|
Tahniah diucapkan kepada Unit Kurikulum di atas penganjuran Majlis Graduasi 2024. Majlis telah diadakan pada 7 Disember 2024 (sabtu) bertempt di Dewn Dato' Harun, Kem Wardieburn, Setapak, Kuala Lumpur. Majlis yang gilang gemilang ini telah dirasmikan oleh YBrs. Dr. Haji Ruslan Bin Said.
Majlis graduasi ini diadakan khusus untuk meraikan dan memberi pengiktirafan kepada murid-murid Semoga majlis ini mampu mengukir kenangan manis dan mencatat nostalgia penuh bermakna dalam lipatan sejarah setiap murid Tingkatan 5 pada tahun ini di samping tidak melupakan jasa dan pengorbanan yang telah dicurahkan oleh barisan pendidik mithali SMKSungai Pusu. Satu majlis yang meriah dan bermakna telah diadakan untuk menghargai kemenjadian murid dan komitmen guru dalam bidang koakademik, kokurikulum, sukan dan lain-lain. Majlis Permana Citra Peringkat Sebestari telah diadakanpada 23 November 2024 bertempat di Dewan Mutiara Bestri, SMK Sungai Pusu. Majlis yang penuh bermakna ini adalan anjuran Unit Kurikulum, Hal Ehwal Murid dan Nilam. Diharapkan majlis ini dapat :
Satu program khas telah diadakan buat Pelajar Asrama Sebestari sebagai suntikan semangat buat mereka yang bakal menduduki Peperiksaan SPM 2024. Oleh kerana murid-murid ini berjauhan dengan ibu bapa, pihak sekolah telah mengambil inisiatif untuk memberi kata-kata semangat dan dorongan kepada murid-murid ini untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan dalam Peperiksaan SPM yang bakal ditempuhi. Diharapkan dengan inisiatif ini murid-murid akan konsisten membuat persediaan menghadapi Peperiksaan SPM 2024. Semoga kejayaan cemerlang menjadi milik mereka.
Program Lonjakan Prestasi Ting 1-3 (PLP) merupakan satu program yang diadakan khas untuk murid menengah rendah sebagai persiapan menghadapi Ujian Akhir Sesi Akademik 2024 (UASA). Setiap Panitia telah merancang program yang bersesuaian seperti teknik menjawab, ulangkaji berfokus dan ulangkaji intensif sebagai persiapan bagi menghadapi UASA 2024.
𝗠𝗔𝗥𝗔 & 𝗝𝗔𝗞𝗢𝗔 𝗕𝗘𝗞𝗘𝗥𝗝𝗔𝗦𝗔𝗠𝗔 𝗔𝗠𝗕𝗜𝗟 𝗣𝗘𝗡𝗗𝗘𝗞𝗔𝗧𝗔𝗡 ‘𝗕𝗘𝗥𝗠𝗔𝗜𝗡 𝗦𝗔𝗠𝗕𝗜𝗟 𝗕𝗘𝗟𝗔𝗝𝗔𝗥’ 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗞 𝗔𝗡𝗔𝗞 𝗢𝗥𝗔𝗡𝗚 𝗔𝗦𝗟𝗜 𝗠𝗘𝗡𝗚𝗘𝗡𝗔𝗟𝗜 𝗜𝗟𝗠𝗨 𝗧𝗩𝗘𝗧
Syabas dan tahniah kepada pusat pelaksana PROGRAM JAKOA PANTAS (PROGRAM PERINTIS TVET ORANG ASLI) tahun 2024 sepanjang bulan Oktober. Beberapa murid Orang Asli Sebestari telah terpilih bagi mengikuti program ini. Program ini merupakan kolaborasi di antara Ibu Pejabat JAKOA, JAKOA Negeri bersama Bahagian Kemahiran dan Teknikal, MARA untuk meningkatkan pendedahan TVET kepada anak-anak Orang Asli. Program ini bertujuan untuk memberi pengalaman dan pendedahan laluan pendidikan TVET MARA kepada Anak-anak Orang Asli secara terus di pusat terpilih selama 3 hari. Tahniah diucapkan kepada Unit Kurikulum Sebestari di atas penganjuran Program Perkampungan Ilmu 2024. Program diadakan khas buat calon SPM 2024 sebagai persediaan dalam menghadapi Peperikaan SPM yang bakal ditempuhi. Program ini telah diadakan di Kem Lembah Azween, Hulu Langat bermula 25 Oktober hingga 27 Oktober 2024.
Objektif Perkampungan Ilmu diadakan seperti berikut:
Pada 12 Ogos 2024, bertempat di Dewan Mutiara Bestari telah diadakan Perasmian Bulan Transformasi Akademik. Terdapat banyak program telah dirancang untuk murid-murid bagi menjayakan bulan ini.
Tujuan Bulan Transformasi Akademik diadakan adalah seperti berikut:
Satu Kejohanan Larian Sebestari 2024 telah diadakan pada 10 OGOS 2024 (Sabtu) bertempat di Universiti Islam Antarabangsa, Gombak. Sasaran peserta pada kali ini ialah murid-murid, ibu bapa serta waris murid. Tahniah diucapkan kepada Unit Sukan Sebestari di atas penganjuran acara yang dinanti nantikan ini. Secara tidak langsung acara ini berjaya merapatkan silaturrahim antara warga Sebestari dan ibu bapa serta masyarakat setempat, memupuk cara hidup yang sihat serta mewujudkan semangat kesukanandalam kalangan peserta.
Tahniah diucapkan kepada Pasukan Tarantula Sebestari kerana telah mendapat pingat dalam MSSD Bola Jaring 2024. Pasukan Tarantula yang diketuai oleh Jurulatih iaitu Cikgu Zainab Ibrahim telah menjalankan latihan secara konsisten sebagai persiapan menyertai kejohanan ini. Berikut adalah kejayaan yang telah dibawa pulang oleh Pasukan Tarantula Sebestari:
U15- Tempat ke-3 U18- Tempat ke-3. Syabas diucapkan sekali lagi buat ketua jurulatih, pengurus pasukan, guru-guru yang terlibat serta buat semua pemain Pasukan Tarantula. |
Archives
July 2025
Categories
All
|















































RSS Feed