Setinggi-tinggi ucapan tahniah diucapkan kepada Skuad SERI, Kelab Pencinta Alam dan Geografi serta Panitia Landskap dan Nurseri di atas pencapaian cemerlang yang sangat membanggakan sekolah. Mereka telah dinobatkan sebagai Johan dalam Pertandingan Be Green peringkat kebangsaan. Pertandingan ini telah dianjurkan oleh pihak Petronas Chemicals Group dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia selama 3 bulan iaitu bermula Ogos sehingga 29 November 2024.
Antara kriteria penilaian dan pemarkahan pertandingan adalah; 50 %: Pengumpulan sisa kitar semula 50 %: Inovasi dan laporan program Pihak Skuad SERI telah berganding bahu dengan Kelab Pencinta Alam dan Geografi serta Panitia Landskap dan Nurseri bagi menjayakan pertandingan ini. Banyak usaha yang telah dilakukan bagi memenuhi kriteria pertandingan. Antaranya ialah; 1. Membuat promosi program pengumpulan barang kitar semula dalam kalangan warga SEBESTARI dan komuniti. 2. Mengumpul barang kitar semula pada setiap hari Jumaat sepanjang tempoh masa pertandingan berlangsung. 3. Membina 6 sudut kitar semula seperti Let’stari Art Studio, Sudut Tong Kita Recycle, Bustanul Khulafa, Wakaf I- Sujana dan Rain Water Harvesting. Antara pencapaian yang paling membanggakan adalah; Inovasi yang dicipta oleh dua orang murid kita iaitu Amir Mujahid Nasrullah bin Imam Sunaryo (5 Ibnu Nafis) dan Amir Asyrani bin Yasir Asyraf (5 Ibnu Nafis). Inovasi tersebut adalah sebuag aplikasi yang dinamakan I-Saujana. Barang-barang kitar semula dari kawasan kediaman akan dipungut dan dibawa oleh pemandu e-pickup yang berdaftar dengan Aplikasi I-Sujana ke Wakaf I-Sujana yang bertempat di SMK Sungai Pusu. Semoga dengan usaha ini, komuniti akan lebih berminat untuk mengitar semula barang-barang sisa domestik mereka berbanding membuangnya ke dalam tong sampah seperti kebiasaannya yang dilakukan oleh masyarakat kita selama ini. Pautan Video : 1. BE GREEN PCG PETRONASTHE DAY 2024 - 2. PERTANDINGAN BE GREEN PETRONAS CHEMICALS GROUP Tahniah diucapkan kepada Unit Kurikulum di atas penganjuran Majlis Graduasi 2024. Majlis telah diadakan pada 7 Disember 2024 (sabtu) bertempt di Dewn Dato' Harun, Kem Wardieburn, Setapak, Kuala Lumpur. Majlis yang gilang gemilang ini telah dirasmikan oleh YBrs. Dr. Haji Ruslan Bin Said.
Majlis graduasi ini diadakan khusus untuk meraikan dan memberi pengiktirafan kepada murid-murid Semoga majlis ini mampu mengukir kenangan manis dan mencatat nostalgia penuh bermakna dalam lipatan sejarah setiap murid Tingkatan 5 pada tahun ini di samping tidak melupakan jasa dan pengorbanan yang telah dicurahkan oleh barisan pendidik mithali SMKSungai Pusu. Satu majlis yang meriah dan bermakna telah diadakan untuk menghargai kemenjadian murid dan komitmen guru dalam bidang koakademik, kokurikulum, sukan dan lain-lain. Majlis Permana Citra Peringkat Sebestari telah diadakanpada 23 November 2024 bertempat di Dewan Mutiara Bestri, SMK Sungai Pusu. Majlis yang penuh bermakna ini adalan anjuran Unit Kurikulum, Hal Ehwal Murid dan Nilam. Diharapkan majlis ini dapat :
Satu program khas telah diadakan buat Pelajar Asrama Sebestari sebagai suntikan semangat buat mereka yang bakal menduduki Peperiksaan SPM 2024. Oleh kerana murid-murid ini berjauhan dengan ibu bapa, pihak sekolah telah mengambil inisiatif untuk memberi kata-kata semangat dan dorongan kepada murid-murid ini untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan dalam Peperiksaan SPM yang bakal ditempuhi. Diharapkan dengan inisiatif ini murid-murid akan konsisten membuat persediaan menghadapi Peperiksaan SPM 2024. Semoga kejayaan cemerlang menjadi milik mereka.
