatul Islamiah. Mari kita saksikan video inovasi anak-anak hebat ini di saluran rasmi youtube Sebestari. https://bit.ly/TVSebestari TAHNIAH CIKGU NURUL ILANI 'TOP 3' PROJEK SIMPOSIUM KEBANGSAAN, PROGRAM DUTA GURU YAYASAN PETRONAS19/10/2023
Warga Sebestari mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Cikgu Nurul Ilani Ilham di atas pencapaian yang sangat membanggakan. Beliau telah berjaya mendapat 'TOP 3' di antara 275 projek dalam Simposium Kebangsaan, Program Duta Guru Yayasan Petronas yang diadakan di Hotel Movenpick. Semoga Cikgu Nurul Ilani terus cemerlang dan mengharumkan nama Sebestari ke peringkat yang lebih tinggi. Tahniah Cikgu!!.
Program Majlis Penyerahan Kontena ‘Reading Hub’ yang akan dilaksanakan ini adalah untuk merealisasikan hasrat dan impian semua pihak yang terlibat iaitu antara pihak sekolah dan jawatankuasa PIBG dengan usahasama pihak Univerisiti Islam Antarabangsa.
‘Reading Hub’ ini terbahagi kepada 3 unit iaitu ‘ Library Cafe, STEM Hub’ dan Studio Mini TV Sebestari. Pihak sekolah dengan usahasama pihak UIAM telah merangka pelbagai program yang melibatkan 2 kontena dan bas ini. Majlis Penyerahan Kontena ‘Reading Hub’ ini melibatkan 3 aktiviti iaitu: (i) Majlis Perasmian (ii) Pameran aktiviti STEM (iii) Lawatan Mini Outreach Tarikh : 5 September 2023 Hari : Selasa Masa : 7.45 pagi – 11.00 pagi Tempat : Reading Hub, SMK Sungai Pusu Tetamu Perasmian : Prof Emeritus Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak, Rektor UIAM Tetamu Khas : Tuan Zainal bin Ismail, Ketua Pegawai Pelajaran Daerah Gombak Pihak pengurusan dan seluruh warga Sebestari sangat mengalu-alukan dan menghargai Projek "‘READING HUB’ @ SMKSP". Projek ini merupakan inisiatif pihak UIAM bagi memastikan peluang yang saksama bagi pendidikan inklusif dan menggalakkan budaya membaca sepanjang hayat.
Antara penerangan ringkas berkaitan projek ini untuk makluman warga Sebestari dan masyarakat setempat adalah seperti berikut:
Matlamat utama program ini adalah:
SMK Sg Pusu mendapat anugerah emas pertandingan inovasi 3R Innow22 anjuran UTHM peringkat Kebangsaan.
Tahniah Pn Saibahtul & anak-anak 4 al Farisi 👍👍👍 Lawatan Penanda Aras SMK Sungai Pusu Ke SUTAMA.
Lawatan ini berfokus dalam bidang STEM dan Makmal sains. Lawatan ini diadakan bagi memperkasakan bidang STEM di SMK sungai Pusu. Lawatan ini diharapkan memberi impak yang besar terhadap pemerkasaan stem di SMK Sungai Pusu. ✨Penyerahan hadiah produk STEM iaitu PocketLab dan mBot beserta sijil penyertaan kepada sekolah SMK Sungai Pusu yang terpilih dengan penyertaan murid antara teramai dalam Program STEM PENJANA yang dijalankan pada 12 Februari 2022 .
✨Program anjuran STEM Creative Mind merupakan pendedahan kepada anak2 SMKSP kepada bidang robotik. ✨Semoga usaha Unit STEM SEBESTARI dapat melahirkan lebih ramai lagi murid berpotensi dalam bidang STEM. Terima Kasih semua yang terlibat! Warga Sebestari mengucapkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Adik Nur Najihah Has-Yun dari kelas 5 Al Balkhi kerana berjaya mengharumkan nama sekolah dengan mendapat tempat ke 3 dalam Pertandingan Inovasi 'Edible Food Wrap' peringkat Kebangsaan dalam Invensi & Inovasi Kimia 2022.
|
Archives
December 2024
Categories
All
|