Majlis Anugerah Cemerlang(MAC) dan Majlis Graduasi telah diadakan pada 8 Ogos yang lalu. Majlis yang gemilang ini diadakan khas bagi meraikan kejayaan murid-murid Sebestari dalam prestasi akademik dan pencapaian SPM 2021 yang lalu. Tahniah dan syabas diucapkan kepada penerima hadiah dan anugerah. Moga menjadi pembakar semangat kepada murid-murid lain untuk terus mencapai kejayaan dalam akademik dan seterusnya cemerlang dalam SPM 2022 yang bakal ditempuh.
Setinggi-tinggi ucapan tahniah diucapkan kepada Siti Hajar binti Ahmad Rosmadi kerana telah dinobatkan sebagai tokoh murid 2021. Beliau telah mencapai keputusan yang cemerlang dalam SPM iaitu 9A dan telah menunjukkan sahsiah yang terpuji sepanjang berada di SMK Sungai Pusu. Hak Cipta SMK Sungai Pusu | [email protected] | www.smksungaipusu.edu.my
Comments are closed.
|
Archives
December 2024
Categories
All
|