Satu kem kepimpinan telah diadakan pada 7 Jun 2024 untuk semua pengawas Unit HEM. Kem ini merupakan satu program utama tahunan bagi membentuk peribadi dan integriti semua murid yang terlibat. Pada kali ini kem ini telah diadakan di Kem Bumi Jati, Shah Alam selama dua hari satu malam dan telah dirasmikan oleh Puan Norazah binti Bari, Penolong Kanan HEM SMK Sungai Pusu. Antara pengisian yang telah diadakan ialah Kemahiran Pengucapan Awam, Kemahiran Melaksanakan Tindakan/Keputusan, aktiviti 'outdoor' dan pelbagai aktiviti kerohanian lain yang dapat memantapkan sahsiah murid sebagai pemimpin di sekolah. Tahniah kepada semua unit yang terlibat iaitu PSS, PRS, Briged Bestari, SPBT, LKT dan TV Sebestari.
Tahniah kepada penganjur kerana telah mengadakan satu Sambutan Hari Raya Aidil Fitri dengan penuh kemeriahan pada 3 Mei 2024. Sambutan Raya Sebestari ini merupakan program yang dinanti nantikan oleh setiap warga Sebestari dan memberi peluang meraikan lebaran bersama guru-guru, rakan-rakan dan seluruh warga Sebestari. Pelbagai juadah yang enak dan lazat telah dihidangkan oleh setiap kelas dengan hiasan yang menarik. Di samping itu, murid-murid dan guru-guru saling kunjung mengunjung setiap kelas dan saling bermaafan antara satu sama lain. Secara tidak langsung program ini dapat merapatkan lagi ukhwah antara semua warga Sebestari tanpa mengira latar belakang mereka. Saksikan liputan penuh sambutan yang diadakan dengan menekan pautan di bawah:
"Meriahnya Raya Sebestari" Majlis Restu ilmu akan diadakan mengikut ketetapan berikut. Majlis ini merupakan program tahunan untuk calon SPM sebagai salah satu usaha bagi memberkati lagi ilmu yang telah dipelajari dan seterusnya mendapat keputusan yang cemerlang.
Program Mohon Restu Ilmu Calon SPM akan dilaksanakan seperti butiran berikut : ❇️Tarikh : 24 Januari 2024 (Rabu) ❇️ Masa : 8.00 pg - 10.00 pg ❇️ Tempat : Dewan Mutiara Bestari SMK Sungai Pusu ✳️✳️ Murid akan berkumpul di Dewan pada pukul 7.30 pagi bagi susunan kedudukan dan taklimat GBKSM. Program akan bermula pada pukul 8.00 pagi. Satu Program Solat Hajat Perdana 2023 telah diadakan khusus buat bakal calon SPM 2023. Program ini telah dihadiri oleh Ibu-bapa dan guru-guru sebagai salah satu usaha bagi memastikan semua calon dipermudahkan urusan menjawab soalan SPM 2023 dan seterusnya mendapat keputusan yang cemerlang. Program ini juga secara tidak langsung dapat merapatkan ukhwah antara murid, guru dan ibu bapa.
Butiran Program: 🔹Tarikh : 18 Jan 2024 🔹 Hari. : Khamis 🔹 Masa : 6.00 Ptg-10.00 Mlm 🔹 Tempat : Surau Nur Al-Falah, SMK Sg. Pusu Tahniah kepada Unit Kurikulum Sebestari di atas penganjuran Majlis Graduasi 2023 bagi meraikan murid-murid tingkatan 5 yang bakal menamatkan alam persekolahan mereka.
Program ini merupakan program tahunan yang bertujuan untuk meraikan murid Tingkatan 5 yang tamat persekolahan tahun 2023, memberi suntikan semangat kepada murid untuk lebih berjaya di masa akan datang dan meningkatkan jalinan ukhwah dikalangan murid dan guru –guru Sebestari. Butiran program adalah seperti berikut: Tarikh : 3 Januari 2023 Hari : Rabu Masa : 2.00 petang – 5.00 petang Tempat : D’ Orchid, Gombak Setia MAKLUMAN SOLAT HAJAT FASA 3 SPM 2023
🔹Tarikh : 1 Dis 2023 🔹 Hari. : Jumaat 🔹 Masa : 7.20 - 8.30 pagi 🔹 Tempat : Surau Nur Al- Falah 🔹 Tentatif program : 7.20 - 8.30 pagi : • Solat Sunat Dhuha • Solat Sunat Hajat • Tazkirah Bersurai 🔹 Kehadiran : Dijemput semua guru, terutamanya guru subjek Tingkatan 5 untuk bersama-sama berada di surau dan melaksanakan solat Hajat. 🔹 Peringatan untuk murid perempuan sila bawa telekung. 🔹 Ibu bapa juga dialu- alukan untuk menunaikan solat Hajat di kediaman masing-masing. 📍Semoga majlis kita berjalan lancar dan mendapat rahmat Allah dalam mencapai kecemerlangan. Terima kasih🌹 🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾
Majlis Perasmian Bulan Kemerdekaan Tahun 2023 🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾 Tahniah kepada Unit Kemanusiaan Sebestari di atas penganjuran Majlis Perasmian Bulan Kemerdekaan 2023 yang telah diadakan dengan penuh kemeriahan dan penghayatan pada hari ini. Ketetapan sambutan Majlis Perasmian Bulan Kemerdekaan Tahun 2023 adalah seperti ketapan yang berikut.: Tarikh : 7.8.2023 Masa : 7.20 - 8.40 pagi Tempat: Dataran Kejat Sasaran : semua guru sesi pagi Tema Semua guru amat digalakkan untuk memeriahkan majlis bersama sama memakai Guru lelaki 🟥memakai tengkolok 🟦memakai baju berwarna bendera malaysia Guru perempuan 🟨memakai tudung corak bendera Malaysia / tudung plain berwarna bendera Malaysia ⬜️baju plain / bercorak berwarna bendera Malaysia Dengan adanya sambutan seperti ini diharapkan dapat menyemarakkan lagi semangat patriotik dan cinta negara dalam kalangan warga Sebestari khasnya dan seluruh masyarakat. Satu lawatan penda aras telah dilakukan pada 7 Julai 2023 ke SMK Seri Setia, Cheras. Lawatan ini telah disertai oleh Penolong Kanan Pentadbiran, wakil daripada PIBG, Penyelaras TS25, guru data dan wakil dari Unit ICT Sebestari. Tujuan lawatan ini diadakan ialah untuk melihat keberkesanan Sistem Perekodan Kedatangan Murid dan Guru yang telah lama digunakan oleh sekolah ini. Lawatan penanda Aras ini telah memberi input yang sangat berguna bagi membuat penambahbaikan dan mematapkan lagi sistem pengurusan SMK Sungai Pusu.
Warga Sebestari turut berduka cita atas musibah yang menimpa adik Salman Al Farisi bin Rashidi dari kelas 1 Al Razi. Kediaman keluarga Salman telah terbakar dan telah memusnahkan sebahagianbesar kediaman keluarga ini. Kejadian ini berlaku pada 8 Julai 2023 jam 5 petang. Atas rasa simpati yang mendalam, Unit Kebajikan Sebestari teah menghulurkan sumbangan
Satu ceramah khas sempena sambutan Hari Raya Aidil Adha 1444H. Ceramah ini telah dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam dan bertujuan untuk menimbulkan kesedaran kepada murid pengertian pengorbanan yang sebenar. Semoga ceramah seperti akan diteruskan pada masa akan datang dan dapat memberi impak yang positif kepada warga sebestari.
|
Archives
June 2024
Categories
All
|