Satu program khas telah diadakan buat Pelajar Asrama Sebestari sebagai suntikan semangat buat mereka yang bakal menduduki Peperiksaan SPM 2024. Oleh kerana murid-murid ini berjauhan dengan ibu bapa, pihak sekolah telah mengambil inisiatif untuk memberi kata-kata semangat dan dorongan kepada murid-murid ini untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan dalam Peperiksaan SPM yang bakal ditempuhi. Diharapkan dengan inisiatif ini murid-murid akan konsisten membuat persediaan menghadapi Peperiksaan SPM 2024. Semoga kejayaan cemerlang menjadi milik mereka.
Satu Kejohanan Ragbi Menengah MSSD Gombak telah diadakan pada 22 - 23 Julai 2024 betempat di Padang SMK Sungai Pusu. Kejohan ini bermula seawal 7.00 pagi sehingga 5.00 petang. SMK Sungai Pusu selaku tuan rumah telah berjaya meraih pingat seperti berikut:
U13 Ke3 Cup U15 A Johan Plate U15 B Naib Johan Plate U15 C ke 3 Plate U18 ke3 Cup Tahniah diucapkan buat semua peserta , juru latih, pengurus pasukan dan semua yang terlibat dalam Kejohanan Ragbi Menengah MSSD Gombak 2024. Satu Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Koperator Sesi 2024/25 telah diadakan secara rasmi pada 19 Jun 2024. majlis ini telah disempurnakan oleh Ustaz Mohd Rohan bin Sidek, iatu Pengetua SMK Sungai Pusu. Pelantikan ini merupakan satu simbol pengiktirafan kepada semua koperator yang telah dilantik dalam membantu pengurusan koperasi Sebestari. Dengan pengiktirafan yang diberi, diharapkan para koperator akan lebih bersemangat dalam menjalankan tugas secara profesional. Tahniah diucapkan.
Satu Kem Kepimpinan Exco Asrama Sebestari telah diadakan pada 10 hingga 12 Mei 2024 yang lalu. Kem ini telah diadakan di Kem Rimba Tamu. Kem ini bertujuan untuk membina jiwa dan semangat kepimpinan dalam kalangan Exco Asrama Sebestari yang telah dilantik bagi membantu pengurusan asrama ke satu tahap yang lebih cemerlang dan cekap. Kem ini juga turut dihadiri oleh barisan Warden Asrama Sebestari dan para pentadbir. Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat.
Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada Jawatankuasa Pengurusan Asrama SEBESTARI dengan kerjasama Kelab Guru dan Staf (KGS) SMK Sungai Pusu kerana telah menganjurkan RUMAH TERBUKA AIDILFITRI SEBESTARI 2024 pada 1 Mei 2024. Program ini telah diraikan bersama anak-anak asrama, ibu bapa / penjaga asrama dan warga SEBESTARI. Penganjuran ini bertujuan memberi peluang untuk anak-anak asrama meraikan Hari Raya Aidilfitri bersama sahabat-sahabat yang lain dan ibu bapa / penjaga serta warga SEBESTARI. Selain itu, beberapa aktiviti telah disusun untuk memberi peluang anak-anak asrama dan warga SEBESTARI merasai pengalaman persediaan hari raya seperti :
1. Membakar Lemang 2. Menganyam Ketupat 3. Memasak Bubur Lambuk 4. Memasak Rendang Kumpulan Sasaran : Anak-anak Asrama SEBESTARI Ibu Bapa / Penjaga anak-anak Asrama SEBESTARI Warga SEBESTARI Diharapkan program ini akan menjadi program tahunan buat warga Sebestari kerana ia telah berjaya memupuk semangat kekeluargaan dan muhibbah antara warga Sebestari. Tahniah diucapkan. Seramai 32 orang murid asrama lelaki (ASPURA) mewakili Asrama Sebestari dalam Pertandingan Perarakan Maulidur Rasul 1445H anjuran Masjid Ar-Rahimah, Greenwood.Kedua-dua kumpulan yang mewakili Asrama Sebestari telah merangkul JOHAN dan NAIB JOHAN bagi Pertandingan Perarakan Maulidur Rasul 1445H anjuran Masjid Ar-Rahimah, Greenwood. Tahniah kepada semua anak-anak Asrama Sebestari.
Tahniah buat peserta E-Mahrajan (Asrama Sekolah Harian) kerana telah berjaya mencapai kejayaan yang sangat membanggakan. Antara pencapaian yang membanggakan ialah:
1. Johan - E-Hafazan (Ting 1 dan 2, Terbuka Perempuan) Peringkat Kebangsaan 2. Tempat ke 3 - E-Tazkirah (perempuan) Peringkat Negeri 3. Johan - E-Hafazan (Perempuan) Peringkat Negeri Tahniah diucapkan buat para peserta dan guru pembimbing semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat buat seluruh warga Sebestari. Program Kolaboratif SUPERNOVA SUKSes SPM 2022 (Fasa 1) merupakan sebuah program yang menggabungkan enam buah sekolah iaitu SMK Sungai Pusu, SMK Hillcrest, SMK Sungai Kertas, SMK Gombak Setia, SMK Taman Melawati dan SMK Darul Ehsan.
Program ini bertujuan unuk mengubah persepsi murid-murid tentang sukarnya subjek Sains Tulen sekali gus dapat menambah kefahaman murid-murid tentang konsep yang abstrak. Pelaksanaan program ini adalah seperti berikut: Tarikh : 2 hingga 4 September 2022 Tempat : Dewan Mutiara Sebestari, Bilik Mesyuarat dan Asrama SMK Sungai Pusu. Tahniah buat semua AJK Pelaksana yang terlibat dalam menjayakan program ini. |
Archives
December 2024
Categories
All
|