Satu Majlis Iftar Jamaie telah diadakan pada 28 Mac 2024. Program ini diadakan bagi merapatkan lagi ukhwah antara pihak pengurusan asrama, warga Sebestari, anak-anak asrama dan ibu bapa. Di samping dapat berbuka puasa bersama-sama program ini juga memberi ruang kepada ibu bapa untuk melihat sendiri kehidupan anak-anak mereka di asrama Sebestari melalui program yang diadakan. Para hadirin juga berpeluang untuk mendengar pangisian dan bersolat terawikh bersama-sama. Semoga program ini memberi kesan yang positif dan diteruskan pada masa akan datang. Tahniah diucapkan kepada pihak pengurusan asrama kerana menganjurkan program ini.
Sempena memperingati peritiwa Nuzul Al Quran, Panitia Pendidikan Islam SMK Sungai Pusu telah mengadakan ceramah khas bagi menghayati peristiwa yang amat bermakna bagi umat Islam. Ceramah ini telah diadakan pada 27 Mac 2024 bertempat di Dewan Mutiara Bestari dan disampaikan oleh Ustaz Azlan bin Abdul Jalil. Di samping ceramah, di selitkan juga kuiz yang berkaitan bagi menambahkan lagi penghayatan murid bagi memperingati peristiwa penting ini. Diharapkan ceramah ini memberi impak yang positif terhadap warga Sebestari dan terus menjadikan Al Quran sebagai pedoman hidup dan sumber rujukan utama.
Satu Program Solat Hajat SPM dan Iftar telah diadakan pada 21 Mac 2024 anjuran Panitia Pendidikan Islam dan Surau Nur Falah. Program solat hajat ini telah dihadiri oleh murid-murid, guru-guru dan ibu bapa calon SPM Sebestari. Program ini bermula seawal 6.30 petang dengan pengisian tazkirah, iftar jamaie, solat hajat dan solat terawikh. Program ini merupakan usaha dan persiapan awal pihak sekolah untuk calon SPM Sebestari yang bakal menduduki peperiksaan SPM 2024. Di samping itu, program ini juga dapat merapatkan ukhwah antara warga Sebestari dan masyarakat setempat. Semoga dengan keberkatan bulan yang mulia ini doa yang dipanjatkan akan dimakbulkan seterusnya dapat melonjakkan pencapaian SPM yang bakal ditempuhi.
Tahniah diucapkan Panitia Pendidikan Islam Sebestari di atas penganjuran Program Tadarus Al quran yang berlangsung sepanjang bulan Ramadhan pada tahun ini. Program ini melibatkan semua murid yang beragama Islam bagi mengimarahkan kan lagi pengisian ibadah di bulan yang penuh berkat ini. Semoga program ini dapat memberi impak yang positif kepada semua warga Sebestari dan ia akan menjadi ibadah yang berterusan untuk buan-bulan yang seterusnya.
Tahniah diucapkan kepada rakan-rakan guru yang dapat berpindah ke negeri kelahiran dan tahniah juga diucapkan kepada rakan-rakan guru yang berpindah kenaikan pangkat. Sehubungan dengan itu satu majlis ringkas akan diadakan pada ketetapan berikut:
Tarikh : 7 MAC 2024 Hari : KHAMIS Tempat : DEWAN MUTIARA BESTARI Semoga semua guru yang berhijrah akan terus bersinar dan cemerlang di sekolah baharu. |
Archives
December 2024
Categories
All
|