PROGRAM AMALAN SEKOLAH PENYAYANG
(SAMBUTAN HARI LAHIR PERDANA) Tarikh : 12.11.2024 Masa : 5.00 petang Tempat: Kantin dan Surau Sebestari Tahniah diucapkan kepada Unit Bimbingan dan Kaunseling di atas penganjuran Sambutan Hari Lahir Perdana peringkat sekolah. Program ini merupakan salah satu Program Amalan Sekolah Penyayang. Dengan program uang diadakan ini secara tidak langsung dapat mengukuhkan nilai kasih sayang antara warga sekolah. Program ini juga dapat mewujudkan suasana mesra dan harmoni yang memupuk semangat kekeluargaan serta saling menghormati dalam komuniti sekolah. Di samping itu, ia dapat mengeratkan hubungan antara warga sekolah melalui aktiviti bersama, sambil mencipta kenangan manis yang berkekalan. SMK Sungai Pusu telah menyahut seruan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dengan mengadakan Program Huffaz Hour Generasi Madani pada November 2024. Murid yang menyertai program ini telah mendapat penyertaan peringkat kebangsaan bagi mata PAJSK mereka. Antara matlamat program ini adalah seperti berikut:
cemerlang dari aspek akademik dan sahsiah melalui penghayatan Al-Quran
mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan harian.
rohani, emosi, dan jasmani sesuai dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Program Lonjakan Prestasi Ting 1-3 (PLP) merupakan satu program yang diadakan khas untuk murid menengah rendah sebagai persiapan menghadapi Ujian Akhir Sesi Akademik 2024 (UASA). Setiap Panitia telah merancang program yang bersesuaian seperti teknik menjawab, ulangkaji berfokus dan ulangkaji intensif sebagai persiapan bagi menghadapi UASA 2024.
𝗠𝗔𝗥𝗔 & 𝗝𝗔𝗞𝗢𝗔 𝗕𝗘𝗞𝗘𝗥𝗝𝗔𝗦𝗔𝗠𝗔 𝗔𝗠𝗕𝗜𝗟 𝗣𝗘𝗡𝗗𝗘𝗞𝗔𝗧𝗔𝗡 ‘𝗕𝗘𝗥𝗠𝗔𝗜𝗡 𝗦𝗔𝗠𝗕𝗜𝗟 𝗕𝗘𝗟𝗔𝗝𝗔𝗥’ 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗞 𝗔𝗡𝗔𝗞 𝗢𝗥𝗔𝗡𝗚 𝗔𝗦𝗟𝗜 𝗠𝗘𝗡𝗚𝗘𝗡𝗔𝗟𝗜 𝗜𝗟𝗠𝗨 𝗧𝗩𝗘𝗧
Syabas dan tahniah kepada pusat pelaksana PROGRAM JAKOA PANTAS (PROGRAM PERINTIS TVET ORANG ASLI) tahun 2024 sepanjang bulan Oktober. Beberapa murid Orang Asli Sebestari telah terpilih bagi mengikuti program ini. Program ini merupakan kolaborasi di antara Ibu Pejabat JAKOA, JAKOA Negeri bersama Bahagian Kemahiran dan Teknikal, MARA untuk meningkatkan pendedahan TVET kepada anak-anak Orang Asli. Program ini bertujuan untuk memberi pengalaman dan pendedahan laluan pendidikan TVET MARA kepada Anak-anak Orang Asli secara terus di pusat terpilih selama 3 hari. Tahniah diucapkan kepada Unit Kurikulum Sebestari di atas penganjuran Program Perkampungan Ilmu 2024. Program diadakan khas buat calon SPM 2024 sebagai persediaan dalam menghadapi Peperikaan SPM yang bakal ditempuhi. Program ini telah diadakan di Kem Lembah Azween, Hulu Langat bermula 25 Oktober hingga 27 Oktober 2024.
Objektif Perkampungan Ilmu diadakan seperti berikut:
Satu taklimat TVET telah diadakan pada 23 Oktober 2024. Program ini telah dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling Sebestari dengan kerjasama Bahagian Akademik Pembangunan Kemahiran USIM.
Sasaran taklimat ini ialah beberapa pelajar Tingkatan 4 terpilih bersama ibubapa. Objektif taklimat ini adalah seperti berikut: 1. Memberi pendedahan tentang kerjaya Tvet. 2.Memberi maklumat yang jelas berkaitan kursus TVET yang diberikan oleh Akedemik Pembangunan Kemahiran USIM. 3. Membentuk hubungan jaringan PIBKS dengan pihak sekolah. Diharapkan program ini dapat membuka mata dan mendapat sambutan daripada murid-murid dan ibu bapa terlibat. |
Archives
December 2024
Categories
All
|