Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada Jawatankuasa Pengurusan Asrama SEBESTARI dengan kerjasama Kelab Guru dan Staf (KGS) SMK Sungai Pusu kerana telah menganjurkan RUMAH TERBUKA AIDILFITRI SEBESTARI 2024 pada 1 Mei 2024. Program ini telah diraikan bersama anak-anak asrama, ibu bapa / penjaga asrama dan warga SEBESTARI. Penganjuran ini bertujuan memberi peluang untuk anak-anak asrama meraikan Hari Raya Aidilfitri bersama sahabat-sahabat yang lain dan ibu bapa / penjaga serta warga SEBESTARI. Selain itu, beberapa aktiviti telah disusun untuk memberi peluang anak-anak asrama dan warga SEBESTARI merasai pengalaman persediaan hari raya seperti :
1. Membakar Lemang 2. Menganyam Ketupat 3. Memasak Bubur Lambuk 4. Memasak Rendang Kumpulan Sasaran : Anak-anak Asrama SEBESTARI Ibu Bapa / Penjaga anak-anak Asrama SEBESTARI Warga SEBESTARI Diharapkan program ini akan menjadi program tahunan buat warga Sebestari kerana ia telah berjaya memupuk semangat kekeluargaan dan muhibbah antara warga Sebestari. Tahniah diucapkan. Hak Cipta SMK Sungai Pusu | [email protected] | www.smksungaipusu.edu.my
Comments are closed.
|
Archives
June 2024
Categories
All
|